Tim Krul
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Timothy Michael Krul[1] | ||
Tarikh lahir | 3 April 1988 | ||
Tempat lahir | The Hague, Belanda | ||
Ketinggian | 1.93 m (6 ka 4 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Norwich City | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya remaja | |||
Hvv RAS | |||
1996–2005 | ADO Den Haag | ||
2005–2006 | Newcastle United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2017 | Newcastle United | 160 | (0) |
2007–2008 | → Falkirk (pinjam) | 22 | (0) |
2008–2009 | → Carlisle United (pinjam) | 9 | (0) |
2016–2017 | → Ajax (pinjam) | 0 | (0) |
2016–2017 | → Ajax II (pinjam) | 6 | (0) |
2017 | → AZ (pinjam) | 16 | (0) |
2017 | → Brighton & Hove Albion (pinjam) | 0 | (0) |
2017–2018 | Brighton & Hove Albion | 0 | (0) |
2018– | Norwich City | 118 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002 | Belanda B15 | 1 | (0) |
2004 | Belanda B16 | 1 | (0) |
2004–2005 | Belanda B17 | 19 | (0) |
2006–2007 | Belanda B19 | 6 | (0) |
2008–2009 | Belanda B20 | 4 | (0) |
2009–2011 | Belanda B21 | 12 | (0) |
2011– | Belanda | 15 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Jun 2021 (UTC) |
Timothy Michael "Tim" Krul (lahir 3 April 1988) merupakan seorang pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Norwich City dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi penjaga gol.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Newcastle United
[sunting | sunting sumber]Krul memulakan kerjanya di ADO Den Haag. Beliau kemudian berpindah ke Newcastle United pada musim panas 2005 dan menandatangani kontrak tiga tahun.
Krul membuat debut untuk Newcastle pada perlawanan Piala UEFA pada 2 November 2006 menentang Palermo. Beliau kemudian tercedera ketika memanaskan badan ketika perlawanan pelawat menentang Palermo. Beliau terpaksa dikeluarkan selama enam bulan. Beliau kemudian kembali pada April 2007. Pada 13 Jun 2007, beliau menandatangna kontrak empat tahun bersama Newcastle.
Pada 3 Ogos 2007, Krul dipinjam ke kelab Scotland, Falkirk secara pinjaman sehingga 1 Januari 2008, tetapi ia dilanjutkan sehingga penghujung musim. Beliau membuat debut untuk Falkirk ketika menang 4-0 ke atas Gretna.[3]
Beliau dibolos empat gol ketika menentang Celtic dan tujuh gol menentang Rangers. Tim Krul dibuang padang buat pertama kali dalam kerjayanya pada 2 Januari 2008.
Pada 21 November 2008, Krul sertai Carlisle United secara pinjaman selama sebulan dari Newcastle untuk menggantikan Ben Alnwick yang berpindah semula ke Tottenham Hotspur. Pinjaman itu tamat pada Disember dan Krul kembali ke Newcastle pada Januari.
Krul membuat debut untuk Newcastle semula pada 8 Ogos 2009 pada perlawanan liga menentang West Bromwich Albion. Krul bermain pada perlawanan liga pertamanya untuk Newcastle pada 2 Mei 2010 pada perlawanan terakhir kempen menentang Queens Park Rangers. Pada Julai 2010, Krul menandatangani kontrak baru untuk Newcastle.
Berikutan aksi terbaiknya, Alan Pardew memberinya peluang menjadi penjaga gol pertama dan penjaga gol pertama, Harper dipinjam ke kelab Brighton. Beliau memulakan musim 2011–12 dengan mengekalkan rekod tanpa bolos pada dua perlawanan pertama menentang Arsenal dan Sunderland. Pada 3 Disember 2011, Krul membuat penampilan ke-50nya bersama Newcastle menentang Chelsea dan berjaya menyelamatkan tendangan penalti Frank Lampard tetapi Newcastle tetap tewas 2-0. Pada 4 Mac 2012, Krul menandatangani kontrak lima tahun di Newcaslte.
Sebelum musim 2012-13, Krul diberi jersi nombor 1 dan Steve Harper diberi jersi 37. Selepas tujuh minggu dikeluarkan akibat kecederaan bahu, Krul kembali berlatih. Beliau kemudian cedera pada buku lali ketika pusingan 32 Liga Europa menentang Metalist Kharkiv dan beliau terpaksa berehat selama lima minggu. Selepas menjalani pembedahan, beliau terpaksa direhatkan sepanjang musim 2012-13.
Pada musim 2013–14, Krul membuat kemunculan pertama selepas pulih pada perlawanan persahabatan menentang Rangers. Pada November, beliau berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos menentang Tottenham dan menerima anugerah Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris. Aksi Krul juga mendapat pujian dari penjaga gol veteran Newcastle, Pavel Srníček dan pengurus Alan Pardew.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Jun 2011, Krul membuat debut untuk pasukan kebangsaanb Belanda pada perlawanan persahabatan menentang Brazil. Beliau termasuk dalam skuad Euro 2012 tetapi tidak diberi peluang bermain. Di bawah jurulatih baru, Louis van Gaal, beliau dapat bermain untuk menentang Turki dan menang 2-0.
Pada Jun 2014, Krul termasuk dalam skuad Belanda pada saingan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pada perlawanan suku akhir menentang Costa Rica, ketika seri 0-0 dan penentuan tendangan penalti, Krul yang menggantikan Jasper Cillessen berjaya menampan dua tendangan penalti oleh pemain Costa Rica dan Belanda menang 4-3. Beliau berjaya menyelamat Belanda daripada tewas dan layak ke separuh akhir.
Statistik
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 13 November 2014
Pasukan kebangsaan Belanda | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2011 | 2 | 0 |
2012 | 2 | 0 |
2013 | 1 | 0 |
2014 | 2 | 0 |
Jumlah | 7 | 0 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Newcastle United
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Belanda
- Piala Dunia FIFA Tempat ketiga: 2014
- Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21: 2007
- Piala Dunia FIFA B-17 Tempat ketiga: 2005
- Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 naib juara: 2005
Individu
[sunting | sunting sumber]- Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris: November 2013
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 2 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-07-31. Dicapai pada 11 January 2012.
- ^ Newcastle United Player Profile
- ^ "Gretna 0–4 Falkirk". BBC Sport. 4 August 2007. Dicapai pada 2007-08-04.
- Halaman menggunakan skuad kebangsaan dengan parameter yang tidak diketahui
- Kelahiran 1988
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Belanda
- Pemain ADO Den Haag
- Pemain Newcastle United F.C.
- Pemain Falkirk F.C.
- Pemain Carlisle United F.C.
- Pemain Ajax Amsterdam
- Pemain Jong Ajax
- Pemain AZ Alkmaar
- Pemain Brighton & Hove Albion F.C.
- Pemain Norwich City F.C.
- Penjaga gol (bola sepak)
- Pemain UEFA Euro 2012
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain UEFA Euro 2020