Tunjangan hari raya
Tunjangan hari raya (THR) ialah pendapatan bukan upah yang wajib dibayarkan majikan kepada pekerja atau keluarganya sempena hari kebesaran keagamaan di Indonesia. THR ini wajib dibayarkan paling lambat tujuh hari sebelum hari-hari tersebut.[1]
Hari raya keagamaan yang dimaksudkan ialah Hari Raya Aidilfitri bagi pekerja beragama Islam, Krismas bagi warga Kristian, Nyepi bagi pekerja beragama Hindu, Wesak bagi pekerja Buddha, dan Tahun Baharu Cina bagi pekerja Konfusianisme.[2]
Kerajaan Indonesia menetapkan dasar hukum THR melalui Peraturan Menteri Ketenagakerjaan Nomor 6 Tahun 2016 tentang Tunjangan Hari Raya Keagamaan Bagi Pekerja/Buruh di Perusahaan (“Permenaker 6/2016”). Peraturan ini terdiri dari 13 seksyen dan mula dikuatkuasakan semasa diundangkan pada 8 Mac 2016.
Dalam Pasal 3 Angka 2 Permenaker 6/2016, disebutkan bahawa pekerja atau buruh yang mempunyai masa kerja satu bulan diberikan secara berkadaran sesuai masa kerja. Peruntukan ini berbeza dengan peruntukan sebelumnya yang menetapkan bahawa pekerja atau buruh yang berhak mendapatkan THR ialah yang mempunyai masa kerja minimum tiga bulan.[3]
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Pasal 1(1) Permenaker 6/2016 tentang Tunjangan Hari Raya Keagamaan Bagi Pekerja/Buruh di Perusahaan
- Pasal 1(2) Permenaker 6/2016 tentang Tunjangan Hari Raya Keagamaan Bagi Pekerja/Buruh di Perusahaan
- Pasal 3(2) Permenaker 6/2016 tentang Tunjangan Hari Raya Keagamaan Bagi Pekerja/Buruh di Perusahaan
- Yusuf; Toet (2012). Indonesia Punya Cerita: Kebudayaan dan Kebiasaan Unik di Indonesia. Penebar Swadaya. ISBN 978-979-788-346-1.