Jonathan de Guzmán
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Jonathan Alexander de Guzmán[1] | ||
Tarikh lahir | 13 September 1987 | ||
Tempat lahir | Scarborough, Kanada | ||
Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Eintracht Frankfurt | ||
Nombor | 6 | ||
Kerjaya remaja | |||
1999–2005 | Feyenoord | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005–2010 | Feyenoord | 109 | (23) |
2010–2011 | Mallorca | 134 | (6) |
2011–2014 | Villarreal | 20 | (0) |
2012–2014 | → Swansea City (pinjam) | 71 | (9) |
2014–2017 | Napoli | 23 | (3) |
2016 | → Carpi (pinjam) | 5 | (1) |
2016–2017 | → Chievo (pinjam) | 27 | (2) |
2017– | Eintracht Frankfurt | 36 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2008 | Belanda B21 | 4 | (3) |
2013– | Belanda | 14 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Februari 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mac 2015 |
Jonathan Alexander de Guzmán (lahir 13 September 1987) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pemain tengah.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]De Guzmán dilahirkan di Scarborough, Ontario dan ibu bapanya berasal dari keturunan Jamaica dan Filipino. Bapa beliau, Bobby berasal dari Filipina manakala ibunya, Pauline dari Jamaica. Ibu bapa beliau berpindah ke Kanada ketika berusia 10 tahun adn memiliki tiga anak.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Remaja
[sunting | sunting sumber]De Guzmán memulakan kerjanya di Kelab Bola Sepak North Scarborough di Kanada. Ketika kedua-dua abangnya berpindah ke Perancis untuk berpindah ke akademi Olympique Marseille. Beliau kemudian berpindah ke Eropah dan ke kelab akademi Feyenoord di [Belanda]].
Feyenoord
[sunting | sunting sumber]De Guzmán tidak dibenarkan bermain untuk skuad senior Feyenoord sebelum beliau memasuki usia 18 tahun. Pada 15 September 2005, tiga hari selepas beliau berusia 18 tahun, de Guzmán sebahagian daripada skuad pertama Feyenoord buat pertama kali. Walau bagaimanapun, beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika perlawanan Piala UEFA menentang Rapid Bucharest (1–1). Tiga hari kemudian iaitu pada 18 September 2005, de Guzmán membuat penampilan pertama untuk Feyenoord pada pelrawanan liga menentang SC Heerenveen (5–1). Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 30 September 2005 pada perlawanan liga menentang Willem II (3–1). De Guzmán menamatkan musim 2005-06 dengan 29 perlawanan dan menjaringkan empat gol. Pada 29 Disember 2005, beliau melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2010.
Pada permulaan musim 2006–07, Feyenoord menjual pemainnya, Dirk Kuyt ke Liverpool dan Salomon Kalou ke Chelsea. Pemindahan itu merupakan langkah besar untuk de Guzmán bermain. Pada 10 Mei 2007, beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-21 menentang FC Groningen on 10 May 2007. Pada musim 2007-08, pengurus baru, Bert van Marwijk meletakkan beliau di posisi sayap dengan sistem 4-2-3-1. De Guzmán bermain 33 perlawanan liga dan menjaringkan sembilan gol.
De Guzmán telah mencapai persetujuan perpindahan bersama kelab Manchester City tetapi Feyenoord menolak kerana bayaran yang ditawarkan oleh Citizens. De Guzmán kemudian mengalami masalah fizikal. Beliau kemudian mengalami kecederaan lutut dan pembedahan pada meniskus. De Guzmán terpaksa berehat sepanjang musim dan disebabkan kecederaan itu, beliau hanya bermain dua perlawanan liga pada musim 2008-09.
De Guzman kembali pulih dan bermain pada perlawanan pramusim 2009-10 menentang Sporting Portugal (2–1). Selepas kontraknya tamat, Feyenoord ingin menjual pemain muda itu tetapi pengurusnya ingin beliau kekal di kelab Rotterdam itu. Beliau telah berjaya menarik perhatian dari kelab Chelsea dan Valencia. De Guzmán ingin kekal bersama Feyenoord. Beliau menjaringkan tiga gol daripada sembilan perlawanan. Pada 3 Oktober 2009, beliau menjalani pembedahan pada lutut menyebabkan beliau terpaksa berehat selama dua bulan. De Guzmán kemudian kembali selepas musim sejuk tetapi bermain empat perlawanan. De Guzman bermain pada perlawanan akhir untuk Feyenoord ketika perlawanan akhir Piala KNVB tewas 4-1 kepada Ajax pada 6 Mei 2010.
Mallorca
[sunting | sunting sumber]De Guzmán telah mendapat tawaram dari kelab Espanyol, PSV Eindhoven, Villarreal dan juga Newcastle. Pada 27 Julai 2010, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mallorca. Beliau membuat debut untuk Mallorca ketika seri 0-0 bertemu Real Madrid pada 29 Ogos 2010. Tiga minggu kemudian, De Guzmán menjaringkan gol pertamanya di La Liga menentang Osasuna, 2-0. Beliau telah bermain 33 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Selepas musim panas, beliau dikaitkan perpindahan ke Villareal dan beliau bermain perlawanan pertama Mallorca pada musim 2011-12 ketika menentang Espanyol.
Villarreal
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Ogos 2011, Villarreal telah melengkapkan perpindahan De Guzmán bersama bayaran sekitar €8.5 juta. Beliau membuat debut pada 10 September ketika seri 2-2 menentang Sevilla. De Guzmán bermain buat pertama kali pada kejohanan Eropah sejak berpindah ke Sepanyol pada 14 September menentang Bayern Munich, tewas 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. De Guzmán menjaringkan gol pertamanya untuk Villareal pada 22 November menentang Bayern Munich tetapi pasukannya tewas 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Pada 10 Julai 2012, De Guzmán dipinjam ke kelab Swansea City. Beliau membuat debut menentang Queens Park Rangers dan pasukannya menang 5-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Swansea pada perlawanan piala liga menentang Liverpool, Swansea menang 3-0. Beliau menjaringkan go liga pertamanya pada 17 November menentang Newcastle United, Swansea menang 2–1.
Napoli
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Ogos 2014, De Guzmán menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Napoli. Beliau membuat debut untuk kelab barunya pada 31 Ogos menentang Genoa dan beliau juga menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan. Pada 6 November 2014, beliau menjaringkan hatrik pertama dalam kerjanya ketika menang 3-0 ke atas Young Boys pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa.[3]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]De Guzmán memiliki banyak spekulasi yang menimpanya untuk memilih pasukan mana yang diwakilinya. Beliau memilih pasukan kebangsaan Belanda selepas memiliki kewarganegaraan Belanda pada Februari 2008. Pada 23 Januari 2013, De Guzmán dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk perlawanan persahabatan menentang Itali. Beliau akhirnya membuat debut pada perlawanan itu. Pada 6 Mac, beliau termasuk dalam skuad Louis van Gaal untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Estonia dan Romania di Amsterdam. Pada 31 Mei 2014, De Guzmán termasuk dalam senarai akhir skuad Piala Dunia 2014. Beliau membuat debut Piala Dunia pada perlawanan pembukaan menentang Sepanyol pada 13 Jun, Belanda menang 5-1.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Feyenoord
- Swansea City
- Napoli
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Belanda
- Piala Dunia FIFA Tempat ketiga:2014[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 1 February 2013. m/s. 33. Dicapai pada 24 June 2013.
- ^ "Prima Squadra – SSC Napoli". Sscnapoli.it. Dicapai pada 2014-08-21.
- ^ "De Guzmán hat-trick puts Napoli in command". UEFA. 6 November 2014. Dicapai pada 7 November 2014.
- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 21 August 2014.