Pergi ke kandungan

Richard James Wilkinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada R. J. Wilkinson)
Richard James Wilkinson
ريچرد جيمس ويلكينسون
Gabenor Sierra Leone
Dalam jawatan
9 Mac 1916 – 4 May 1922
RajaGeorge V
Didahului olehSir Edward Marsh Merewether
Digantikan olehSir Alexander Ransford Slater
Setiausaha Jajahan Negeri-Negeri Selat ke-12
Dalam jawatan
1911–1916
RajaGeorge V
GabenorSir Arthur Young
Didahului olehEdward Lewis Brockman
Digantikan olehSir Frederick Seton James
Residen British Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1910–1911
RajaGeorge V
Didahului olehDouglas Graham Campbell
Digantikan olehArthur Henry Lemon
Maklumat peribadi
Lahir29 May 1867[1]
Salonika, Yunani
Mati5 Disember 1941(1941-12-05) (umur 74)[1]
Izmir, Turki
Bidang pengkhususanColonial Administrator

Sir Richard James Wilkinson (29 Mei 1867 – 5 Disember 1941)[1] merupakan pentadbir jajahan, cendekiawan dan sejarawan British.[2]

Sepanjang jawatannya di Negeri-Negeri Selat, beliau menunjukkan minat mendalam mengenai ketamadunan Melayu, terutamanya mengenai budaya, sejarah, bahasa, dan kesusasteraan masyarakat tersebut; beliau dikenali kerana kamus dwibahasa yang dihimpunkan beliau tahun 1911. Beliau juga penyumbang penting untuk Journal of the Malayan Branch of the Asiatic Society (JMBRAS)

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Richard James Wilkinson lahir pada tanggal 29 Mei 1867 di Salonika, Yunani semasa ayahnya, Richard Wilkinson bertugas di sana sebagai konsul.[3][4]

Beliau adalah seorang sarjana lulusan Kolej Trinity, Cambridge.[3] Beliau adalah seorang yang multilingual yang menguasai bahasa Prancis, Jerman, Yunani, Italia, dan Sepanyol, dan kemudian, bahasa Melayu dan Hokkien yang ia kuasai pada tahun 1889, saat menjadi kadet setelah dengan Khidmat Awam Negeri-Negeri Selat.[3] [5]

Pada 7 Oktober 1900, Wilkinson menyerahkan sekumpulan manuskrip dan buku cetak bahasa Melayu pada Perpustakaan Universiti Cambridge.[6] Pada tahun 1912 beliau diberi darjah kebesaran Companion of the Order of St Michael and St George (CMG).

Khidmat awal di Negeri-Negeri Selat

[sunting | sunting sumber]

Richard James Wilkinson tiba di Koloni (Singapura) pada tahun 1889 dan Warta Pemerintah tanggal 6 Disember tahun itu mencatat bahawa "Bapak Littleton Edward Pipa Wolferstan dan Richard James Wilkinson (yang telah melaporkan kedatangan mereka di Koloni pada tanggal 3 Disember) juga telah dialantik sebagai Kadet (pada Khidmat Awam Negeri-Negeri Selat).[4] Pada bulan Disember 1895, Wilkinson, yang pada sat itu menjabat sebagai Ketua Daerah di Negeri-Negeri Melayu, kerana dianggap fasih dalam bahasa peribumi, beliau menyertai Jabatan Luar Negeri.[7] Beliau kemudian bergabung kembali dengan Khidmat Awam Kolonial dan menjadi Pejabat Pengawas Pendidikan di Penang, setelah itu, pada akhir Mac 1897, beliau menjadi Hakim Polis di Singapura.[8]

Pada Januari 1899, Wilkinson menjabat sebagai Pegawai Inspektor Kebanhsaan Sekolah dari 1903 sehingga 1906.[9] Pada April 1907, bukunya yang berjudul Malay Beliefs dirilis.[10] Karyanya yang lain, An Abriged Malay-English Dictionary (romanised) (terjemahan: Kamus Ringkas Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris (dirumikan)), dirilis pada Ogos 1908. Pada waktu itu beliau menjabat sebagai Pembantu Residen Perak.[11] Beliau menjadi residen memangku pentadbiran Negeri Sembilan pada 1910.

Beliau menjadi Setiausaha Kolonial untuk Negeri-Negeri Selat dan anggota resmi Dewan Undangan Singapura tahun 1911.[12] Tahun berikutnya pula beliau dilantik masuk Suruhanjaya Perdamaian Singapura.[13]

Sebagai Gabenor

[sunting | sunting sumber]

Wilkinson ditunjuk untuk bertindak sebagai gabenor dalam pemerintahan Negeri-Negeri Selat pada Jun 1914 terkait dengan keadaan yang memaksa Gabenor Sir Arthur Young keluar dari wilayah itu buat sementara waktu [14]hingga gabenor tersebut kembali pada tahun yang sama.[15] Salah satu tindakan pentingnya adalah mengeluarkan sebuah pengumuman pada bulan Ogos yang menginformasikan warga Negeri-Negeri Selat bahawa perang telah "pecah antara Yang Mulia Raja George V dan Maharaja Austria-Hungary dan antara sekutu mereka masing-masing."[16] Masa jawatan Wilkinson yang pendek sebagai pemimpin Pemerintahan Selat bukan hal yang mudah.

Krisis kewangan pasca-HMS Malaya

[sunting | sunting sumber]

Salah satu tentangan terbesar yang beliau hadapi adalah keadaan kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang sedang sulit. Pemerintahan sedang mengalami defisit $30 juta, meskipun nilai asetnya melebihi kewajiban. Sebahagian besar aset berbentuk surat berharga yang tidak bisa dicairkan dalam waktu cepat. Singkatnya, Persekutuan menghadapi masalah kecairan atau arus kas. Projek-projek yang telah menghabiskan banyak dana antara lain jalan kereta api melalui Semenanjung Siam (sekarang Thailand) dan pembuatan kapal perang, HMS Malaya.

Permintaan dana oleh Komisaris Tinggi pada Sekretaris Negara untuk Koloni tidak membuahkan hasil dengan segera. Sekretaris Negara telah mengusulkan penundaan pemberian pinjaman hingga tahun 1915 terkait keadaan pasar wang di Eropah pada waktu itu. Dan, dengan keadaan perang telah pecah, hampir tidak mungkin Federasi dapat stabil hingga saatnya memperoleh pinjaman tahun 1915. Media menyebutkan bahawa Wilkinson adalah "seseorang dengan kemampuan kewangan luar biasa, dan pada saat-saat kritis di Malaya, setelah deklarasi perang," telah "menguasai pemahaman mengenai kewangan administratif, dan bahkan mengenai selok-belok perbankan, perdagangan, dan pertukaran yang mengejutkan orang-orang yang seluruh hidupnya dihabiskan untuk menguasai hal-hal seperti itu."[17]

Wilkinson dengan memikul tanggungjawab di pundaknya sendiri telah menyelamatkan Malaya dari "salah satu bencana terburuk dalam sejarah," menurut media massa. Wilkinson memutuskan bahawa Kerajaan Negeri-Negeri Selat akan membeli timah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada harga tetap, yang menstabilkan pasar andan kewangan Malaya, pada saat pasar logam di London ditutup kerana perang. Perusahaan peleburan kemudian harus mengakui bahawa ada keterbatasan dalam kemampuan mereka untuk membeli bijih ketika tidak ada pasar yang menjualnya. Pemerintahan Selat juga memutuskan untuk memberikan wang muka bagi perusahaan dalam bentuk saham atau surat berharga lainnya, untuk menghindari rasa takut dan kecemasan yang akan dialami perusahaan-perusahaan tersebut.

Beliau telah mengelola semua sumber daya Negeri-Negeri Selat untuk mempertahankan keseimbangan industri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Surat-surat khabar semasa menggambarkan posisinya saat itu sebagai "salah satu keadaan genting dan kesulitan yang luar biasa bagi pejabat Gabenor," dan menuliskan bahawa apabila beliau tidak mengambil tanggungjawab untuk menstabilkan industri Malaya tersebut, "akan ada bencana yang lebih besar daripada yang pernah diketahui masyarakat."

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat bertahan, banyak projek-projek besar dilanjutkan termasuk HMS Malaya dan jalan kereta api ke utara, serta jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura. Wilkinson telah memunculkan masalah mereka, masalahnya, dan mengatasinya.[18] Beliau berhasil pula menerbitkan sebuah koleksi pantun Melayu yang beliau kerjakan bersama-sama dengan Richard Olaf Winstedt pada Disember tahun sama.[19]

Meninggalkan Singapura

[sunting | sunting sumber]

Wilkinson sangat dicintai oleh masyarakat Islam Singapura. Beliau dijamu selama berhari-hari sambil mempersiapkan kepergiannya dari Singapura untuk jabatan barunya sebagai Gabenor Sierra Leone pada Januari 1916. Sebuah acara makan malam diadakan oleh Persatuan Muslim Singapura pada tanggal 15 Oktober 1915 di Victoria Memorial Hall. Acara tersebut dihadiri hampir semua orang penting dalam pemerintahan dan perdagangan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.[20]

Senarai buku

[sunting | sunting sumber]
  • A vocabulary of central Sakai (dialect of the aboriginal communities in the Gopeng Valley), Printed by J. Brown at the Federated Malay States Govt. Press, 1915
  • Malay grammar, Published by The Clarendon Press, Oxford, 1913, with Sir Richard Olaf Winstedt (1878–1966)
  • The Achehnese, Published by EJ Brill, 1906 with CS Hurgronje and AWS O'Sullivan
  • Malay beliefs, Published by Luzac & Co, 1906
  • A history of the peninsular Malays, with chapters on Perak & Selangor, Published by Kelly & Walsh 1920
  • An English-Malay dictionary: roman characters, 1932 republished by Kelly & Walsh, 1939, with R.O. Winstedt
  • A Malay-English dictionary (romanised). Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. 1932: I (A-K) & II (L-Z)CS1 maint: postscript (link)
  • An Abridged Malay-English Dictionary (romanized), Published by the FMS Government Press, 1908
  • Notes on the Negri Sembilan, Published by the FMS Government Press, 1911
  • A history of Perak, Republished by the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1974, with RO Winstedt and SWE Maxwell
  • The incidents of Malay life, Printed by J. Russell at the FMS Govt. Press, 1908
  • Malay literature, Published by the FMS Government Press, 1907
  • Life and Customs, Part 1: The Incidents of Malay Life (1908)
  • Papers on Malay Subjects, Part I-V
  • Papers on Malay Subjects: Law, Part 1-2: Introductory Sketch and the Ninety-Nine Laws of Perak, 1907–1908
  • The education of Asiatics, 1901
  • Pantun Melayu, with RO Winsted, 1914
  • Kesah pĕlayaran Abdullah (Voyages of Munshi Abdullah), 1907
  • Code for grant-in-aid scholls and departmental instruction to inspecting officers, 1905
  • Malay literature part III: Malay proverbs on Malay chatacter‎, 1907
  1. ^ a b c "Richard James Wilkinson". Badan Perpustakaan Nasional Singapura. 2016.
  2. ^ Gullick, J.M. (2001). "Richard James Wilkinson (1867–1941): a man of parts". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 74 (1): 19–42. JSTOR 41493439.
  3. ^ a b c Naoki, Soda (September 2001). "The Malay World in Textbooks: The Transmission of Colonial Knowledge in British Malaya" (pdf). Southeast Asian Studies (dalam bahasa Inggeris). 39 (2): 188–234. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  4. ^ a b "Government Gazette, December 6". Straits Times Weekly Issue (dalam bahasa Inggeris). cetakan. 10 Disember 1889. m/s. 11. Unknown parameter |loaction= ignored (|location= suggested) (bantuan)CS1 maint: others (link)
  5. ^ Tiew, Wai Sin (Julai 1998). "History of the Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) 1878–1997: An Overview" (pdf). Malaysian Journal of Library & Information Science (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia. 3 (1): 43-60-Sc. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  6. ^ Sayle, Charles (1915). "Annals of Cambridge University Library, 1278–1900" (pdf). Library. Cambridge. s3-VI (24): 308–345. doi:10.1093/library/s3-VI.24.308. Unknown parameter |languages= ignored (bantuan); Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  7. ^ The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942) (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 9 Disember 1895. m/s. 2. Missing or empty |title= (bantuan)
  8. ^ The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 18 Mac 1897. m/s. 2. Missing or empty |title= (bantuan)
  9. ^ "Council Papers."
  10. ^ The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942) (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 22 April 1907. m/s. 4. Missing or empty |title= (bantuan)
  11. ^ The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 28 Ogos 1908. m/s. 2. Missing or empty |title= (bantuan)
  12. ^ "Legislative Council. Ordinary Meeting, Friday, Nov. 3rd." The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942) 4 November 1911: 12. Print.
  13. ^ The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942) (dalam bahasa Inggeris). Singapura. 6 Julai 1912. m/s. 7. Missing or empty |title= (bantuan)
  14. ^ "The Governor's Successor." The Straits Times [Singapore] 18 June 1914: 9. Print: In June 1914 a Government Gazette Extraordinary announced that Wilkinson had been sworn in by the Chief Justice in the presence of the Executive Council, Governor Sir Arthur Young having gone on six month's home leave. Wilkinson's first act was to appoint W. George Maxwell, the Advisor to the Government of Kedah, as Colonial Secretary.
  15. ^ The Straits Times [Singapore] 5 September 1914: 8.
  16. ^ "War with Austria. Proclamations." The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942) 14 August 1914: 5
  17. ^ "Federated Malay Finance." The Straits Times [Singapore] 6 November 1914: 6. Print.
  18. ^ "Year of the Great War." The Straits Times [Singapore] 31 December 1914: 8. Print.
  19. ^ The Straits Times [Singapore] 26 December 1914: 8.
  20. ^ "Mr. Wilkinson's Departure."

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  1. 7 letters from Richard James Wilkinson to Oscar Browning
  2. A century of British orientalists 1902-2001 By Clifford Edmund Bosworth, British Academy
  3. One hundred years' history of the Chinese in Singapore, University Malaya Press, 1967
  4. Richard James Wilkinson Bio, National Library of Singapore
  5. Richard James Wilkinson by By Sutherland, Duncan, National Library Board Singapore, 30-Jun-2010 Diarkibkan 7 Mac 2012 di Wayback Machine