Tin (bekas)
Tin atau kaleng (disebut [ka.léng], k. lama, Ind.[1] - Bahasa Inggeris: tin can) adalah bekas atau kemasan logam nipis seperti besi atau aluminium yang dibentuk menampung barangan yang boleh dibawa atau disimpan baik dalam bentuk pepejal atau cecair. Hujung atas bekas-bekas ini boleh dibuka dengan pembuka khas ataupun penutup.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan "kaleng" mula dicatat seawal tahun 1901 dalam kamus dwibahasa himpunan R. J. Wilkinson melalui perkataan kaling (tulisan Jawi: كالڠ) yang diertikan sebagai tinned iron atau "besi diselaputi timah".[2] Kata kaling atau kaleng ini lebih digunakan dalam bahasa baku Indonesia kini.[1]
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Bahan asas
[sunting | sunting sumber]Besi keluli lazim digunakan kerana sifatnya yang lebih utuh dari karton kertas atau plastik serta jauh kurang rapuh berbanding kaca; sifat ini dikehendaki kerana membolehkan kandungan diisi bertahan sepanjang perjalanan tanpa sebarang bocoran atau tumpahan serta tidak perlunya lapik tambahan.[3][4] Ia juga mampu memberi perlindungan terhadap isi kandungan daripada perubahan disebabkan alam sekitar seperti:
- suhu - penyejukan dalam bekas keluli lebih cepat berbanding bekas plastik atau kaca[5]
- pencemaran kimia - pengoksidaan tidak berlaku sambil khasiat kandungan tidak terjejas[5]
-
Dalaman sebuah tin yang dikerat tengah
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "can - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 496. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ "Beverage". Tata Steel in Europe. Dicapai pada 9 Julai 2018.
- ^ "Does a Drink Stay Colder in a Metal Can or a Plastic Bottle?". Sciencing (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.
- ^ a b "Home". Steelforpackaging.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.