Pergi ke kandungan

Victor Hasselblad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Victor Hasselblad
Kelahiran8 Mac 1906
Gothenburg, Sweden
Meninggal dunia5 Ogos 1978(1978-08-05) (umur 72)
Sweden
WarganegaraSweden
PekerjaanPencipta, jurugambar
Makam Victor Hasselblads di Örgryte gamla kyrkogård di Gothenburg.

Victor Hasselblad (8 Mac 1906 – 5 Ogos 1978) ialah seorang pencipta dan jugambar Sweden, yang terkenal dengan mencipta kamera format sedang Hasselblad 6x6 cm.

Kehdupan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Hasselblad dilahirkan di Gothenburg. Pada tahun 1940, Angkatan Udara Sweden meminta Hasselblad untuk membuat kamera seperti yang mereka temui di salah satu pesawat intai milik Jerman yang tertembak jatuh di Sweden. Hasselblad menubuhkan Victor Hasselblad AB pada tahun 1941 menghasilkan kamera untuk Angkatan Udara Sweden.

Hasselblad juga terkenal dengan mencuba model kamera baru Hasselblad AB dengan memotret burung. Contohnya, Hasselblad 2000 yang digunakan selama seminggu di Nidingen, satu-satunya tempat di Sweden yang menjadi tempat bersarang kittiwake berkaki hitam.[1]

Pada tahun 1948, syarikat memperkenalkan kamera sivil pertamanya, iaitu 1600F di New York City. Hasselblad menjadi kamera piawai bagi sejumlah jurugambar profesional.

Pada saat kematiannya, Hasselblad menyumbangkan SEK 78 juta (US$8 juta) ke Erna and Victor Hasselblad Foundation.

  1. ^ "Victor Hasselblad som Fågelfotograf II". Dicapai pada 2010-10-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]