Pergi ke kandungan

Tifus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ini merupakan penyakit Tifus. Lihat Demam kepialu /Demam paratifoid untuk penyakit berlainan dengan nama Inggeris yang seiras


Tifus atau dalam bahasa Inggerisnya Typhus adalah nama yang diberikan kepada beberapa penyakit yang sama yang disebabkan oleh Rickettsiae. Perkataan ini berakar daripada dari perkataan Yunani typhos yang bererti asap atau kabus, suatu gambaran keadaan fikiran pesakit tifus.

Terdapat tiga jenis Tifus:[perlu rujukan]

  1. Wabak Tifus ( epidemic typhus ): juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu louse. Penyakit ini biasanya berlaku selepas perang atau bencana alam. Organisma pencetus penyakit adalah Rickettsia prowazekii yang disebarkan oleh kutu badan manusia (Pediculus humanus corporis). Simptom termasuk pening kepala, demam, sejik, penat, dan keradangan. Bentuk tifus ini juga dikenali sebagai demam penjara atau demam kapal, kerana ia sering berlaku dalam keadaan sesak seperti di penjara dan di atas kapal.
  2. Tifus endemik: juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu dan tifus Murine (murine typhus), disebabkan oleh Rickettsia typhi yang disebarkan oleh kutu tikusdan, kadang-kala, Rickettsia felis, disebarkan oleh kutu kucing atau opossum. Tanda-tanda jangkitan termasuk pening kepala, demam, sejuk, sakit sendi, muntah, dan batuk.
  3. Tifus scrub:[perlu rujukan] juga dikenali sebagai tifus bawaan (chigger) Ia disebabkan oleh Orientia tsutsugamushi dan disebarkan oleh chigger, yang boleh di dapati di kawasan semak tebal. Simptom termasok sakit kepala, demam, otot sakit, dan simptom penghadaman.

Tanda-tanda serta simptomnya

[sunting | sunting sumber]

Simptom biasa yang terzahir dalam 1 hingga 2 minggu adalah demam yang mampu mencecah 39 darjah Celsius, sakit kepala serta selsema.[1] Ruam juga akan terbentuk dalam bahagian perut dan merebak sehingga ke kawasan kemaluan. Di negara tropika, tifus sering disalah anggap sebagai demam denggi.

Diagnosis yang mutakhir boleh diperolehi melalui ujian serologi. Rawatan biasanya menggunakan tetracycline atau antibiotik seumpamanya.

Terdapat juga beberapa penyakit lain yang disebabkan oleh Rickettsiae, termasuk demam berbintik Pergunungan Rocky (Rocky Mountain spotted fever) ataupun "Tifus kutu" , cacar Rickettsia serta Demam boutonneuse (Boutonneuse fever).

Demam kepialu atau paratifoid adalah penyakit yang berlainan dan disebabkan oleh pelbagai jenis (strain) Salmonella, dan ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan tifus walaupun kedua-dua penyakit ini mempunyai nama Inggeris yang hampir sama bunyinya.

Epidemiologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kematian disebabkan tifus merupakan satu orang daripada 5,000,000 orang setiap tahun.[2]

Kawasan-kawasan epidemik penyakit ini hanya terhad kepada beberapa tempat sahaja; terdapat kes-kes jangkitan tersebut yang dilaporkan di Burundi, Rwanda, Ethiopia, Algeria,serta kawasan-kawasan tertentu di Amerika Tengah dan Selatan sejak lewat kurun ke-20.[3][4][5][6]

Nature 396, 109 - 110 (12 November 1998) by Michael W. Gray

  1. ^ Gary R. Mullen; Lance A. Durden (27 September 2002). Medical and Veterinary Entomology. Academic Press. m/s. 58–. ISBN 978-0-08-053607-1.
  2. ^ WHO Statistical Information System (WHOSIS)
  3. ^ Raoult, D (1997). "Jail fever (epidemic typhus) outbreak in Burundi". Emerg Infect Dis. 3 (3): 357–60. doi:10.3201/eid0303.970313. PMID 9284381.
  4. ^ Mokrani (2004). "Reemerging threat of epidemic typhus in oAlgeria". J Clin Microbiol. 42 (8): 3898–900. doi:10.1128/jcm.42.8.3898-3900.2004. PMID 15297561.
  5. ^ "Epidemic typhus risk in Rwandan refugee camps". Wkly Epidemiol Rec. 69 (34): 259. 1994. PMID 7947074.
  6. ^ Perine, PL (1992). "A clinico-epidemiological study of epidemic typhus in Africa". Clin Infect Dis. 14 (5): 1149–58. doi:10.1093/clinids/14.5.1149. PMID 1600020.