Troubadour
Troubadour (IPA: [tɾuβaˈðuɾ], pada asalnya [tɾuβaˈðoɾ]) ialah penggubah dan penghibur puisi lirik bahasa Occitan semasa Zaman Pertengahan(1100–1350).
Aliran atau tradisi troubadour bermula pada kurun ke-11 di Occitania, dan kemudiannya tersebar ke Itali, Sepanyol malahan Greece. Di bawah pengaruh para troubadour, gerakan-gerakan berkaitan muncul di seluruh Eropah: Minnesang di Jerman, trovadorismo di Galicia dan Portugal serta trouvère di utara Perancis. Dante Alighieri dalam De vulgari eloquentia mentakrifkan lirik troubadour sebagai fictio rethorica musicaque poita: fiksyen yang retorik, bermuzik dan berpuisi. Selepas satu zaman "klasik" yang berlaku pada pertukaran kurun ke-13 dan kemunculan kurun pertengahan, seni troubadour merosot pada kurun ke-14 dan akhirnya luput pada masa Maut Hitam (1348).
Teks lagu-lagu troubadour sebahagian besarnya memperkatakan tema-tema kesateriaan dan percintaan sopan-santun. Kebanyakannya adalah bersifat metafizik, intelektual dan berungkapan tetap. Banyak yang merupakan satira lucu atau lucah. Hasil karya dapat digolongkan kepada tiga gaya: trobar leu (terang), trobar ric (kaya), dan trobar clus (tertutup). Begitu juga terdapat banyak genre, yang paling popular ialah canso, tetapi sirventes dan tenso khususnya popular pada zaman post-klasik di Itali dan di kalangan troubadour wanita, trobairitz.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama "troubadour" dan kognatnya dalam bahasa-bahasa lain—trov(i)èro dan kemudian trovatore dalam bahasa Itali, trovador dalam bahasa Sepanyol, trobador dalam bahasa bahasa Catalan— adalah dipertikaikan asal-usulnya.
Bahasa Latin
[sunting | sunting sumber]Perkataan Inggeris "troubadour" datang menerusi bahasa Perancis Lama daripada perkataan Occitan trobador, kasus oblik bagi nominatif trobaire, substantif bagi kata kerja trobar yang terbit daripada bahasa Latin Terkemudian andaian *tropāre yang berasal daripada tropus yang bererti trope dari bahasa Yunani τρόπος yang bererti "alih, jenis".[1] Kata akar Latin mungkin lain ialah turbare, menterbalikkan. Trobar ialah kognatif dengan perkataan bahasa Perancis moden trouver yang bererti "mencari". Sementara perkataan Perancis trouver menjadi trouvère, bentuk nominatif, bahasa Perancis menggunapakai lencongan bahasa Occitan dan tidak lencongan trouveor atau trouveur, dari situ ia terserap ke dalam bahasa Inggeris.[1] Maksud umum "trobar" dalam bahasa Occitan ialah "cipta" atau "gubah" dan beginilah ia pada kebiasaannya diterjemahkan. Jadi troubadour menggubah karyanya sementara joglar hanya mempersembahkannya. Etimologi ini disokong oleh kamus-kamus Perancis seperti Académie Française, Larousse, dan Petit Robert.
Bahasa Arab
[sunting | sunting sumber]Terdapat teori kedua yang kurang traditional dan kurang popular yang menyatakan etimologi perkataan trobar. Teori ini disokong beberapa individu seperti María Rosa Menocal yang berada dalam kelompok mereka yang mencari asal-usul troubadour dalam amalan muzik Andalus Arab. Menurut mereka, perkataan Arab tarrab, "menyanyi", adalah punca trobar.[2]
Beberapa penyokong teori ini berhujah berlandaskan kebudayaan bahawa kedua-dua etimologi mungkin betul, dan bahawa mungkin wujud ekploitasi puisi persamaan fonologi yang disengajakan antara trobar dan punca Arab TRB yang triliteral apabila bentuk muzik Sufi dengan tema cinta pertama kali dibawa dari al-Andalus ke selatan Perancis. Turut diketengahkan bahawa konsep "pencarian", "muzik", "cinta" dan "ardour"— bidang semantik teliti yang dipasangkan pada perkataan troubadour— adalah sekutu dalam bahasa Arab di bawah satu punca tunggal (WJD) yang memainkan peranan besar dalam perbincangan Sufi mengenai muzik, dan bahawa perkataan troubadour mungkin dalam beberap sudut memaparkan perkara ini.[3]
Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Kajian awal mengenai troubadour amat memfokuskan asal-usul mereka. Tiada sepersetujuan ilmiah yang pernah dicapai dalam hal ini.Hari ini, seseorang dapat membezakan sekurang-kurangnya 11 teori yang saling bertanding (Kata sifat yang digunakan di bawah adalah campur-aduk daripada Grove Dictionary of Music dan The Origins and Meaning of Courtly Love tulisan Roger Boase):
- Bahasa Arab (juga Arabist atau Hispano-Arab)
Ezra Pound, dalam Canto VIII telah mengisytiharkan dengan sangat baik bahawa William of Aquitaine "telah membawa nyanyian tersebut keluar dari Sepanyol / bersama-sama dengan para penyanyi dan purdah..." yang merujuk pada nyanyian troubadour. Dalam kajiannya, Lévi-Provençal dikatakan menjumpai empat ayat Arabo-Hispanik yang disalin lengkap atau sehampirnya dalam manuskrip William. Menurut sumber-sumber sejarah, William VIII, ayah William telah membawa ratusan tawanan beragama Islam ke Poitiers.[4] Trend mengakui bahawa para troubadour menerbitkan perasaan mereka mengenai bentuk dan malahan subjek permasalahan puisi mereka daripada orang Islam al-Andalus.[5] Hipotesis bahawa tradisi troubadour lebih kurang dicipta oleh William berdasarkan apa yang dialaminya mengenai seni-seni Moor ketika berjuang dengan Reconquista di Sepanyol juga diperjuangkan oleh Ramón Menéndez Pidal pada awal kurun ke-20, tetapi asal-usulnya bertarikh kembali ke Cinquecento dan Giammaria Barbieri (mati pada 1575) dan Juan Andrés (mati pada 1822). Meg Bolin, penterjemah trobairitz berbangsa Inggeris, berpegang pada hipotesis ini. Sememangnya "sejumlah nyanyian yang penuh perasaan, kata-kata cabul dan erotisisme telah wujud dalam bahasa Arab sejak separuh kedua kurun ke-9." [6]
- Bernardine-Marianis atau Kristian
Menurut teori ini, teologi yang didukung oleh Bernard of Clairvaux dan Mariologi yang semakin penting paling kuat mempengaruhi kemajuan genre troubadour. Khususnya, penekanan terhadap cinta keagamaan dan kerohanian, kezuhudan, kebatinan, dan kesalihan terhadap Maryam dapat menjelaskan "cinta sopan-santun". Penekanan Robert of Arbrissel terhadap "keibuan" untuk mencapai penamatannya dapat menjelaskan sikap troubadour terhadap wanita.[7] Bagaimana pun, menurut kronologi, hipotesis ini sukar untuk dipertahankan (kuasa yang dipercayai menimbulkan fenomena tersebut tiba kemudian daripadanya). Tetapi pengaruh Bernardine dan teologi Maryam dapat dikekalkan tanpa teori asal-usul. Teori ini dimajukan pada awalnya oleh Eduard Wechssler dan kemudiannya Dmitri Scheludko (yang menekankan Pembaharuan Cluniac) dan Guido Errante. Mario Casella dan Leo Spitzer telah menambah pengaruh "Augustine of Hippo" kepadanya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Akehurst, F. R. P., and Davis, Judith M., edd. (1995). A Handbook of the Troubadours. Berkeley: University of California Press. ISBN 052-007-976-0.
- Aubrey, Elizabeth (1989). "References to Music in Old Occitan Literature." Acta Musicologica, 61:2 (May–August), pp. 110–149.
- Boase, Roger (1977). The Origin and Meaning of Courtly Love: A Critical Study of European Scholarship. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0-87471-950-x.
- Chaytor, Henry John (1912). The Troubadours. Cambridge: Cambridge University Press.
- Gaunt, Simon, and Kay, Sarah, edd. (1999) The Troubadours: An Introduction. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0 521 574730.
- Jones, W. Powell (1931). "The Jongleur Troubadours of Provence." PMLA, 46:2 (June), pp. 307–311.
- Menocal, María Rosa (1981). "Close Encounters in Medieval Provence: Spain's Role in the Birth of Troubadour Poetry." Hispanic Review, 49:1 (Williams Memorial Issue, Winter), pp. 43–64.
- Paden, William D. (2005) "Troubadours and History" (pp. 157–182). The World of Eleanor of Aquitaine: Literature and Society in Southern France between the Eleventh and Twelfth Centuries, edd. Marcus Bull and Catherine Léglu. Woodbridge: Boydell Press. ISBN 1-84383-114-7.
- Riquer, Martín de. Los trovadores: historia literaria y textos. 3 vol. Barcelona: Planeta, 1975.
- Silverstein, Theodore (1949). "Andreas, Plato, and the Arabs: Remarks on Some Recent Accounts of Courtly Love." Modern Philology, 47:2 (November), pp. 117–126.
- Warren, F. M. (1912). "The Troubadour Canso and Latin Lyric Poetry." Modern Philology, 9:4 (April), pp. 469–487.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Troubadour |
- Literary Encyclopedia: Troubadour.
- Said I. Abdelwahed. Troubadour Poetry: An Intercultural Experience.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Chaytor, Part 1.
- ^ Maria Rosa Menocal (1985), "Pride and Prejudice in Medieval Studies: European and Oriental", Hispanic Review, 53:1, 61–78.
- ^ See Idries Shah, The Sufis.
- ^ M. Guettat (1980), La Musique classique du Maghreb (Paris: Sindbad).
- ^ J. B. Trend (1965), Music of Spanish History to 1600 (New York: Krause Reprint Corp.)
- ^ Grove, "Troubadour".
- ^ Gerald A. Bond, "Origins", in Akehurst and Davis, p. 246.