The Annex
| |||
| |||
|
The Annex | |
---|---|
Kawasan kejiranan | |
Negara | Kanada |
Wilayah | Ontario |
Bandar raya | Toronto |
The Annex adalah sebuah kawasan kejiranan di downtown Toronto, Ontario, Kanada. Sempadan-sempadan tradisional kawasan kejiranan ini adalah di utara dengan Dupont Street, selatan dengan Bloor Street, barat dengan Bathurst Street dan timur dengan Avenue Road.[1] City of Toronto mengakui suatu takrifan kawasan kejiranan yang lebih luas yang termasuk Seaton Village dan Yorkville bersebelahan.[2]
Berbatasan dengan Universiti Toronto, the Annex telah lama menjadi sebuah suku pelajar dan juga tempat asalnya perumahan persaudaraan dan anggota-anggota fakulti universiti.[3] Lebih banyaknya yang menutur bahasa Inggeris, ia adalah sebuah kawasan kejiranan mewah dengan penduduk berpendidikan tinggi. Menurut dengan banci Kanada 2006, kawasan kejiranan ini mempunyai penduduk tetap 15,602 dengan gaji pukul rata $63,636, nyata sekali di atas gaji pukul rata dalam kawasan metropolitan banci Toronto. The Annex bradalam dalam tunggangan politik Trinity—Spadina, yang diwakili secara wilayah dan persekutuan oleh New Democratic Party.
Sifat
[sunting | sunting sumber]The Annex pada utamanya kediaman, dengan jalan tiga lorong satu hala berbaris dengan rumah dan rumah besar zaman Victoria dan Edward, banyak dair mereka dibina di antara 1880 dan awal 1900an. Oleh kerana dekatnya dengan universiti, the Annex mempunyai kadar tinggi pusing ganti sewaan bermusim, dan penduduknya berjulat dari pelajar universiti ke penduduk tinggal lama.
The Annex diduduki padat. Jika peninggalannya geografi Toronto (City of Toronto rasmi, tidak termasuk kawasan perbandaran subbandar) telah dibina dalam gaya mirip dengan the Annex, keseluruhan penduduk GTA yang berselarak (lebih kurang 6 juta orang[4]) akan menyesuaikan dalam suatu kawasan kurang daripada satu per sepuluh saiz yang ia ada sekarang[5] Banci 2001.
Bahagian Bloor Street di antara St. George dan Bathurst adalah sebuah kawasan bergema sosial dan runcit, memberikan Toronto suatu julat luas perkhidmatan dari makan minum atas ke peruncit diskaun seperti Honest Ed's. Di antara Bathurst dan Christie, tanda-tanda jalan di bahagian Bloor itu digelar Koreatown. Sewaktu 1950an dan 1960an, suatu kemasukan ramai-ramai pendatang Hungary berpindah ke kawasan kejiranan selepas revolusi Hungary 1956 telah ditumpaskan, dan banyak dari perniagaan dan harta tanah di sepanjang Bloor dimiliki keluarga Hungary-Kanada.
Rumah gaya Annex
[sunting | sunting sumber]The Annex adalah tempat bermulanya banyak contoh gaya rumah Toronto yang unik yang masyhur di kalangan golongan elit bandar pada lewat abad kesembilan belas. Contoh-contoh gaya ini kekal dalam kawasan-kawasan golongan atasan di sepanjang Jarvis and Sherbourne Street dan juga dalam kampus Universiti Toronto. Banyak dari bangunan-bangunan ini ditemukan di the Annex, dan gaya ini oleh itu digelar 'rumah gaya Annex.'
Tanggapan asal dihargakan kepada E.J. Lennox, arkitek yang paling terkenal pada lewat abad kesembilan belas di Toronto. Reka bentuk 1887nya untuk rumahnya kontraktor Lewis Lukes di 37 Madison Avenue memperkenalkan reka bentuk yang akan ditiru dan diubahsuai untuk dua dekad yang selanjutnya.[6] Gaya rumah The Annex meminjam elemen-elemen dari Richardson Romanesque Amerika dan Queen Anne Style British.[7] Gaya rumah-rumah Annex biasanya mencirikan gerbang Romanesque bulat besar di sepanjang barang-barang berhiasan seperti menara kecil. Rumah-rumah paling sering diperbuat dari batu-bata, walaupun juga menggabungkan Credit Valley Sandstone. Dibina untuk banyak dari warga terkaya bandar rumah-rumah ini juga besar. Apabila orang kaya pindah dari kawasan kejiranan, banyak dari rumah-rumah ini oleh itu dibahagikan ke dalam pangsapuri.
Seaton Village
[sunting | sunting sumber]Seaton Village atau 'West Annex' adalah sebahagian dari the Annex barat Bathurst Street. Walaupun kawasan beli-belah Koreatown berada di sempadan selatannya, ia kadang-kadang dirujukkan "West Annex". Sementara Seaton Village mengongsi beberapa ciri dengan The Annex (terutamanya seni binanya dan kemasyhurannya dengan para pelajar Universiti Toronto), adalah pada umumnya suku, lebih berorientasi keluarga, dan dengan rumah-rumah yang kurang mahal.
Vermont Square Park berhampiran dengan pusat Seaton Village. Taman ini mempunyai taman permainan, termasuk sebuah kolam pad. St. Albans Boys dan Girls club dan gelanggang hoki Bill Bolton juga terletak dalam taman.
Clinton Street mencirikan sebuah rumah hampir keseluruhannya diliputi dengan potongan "woodcakes" bulat dari kiu permainan biliard.[8]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Kawasan kejiranan ini mempunyai babak kebudayaan berkembang maju, dengan Tranzac (Toronto Australia-New Zealand) Club, Bathurst Street Theatre, Bloor Cinema (pawagam repertori), Pusat Komuniti Yahudi, dan, lebih baru-baru ini, kini Poor Alex Theatre yang telah tutup di Bloor dan Brunswick. Gedung-gedung dibuka lewat dan sesetengah restoran dibuka hingga tengah malam.
Banyak dari runcit, restoran dan tempat-tempat hiburan kawasan ditujukan pada demografi pelajar universiti - muda, berpendidikan, dihubung telekomunikasi, kekurangan mahir memasak, tingkat meminum arak yang lebih tinggi, tidak memandu.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perkampungan Eropah di kawasan ini bermula pada 1970an apabila juruukur menyusun atur York Township. Kawasan timur Brunswick Avenue menjadi sebahagian dari kampung Yorkville, sementara kawasan barat Brunswick menjadi sebahagian dari Seaton Village. Pada 1883, Yorkville bersetuju dengan penambahan dengan City of Toronto. Pada 1886, Simeon Janes, seorang pemaju, suatu subbahagi yang dia menggelar Toronto Annex. Kawasan The Annex menjadi sebahagian dari Toronto pada 1887 dan Seaton Village memasuki Toronto pada 1888.
Penduduk pertama kawasan ini termasuk Timothy Eaton, bapa Eatons Department Store, dan George Gooderham, presiden Gooderham & Worts Distillery. Zaman Kegemilangan The Annex's tahan hingga awal 1900an, apabila golongan atasan bermula berhijrah arah utara atas tubir Davenport kepada subbandar yang lebih baru dan menjadi fesyen di Forest Hill dan Lawrence Park.[9]
Pada 1960an, Spadina Expressway yang dicadangkan akan membahagikan separuh the Annex. {Penduduk kawasan Annex, bersama dengan kumpulan-kumpan penduduk lain, berjaya menentang pembinaan tersebut.
Penduduk ketara
[sunting | sunting sumber]Admiral road di the Annex adalah tempat asal pengarang Kanada Margaret Atwood. David Suzuki tinggal di Bernard Avenue, jauhnya dua blok. Catherine O'Hara tinggal di the Annex untuk beberapa tahun. Penjelajah Norman Elder memiliki 'The Norman Elder Museum' di 140 Bedford road. Pakar teori bandar dan pengaktivis Jane Jacobs tinggal di 69 Albany Avenue selama 37 tahun hingga kematiannya pada years up April 2006.[10] Anggota-anggota pancaragam rock Sloan juga tinggal di kawasan kejiranan, dan juga bekas Gabenor Jendral Kanada Adrienne Clarkson dan suaminya John Ralston Saul.
Seaton Village adalah bekas rumah penyajak Kanada dan pengarang kanak-kanak Dennis Lee dan pemenang Oscar (untuk Chicago) jurutera nada suara David Lee (tiada hubungan saudara; kini telah minggal dunia). Pelakon Kanada Rachel McAdams mengongsi sebuah rumah di the Annex dengan adik-beradik lelakinya. The Annex adalah kini rumah pada penulis novel dan penulis drama Ann-Marie MacDonald dan ahli sosiologi Barry Wellman.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]The Annex dikhidmat baik dengan angkutan am, termasuk stesen kereta api bawah tanah Toronto Transit Commission (TTC): Bathurst, Bay, Bloor-Yonge, Christie, Dupont, St. George dan Spadina. Perkhidmatan trem berjalan di Bathurst Street dan Spadina Avenue. Perkhidmatan bas berjalan di Christie Street dan Dupont Street.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Toronto Neighbourhoods Net Boundaries". TorontoNeighbourhoods.Net.
- ^ "The Annex Neighbourhood profile". City of Toronto.
- ^ Ley, David (1996). The New Middle Class and the Remaking of the Central City. Oxford University Press. m/s. 182. ISBN 0198232926.
- ^ Statistics Canada Census 2006
- ^ Penduduk lebih kurang 6 000 000 dibahagia dengan penduduk pukul rata kepadatan Annex 8 500 orang/km2 memberikan lebih kurang 706 km2; saiz kini Greater Toronto Area adalah lebih kurang 7 125km2. Dari Data and https://web.archive.org/web/20031030201049/http://www.brocku.ca/maplibrary/atlas96/Toronto/TO_popdens.PDF
- ^ Catherine Nasmith. "Madison Avenue, a Unique Toronto Street." Built Heritage News. Issue No 111 February 4, 2008
- ^ "A stylish home, and Toronto's own." Jane Gadd. The Globe and Mail. Nov 7, 2003. pg. G.4
- ^ Bielski, Zosia. "Home on the strange: odd abodes celebrated", National Post, 12 August 2006. Retrieved 28 January 2008.
- ^ "Annex history". TorontoNeighbourhoods.Net. Dicapai pada September 4, 2010.
- ^ Globe and Mail, 2006-04-29, page M3
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Annex on torontoneighbourhoods.net
- The Annex Neighbourhood profile
- The Annex.com
- The Annex history on Toronto.com
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi The Annex. Wychwood, Casa Loma Seaton Village Yorkville,
RosedaleThe Annex Koreatown Harbord Village Discovery District