Triatlon
Triatlon — pinjaman bahasa Inggeris triathlon daripada istilah bahasa Yunani τρεῖς treis ("tiga") dan ἆθλος athlos ("pertandingan")[1] — ialah suatu perlumbaan pelbagai sukan yang melibatkan harungan tiga displin ketahanan yang berturutan dan berterusan.[2] Bentuk paling biasa dan utama perlumbaan ini melibatkan berenang, berbasikal dan berlari secara terus-menerus dalam pelbagai jarak yang tertentu. Para peserta bertanding melepasi keseluruhan litar dalam masa yang terpantas termasuk "peralihan" berkala antara bahagian yang melibatkan renangan, berbasikal serta lumba lari.[2]
Kawasan-kawasan peralihan (transition areas) didirikan di lokasi yang dijangka sebagai tempat persediaan para atlet untuk segmen-segmen berbeza dalam perlumbaan, seperti peralihan dari kawasan renangan ke kawasan berbasikal misalnya. Di lokasi sebeginilah peralatan dan aksesori yang diperlukan merentasi kawasan litar seperti basikal akan disimpan untuk peringkat perlumbaan yang seterusnya. Peralihan daripada aktiviti renang kepada aktiviti basikal dikenali sebagai T1 manakala peralihan aktiviti berbasikal kepada aktiviti berlari dirujuk sebagai T2. Keberadaan dalam kedua-dua peralihan ini dikira termasuk dalam masa keseluruhan seseorang atlet peserta dalam litar.[3] Saiz kawasan peralihan bergantung kepada bilangan peserta yang dijangka terlibat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Matlow, Jeff (musim sejuk 2011). "Tiredathlon". USA Triathlon Life. m/s. 101. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b Garrett, William E.; Kirkendall, Donald T. (2000). Exercise and sport science. Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 919. ISBN 978-0-683-03421-9.
- ^ Mora, John (2009). Triathlon 101 (ed. 2). Human Kinetics. m/s. 149. ISBN 978-0-7360-7944-0.