Pergi ke kandungan

Tupai muncung bukit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tupai muncung bukit[1]
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies:
T. montana
Nama binomial
Tupaia montana
Thomas, 1892
Julat tupai muncung bukit

Tupai muncung bukit (Tupaia montana)[3] ialah spesies tupai muncung dalam keluarga Tupaiidae.[1] Ia endemik di Borneo dan mendiami hutan gunung di Sarawak dan Sabah, Malaysia, dan Kalimantan, Indonesia.[2]

Spesimen sulungnya diperikan oleh Oldfield Thomas dan menjadi sebahagian daripada himpunan zoologi dari utara Borneo yang didapatkan oleh Muzium Sejarah Semula Jadi British.[4]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Tupai muncung bukit ini kemerahan beruban gelap di atas dengan jalur hitam ketara di sepanjang belakangnya. Ekornya agak pendek dan kemerahan beruban di atas, namun lebih kuning bak zaitun di bawah dengan hujung hitam. Rerambut ekor sisinya pula bergelang. Kepanjangan kepala dan tubuhnya berukuran 15–33 cm dan kepanjangan ekor berukuran 13–19 cm.[5]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Charles Hose menghimpun spesimen sulung di sekitar 4,000 ka (1,200 m) di Gunung Dulit.[4] Tupai muncung bukit banyak dicatatkan di singkapan montane di 600 m (2,000 ka).[2]

  1. ^ a b Templat:MSW3 Helgen
  2. ^ a b c d Cassola, F. (2016). "Tupaia montana". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T41498A22279521. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T41498A22279521.en. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  3. ^ J. L. Harrison; S. K. Quah (1963). Recommended Vernacular Names for Malaysian Mammals (PDF). Jabatan Zoologi, Universiti Singapura. m/s. 4-5.
  4. ^ a b Thomas, O. (1892). On some new Mammalia from the East-Indian Archipelago. The Annals and Magazine of Natural History 6 (9): 250–254.
  5. ^ Shepherd, Chris R.; Shepherd, Loretta Ann (2012). A Naturalist's Guide to the Mammals of Southeast Asia. Wiltshire, UK: John BeauFoy Publishing. m/s. 15. ISBN 978-1-906780-71-5.