Vietnam Air Services Company
| |||||||
Ditubuhkan | 1987 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | Lotusmile | ||||||
Pesawat | 6 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 17 (jumlah keseluruhan destinasi) 10 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | Vietnam Airlines | ||||||
Ibu pejabat | Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam | ||||||
Orang penting | Bui Ngoc Hoang | ||||||
Laman web | www |
Vietnam Air Services Company (Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Vietnam) (VASCO) (Công ty bay dịch vụ hàng không) ialah syarikat penerbangan di Vietnam yang beribu pejabat di Tân Bình, Bandaraya Ho Chi Minh. [1]
Am / Perihal
[sunting | sunting sumber]Syarikat Penerbangan itu Mengendalikan penerbangan berjadual dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di wilayah selatan negara itu, VASCO ialah anak syarikat milik penuh Vietnam Airlines . Ia juga melakukan penerbangan piagam, evakuasi perubatan, operasi SAR, penerbangan platform minyak, dan perkhidmatan penerbangan lain. [2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat Penerbangan VASCO ditubuhkan dengan arahan pemerintah (kerajaan) pada Tahun 1987, dan pada awalnya merupakan bahagian dari Vietnam Airlines, yang merupakan syarikat penerbangan nasional . [4] Ia memulakan penerbangan penumpang yang dijadualkan secara bebas dari Vietnam Airlines pada Tahun 2004, [5] dan persetujuan telah diberikan untuk diswastakan sebahagiannya. [6] Telah dilaporkan bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines ingin menggunakan Syarikat Penerbangan VASCO sebagai asas untuk syarikat penerbangan tambang murah, yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi asing. [7]
Data Kod
[sunting | sunting sumber]Destinasi
[sunting | sunting sumber]Pada Tahun 2019, Syarikat Penerbangan VASCO kini terbang ke sepuluh destinasi di Vietnam. [8]
- Destinasi semasa
- Ca Mau, Vietnam CAH - Lapangan Terbang Cà Mau
- Can Tho VCA - Lapangan Terbang Antarabangsa Cần Thơ
- Con Dao VCS - Lapangan Terbang Conson - Bandar Tumpuan VASCO
- Bandar Ho Chi Minh SGN - Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat - Hab utama VASCO
- Hanoi HAN - Lapangan Terbang Antarabangsa Noibai
- Vinh VII - Lapangan Terbang Antarabangsa Vinh
- Điện Biên Phủ DIN - Lapangan Terbang Dien Bien Phu
- Rạch Giá VKG - Lapangan Terbang Rach Gia
- Phu Quoc PQC - Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc
- Dong Hoi VDH - Lapangan Terbang Dong Hoi
- Destinasi terdahulu
- Teluk Subic (SFS, Lapangan Terbang Antarabangsa Subic Bay) [9]
- Chu Lai (VCL, Lapangan Terbang Antarabangsa Chu Lai),
- Da Lat (DLI, Lapangan Terbang Lien Khuong),
- Da Nang (DAD, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang),
- Dong Tac (TBB, Lapangan Terbang Dong Tac),
- Quy Nhon (UIH, Lapangan Terbang Phucat),
- Vung Tau / Vũng Tàu (VTG, Lapangan Terbang Vung Tau) [10] [11]
Armada
[sunting | sunting sumber]Setakat April 2019, armada Syarikat Penerbangan VASCO terdiri dari pesawat berikut : [12]
Pesawat | Total | Tempahan | Penumpang | Nota |
---|---|---|---|---|
ATR-72-500 | 6 | 0 | 68 | Dipindahkan dari Vietnam Airlines |
Galeri Armada Syarikat Penerbangan VASCO (0V)
[sunting | sunting sumber]-
Sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan VASCO dengan siri ATR-72 di lapangan di Lapangan Terbang Con Dao, Vietnam
-
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan VASCO dengan siri ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat
Armada Bekas
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai armada yang sebelumnya dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan VASCO.
- Antonov An-2
- Antonov An-30
- BAE Jetstream
Penyusunan semula dan penjenamaan semula
[sunting | sunting sumber]Ianya dipercayai bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines, syarikat induk VASCO, ingin mengubah syarikat penerbangan tersebut menjadi model kos rendah, oleh itu menukar nama operasi VASCO menjadi Viet Air. Syarikat penerbangan tersebut juga dipercayai akan melakukan penerbangan domestik di Vietnam ke destinasi yang berprestasi rendah serta bersaing dengan Jetstar Pacific dan VietJet Air . Vietnam Airlines akan menambah lebih banyak pesawat ke armada VASCO jika rancangan itu terwujud.
Pada Bulan April 2016, Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan dengan Kos VNĐ300 bilion (AS $ 13.4 juta) yang baharu pada bulan sebelumnya, berdasarkan penstrukturan semula anak syarikatnya, VASCO, kepada jenama baharu: SkyViet. [13] Namun, pada Tahun 2017, rancangan tersebut akhirnya dibatalkan kerana permintaan dari pihak berkepentingan. [14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Syarikat Penerbangan Indochina
- Jetstar Pacific Airlines
- Southern Service Flight Company
- Pengangkutan di Vietnam
- VietJet Air
- Vietnam Airlines
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Home Diarkibkan 2005-02-05 di Wayback Machine." Vietnam Air Services Company. Retrieved on December 21, 2010. "Copyright by VIETNAM AIR SERVICES CO(VASCO) B114 Bạch Đằng St,Ward 2, Tan Binh Dist, Ho Chi Minh City, Viet Nam"
- ^ name="VASCO website: About Us"
- ^ "VASCO website: About Us". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-29. Dicapai pada 2007-12-05.
- ^ "VASCO website: About Us". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-29. Dicapai pada 2007-12-05."VASCO website: About Us". Archived from the original on 2007-05-29. Retrieved 2007-12-05.
- ^ "Vietnam Airlines' revenue takes off". Viet Nam News. 17 July 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14. Dicapai pada 2021-01-18.
- ^ "Vietnamese government approves country's first privately owned airline". Forbes. 30 November 2007.
- ^ "2007: Vietnam's aviation industry will renew itself". Vietnam Economic Times. 1 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2012. Dicapai pada 5 December 2007.
- ^ "Điểm đến - CÔNG TY BAY DỊCH VỤ HÀNG KHÔNG (VASCO)" (dalam bahasa Vietnamese). Dicapai pada 2019-08-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 2011-06-18.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ "Vietnam Airlines issues regional jet lease RfP". ch aviation. ch aviation. Dicapai pada 20 April 2019.
- ^ "VASCO to be renamed SkyViet". VietnamNews. Dicapai pada 2016-05-19.
- ^ "SkyViet flight meets untimely end - News VietNamNet". english.vietnamnet.vn. Dicapai pada 2020-11-18.
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- www
.vasco .com .vn (laman web sukar diakses) - Laman web rasmi
- Laman web rasmi (dalam bahasa Vietnam)