Pergi ke kandungan

Virus influenza A subjenis H1N1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Virus influenza A (H1N1) ialah satu subjenis virus influenza A dan merupakan penyebab yang paling biasa bagi influenza (selesema) di kalangan manusia. Sesetengah jenis H1N1 merupakan endemik dalam manusia dan menyebabkan segelintir daripada kesemua penyakit mirip influenza dan sebahagian besar daripada kesemua influenza bermusim. Jenis-jenis H1N1 menyebabkan kira-kira separuh daripada kesemua jangkitan selesema manusia pada tahun 2006.[1] Jenis H1N1 yang lain merupakan endemik dalam babi (influenza babi) dan dalam burung (influenza burung).

Pada Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan bahawa selesema yang disebabkan oleh jenis baru H1N1 berpuncakan babi bertanggungjawab bagi pandemik selesema 2009. Jenis ini sering digelar sebagai "selesema babi" oleh media awam.

Beberapa jenis virus influenza dalam manusia. Bentuk segiempat menunjukkan kemunculan jenis baru, menyebabkan ulangan pandemik influenza. Garisan terputus menunjukkan jenis yang tidak dikenali.[2]

Jenis-jenis Virus influenza A dikategorikan mengikut dua protein yang didapati pada permukaan virus: hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N). Kesemua virus influenza A mengandungi hemagglutinin and neuraminidase, disebabkan oleh mutasi genetik yang pantas dalam genom virus.

Jenis-jenis virus influenza A diberikan satu nombor H dan satu nombor N berdasarkan bentuk apa bagi kedua-dua protein ini didapati. Terdapat 16 subjenis H dan 9 subjenis N diketahui dalam burung, tetapi hanya H 1, 2, dan 3, dan N 1 dan 2 biasa didapati dalam manusia.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "CDC".
  2. ^ Palese, Peter (2004). "Influenza: old and new threats". Nature Medicine. Springer Nature. 10 (12s): S82–S87. doi:10.1038/nm1141.
  3. ^ Lynch JP, Walsh EE (2007). "Influenza: evolving strategies in treatment and prevention". Semin Respir Crit Care Med. 28 (2): 144–58. doi:10.1055/s-2007-976487. PMID 17458769. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Bukan teknikal

[sunting | sunting sumber]

Templat:Influenza