Pergi ke kandungan

Tumbleweed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumpai Salsola tragus.

Tumbleweed merujuk kepada bahagian anatomi beberapa spesies tumbuhan tampak atas tanah lalu akan tercabut dari akar atau batangnya setelah matang dan kering sepenuhnya lalu menyebarkan biji benih hasil tiupan angin yang membawa merata-rata tempat. Spesies tumbuhan yang bertindak sedemikian lazim bertaburan di kawasan-kawasan berekosistem padang rumput dan gersang di mana adanya tiupan angin yang kerap serta persekitaran terbuka lalu membolehkan rumpai-rumpai ini tersebar tanpa sebarang halangan.[1]

Spesies-spesies utama

[sunting | sunting sumber]

Rumpai-rumpai yang tersebar meliar ini terdiri dalam kumpulan tumbuhan berikut: [2]

Risiko kepada alam sekitar

[sunting | sunting sumber]
Longgokan rumpai Salsola yang tersangkut pada pagar.

Terdapat seberapa spesies ruderal yang diketahui menggalakkan hakisan angin di kawasan terbuka melalui pengambilan air yang sangat banyak sehingga mampu menggugat kegiatan pertanian yang khusus di muka bumi dan iklim sebegini termasuk penanaman jagung dan kekacang. Satu kajian menunjukkan bahawa sepohon spesies Kali tragus mampu mengeluarkan sehingga 167 liter air dari tanah ladang gandum dalam masa satu tahun.[3]

Longgokan rumpai yang besar mampu menghalang laluan dan jalan raya sehingga membahayakan pemandu yang lalu-lalang, malah ia juga mampu menimbun menyesakkan bangunan yang berpenghuni.

Rumpai-rumpai liar ini juga telah diperhatikan banyak menjejaskan loji rawatan air sisa di mana sebarang longgokan yang masuk dalam kemudahan loji inj boleh menjejaskan peralatan elektromekanik yang berperanan penting dalam perawatan kumbahan lalu memakan banyak masa dan tenaga menyelenggarakan dan membersihkan kemudahan sebegini.[4]

  1. ^ Dirk V. Baker (2007). Dispersal of an Invasive Tumbleweed. ProQuest. m/s. 90–. ISBN 978-0-549-44310-0.[pautan mati kekal]
  2. ^ Baker, Dirk V. (2007). Dispersal of an Invasive Tumbleweed. ProQuest. m/s. 3. ISBN 978-0-549-44310-0.
  3. ^ Parker, Ph.D., Robert (2003). DROUGHT ADVISORY EM4856 – Water Conservation, Weed Control Go Hand in Hand (PDF). Washington State University Cooperative Extension. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-16. Dicapai pada 2020-01-06.
  4. ^ Thompson, M. (2018) 'Evaluating Opportunities and Barriers to Improving the Energy Efficiency of Small Nebraska Wastewater Treatment Plants',pp.83

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]