USS Indiana (BB-1)
USS Indiana underway, sometime between 1895-1900 (larger image) | |
Kerjaya | |
---|---|
Mula dibina: | 7 May 1891 |
Dilancarkan: | 28 Februari 1893 |
Ditauliahkan: | 20 November 1895 |
Dibersarakan: | 31 Januari 1919 |
Nasib: | ditenggelamkan dalam latihan |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 10,288 tan |
Panjang: | 350.9 kaki |
Rasuk: | 69.3 kaki |
Kedalaman: | 24 kaki |
Kelajuan: | 15 knot |
Ahli kapal: | 473 pegawai dan kakitangan |
Persenjataan: | 4 meriam 13-inci, 8 meriam 8-inch, 4 meriam 6-inci, 20 x 6-paun, 6 x 1-paun |
USS Indiana yang pertama (Kapal perang No. 1) merupakan kapal perang modern pertama tentera laut Amerika Syarikat.
USS Indiana mula dibina pada 7 May 1891, oleh William Cramp and Sons di Philadelphia, Pennsylvania. USS Indiana dilancarkan pada 28 February 1893, dirasmikan oleh Miss Jessie Miller (anak kepada Peguam Negara William H.H. Miller), dan ditauliahkan pada 20 November 1895, di bawah pemerintahan Kapten Robley D. Evans.
Selepas pemasangan perkakasan di Limbungan Kapal Philadelphia "Philadelphia Navy Yard", kapal perang Indiana berlatih di persisiran New England. Tugas ini berterusan sehingga pecah Perang Amerika-Sepanyol pada 1898, ketika itu kapal perang Indiana membentuk Skuardon Laksamana William Sampson. Sepuluh kapal tersebut belayar ke selatan untuk memintas Angkatan Sepanyol Pascual Cervera, yang diketahui dalam perjalanan ke laut Karibbean. Indiana mengambil bahagian dalam pembedilan bandar San Juan pada 12 May 1898, dan kembali ke Key West bersama skuadron untuk mengawal Havana, Cuba, pada 18 May. Selepas mengetahui bahawa Cervera berada di Santiago de Cuba, Sampson bergabung dengan Winfield Scott Schley di sana pada 1 June dan melakukan sekatan.
Pada akhir Jun, unit Tentera sampai dan mendarat untuk menyerang Santiago. Cervera mendapati situasinya dan memulakan serbuan beraninya "gallant dash" keluar dari Santiago 3 July 1898, dengan harapan meluluskan dirinya dari pengepungan Amerika. Indiana tidak bersama dalam pengejaran awal disebabkan kedudukannya terpinggir di bahagian barat pengepungan, tetapi berhampiran pintu masuk pelabuhan apabila kapal pemusnah Pluton dan Furor muncul. Dalam tempoh masa yang singkat kedua-dua kapal dimusnahkan oleh meriam Indiana dan kapal-kapal lain. Sementara itu baki kapal Sepanyol ditenggelamkan atau terkandas kepantai, dalam salah satu dari dua pertempuran laut utama dalam peperangan tersebut.
USS Indiana kembali kepada tugas dahulu untuk latihan dan pergerakan angkatan selepas peperangan, dan menjalankan latihan pelayaran bagi (midshipmen) untuk Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat "United States Naval Academy" sebelum bersara pada 29 Disember 1903.
Kapal perang Indiana diaktifkan kembali di limbungan kapal New York "New York Navy Yard" pada 9 Januari 1906. Dalam kerjayanya pada ketika ini, Indiana bertugas dengan Skuadron Latihan Akademi Tentera Laut "Naval Academy Practice Squadron", berlayar ke Eropah Utara dan lautan Mediterranean. Di Queenstown, Ireland, ia melepaskan bedilan 21 das pada 22 June 1911, bagi menghormati pertabalan Raja George V. Kerjaya penting melatih pemimpin tentera laut masa hadapan berakd\hir pada 1914 dan USS Indiana dibersarakan di Philadelphia pada 23 May 1914.
Indiana diaktifkan kembali pada 24 May 1917, dan berkhidmat sepanjang Perang Dunia I sebagai kapal latihan krew meriam di Tompkinsville, New York, dan di York River di Virginia. Ia dibersarakan di Philadelphia 31 Januari 1919. Pada 29 March 1919, ia ditukar nama "Kapal perang Persisiran Nombor 1" agar nama Indiana boleh ditukarkan kepada kapalperang yang baru disahkan. Kapal perang Indiana telah digunakan sebagai sasaran dalam siri ujian untuk menentukan keberkesanan pengeboman udara dan ditenggelamkan pada November 1920. Bangkai kapal USS Indiana dijual sebagai besi buruk pada 19 March 1924.
Lihat juga : Daftar kapal perang tentera laut Amerika Syarikat