Pergi ke kandungan

Universiti Taylor's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Taylor's
Taylor's University
Nama lama
Taylor's University College (2006)
MotoWisdom, Integrity, Excellence
JenisSwasta
Ditubuhkan pada2006 (2006)
PenggabunganTaylor's Education Group
Naib CanselorBarry Winn
Alamat
No.1, Jalan Taylor's 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia
, , ,
KampusKampus Tepi Tasik
Warna         Hitam dan Merah
Laman sesawanguniversity.taylors.edu.my

Universiti Taylor's (bahasa Inggeris: Taylor's University) juga dikenali sebagai Taylor's ialah sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia merupakan universiti swasta terb Malaysia berdasarkan QS World University Rankings.[1][2]

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah kolej, kemudian dinaikkan ke status kolej universiti pada tahun 2006 dan diberi status universiti pada tahun 2010.

Taylor's University ialah sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan Taylor's, yang turut merangkumi British University Vietnam, Kolej Taylor's, Sekolah Antarabangsa Garden, Sekolah Antarabangsa Nexus, Sekolah Antarabangsa Australia Malaysia dan Sekolah Antarabangsa Taylor's.

Pada tahun 2006, Taylor's telah dianugerahkan status 'Kolej Universiti',[3] yang menghasilkan dua identiti berbeza di bawah cabang pendiditkan tinggi jenama tersebut – Kolej Taylor's dan Kolej Unviersiti Taylor's.

Kerja-kerja pembinaan Kampus Tepi Tasik Universiti Taylor's di Subang Jaya, yang bernilai RM450 juta, bermula pada awal tahun 2007 dan selesai pada Januari 2010.

Taylor's secara rasmi dianugerahkan sebagai status universiti penuh pada September 2010[4] oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, menjadikannya salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini.[2]

Kampus Tepi Tasik

[sunting | sunting sumber]
The Taylor's Lakeside Campus was completed in January 2010 and is set on 27 acres of tropical greenery, surrounded by a 5.5-acre man-made lake.
Disiapkan pada Januari 2010 dan terletak di atas tanah seluas 27 ekar yang dihiasi kehijauan tropika, kampus yang dibina khusus ini dikelilingi oleh tasik buatan manusia seluas 5.5 ekar, serta landskap yang dipenuhi tumbuhan air, pokok-pokok, dan pokok renek berbunga.

Pada 2011, universiti ini menerima Anugerah Penghormatan Khas daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dalam Kategori 3: Anugerah Profesional dalam Reka Bentuk dan Perancangan Landskap.[5] Kampus Tepi Tasik ini telah dianugerahkan dalam ketiga-tiga kategori bangunan iaitu Reka Bentuk Dalaman, Seni Bina dan Landskap.

Alumni terkenal

[sunting | sunting sumber]

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]
  • Khalila Mbowe, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Unleashed Africa Company Limited

Media dan hiburan

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Taylor's University". Top Universities (dalam bahasa Inggeris). 2015-07-16. Dicapai pada 2019-03-02.
  2. ^ a b "Taylor's takes private university top spot in Malaysia | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "University's first chancellor | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2021-02-01.
  4. ^ "taylor's university malaysia | Taylors University Malaysia Programs". Study In Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-06. Dicapai pada 2021-02-01.
  5. ^ "ILAM MLAA Awards Winner Lists 2011". Institute of Landscape Architects Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-12.

Templat:CDIO