Pergi ke kandungan

Tetrafobia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lif dalam bangunan pangsapur di Shanghai yang mana nombor tingkat 4, 13 dan 14 tertinggal; juga terdapat tingkat "negatif satu".
Sebutan

(empat)

(mati)
Mandarin
Wu (Shanghai) sy2 sy2,shi2
Kantonis sei3 sei2
Hakka si si
Hokkien sì,sù sí,sú
Jepun shi shi
Korea sa sa
Vietnam tứ tử

Tetrafobia (dari bahasa Yunani τετράς - tetras, "empat"[1] dan φόβος - phobos, "ketakutan"[2]) merupakan amalan mengelakkan penggunaan bilangan 4, iaitu satu kepercayaan yang paling kerap ditemui di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara seperti China, Taiwan, Singapura, Malaysia, Jepun, Korea dan Vietnam.[3]

Perkataan "empat" dalam bahasa Cina (, pinyin: , jyutping: sei3), hampir sama bunyinya dengan "mati" (, pinyin: , jyutping: sei2) dalam kebanyakan loghat Cina dan juga bahasa-bahasa lain yang menyerap kedua-dua perkataan Cina ini, iaitu bahasa Jepun (shi), bahasa Korea (sa 사) dan bahasa Vietnam ().

Sesiapa yang mempercayai mungkin mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak penggunaan angka 4 ketika perayaan atau apabila seorang ahli keluarga jatuh sakit. Angka-angka majmuk seperti 14, 24, 42, dsb. turut dielakkan kerana adanya angka 4 dalamnya. Dalam negara-negara berkenaan, nombor tingkat ini sering dilangkau dalam pelbagai bangunan, baik pangsapuri, pejabat, hotel mahupun hospital. Nombor meja 4, 14, 24, 42, dsb. juga turut disingkirkan dalam kenduri perkahwinan atau perjumpaan sosial yang seumpamanya. Nombor blok bangunan pangsapuri juga tidak terkecuali, yang mana nombor 4, 14, dsb. dilangkau sama sekali atau diganti dengan 3B, 13B dan sebagainya.

Kerajaan China mengamalkan tetrafobia dengan membuat nombor bersiri pesawat tentera bermula dengan angka 5, misalnya jet pejiang "Shenyang J-5". Begitu juga, tentera-tentera laut Taiwan dan Korea Selatan tidak memakai angka 4 sewaktu memberikan nombor panji-panji pada kapal-kapalnya.

Di Hong Kong, bangunan-bangunan pangsapuri seperti Vision City[4] dan The Arch[5] melangkau tingkat 40 hingga 49, maka tingkat 39 disusuli terus oleh tingkat 50. Dalam bahasa Kantonis, 14 dan 24 kedengaran lebih sial daripada angka 4 sahaja kerana 14 kedengaran seperti "pasti mati" (實死) dan 24 pula "senang mati" (易死).

Di mana bertemunya kebudayaan Asia Timur dan Barat seperti di Hong Kong dan Singapura, sesetengah bangunan turut menggugurkan tingkat 13 di samping semua tingkat yang berangka 4.

Amalan tetrafobia tidak begitu melampau di Korea, tetapi nombor tingkat 4 sering dilangkau dalam hospital dan bangunan awam yang seumpamanya, sementara di bangunan lain, nombor tingkat 4 adakalanya diganti dengan huruf "F" (Four). Nombor apartmen yang mengandungi berbilang angka 4 (seperti 404) hampir pasti dielakkan untuk melindungi nilai harta. Perkhidmatan keretapi kebangsaan Korail menggugurkan nombor lokomotif 4444 ketika menomborkan siri lokomotif mulai 4401.

Di Jepun, nombor 4 juga dilangkau oleh banyak rumah pangsa dan tempat letak kereta. Kebanyakan hotel turut menghindari nombor 13 berdasarkan budaya Barat. Angka 9 turut dilangkau dalam sesetengah tempat, terutamanya hospital, kerana sebutannya ku dikaitkan dengan kurushimu (menderita). 49 dianggap sebagai angka yang benar-benar sial kerana membangkitkan ungkapan "shinu made kurushimu" (ぬまでしむ, "menderita hingga mati").

Di beberapa tempat di Itali juga wujudnya tahyul yang seumpamanya, di mana angka empat dikatakan melambangkan keranda dan oleh itu boleh mengundang nasib malang, tetapi juga bermaksud "misteri segalanya dan tiada apa".[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ τετράς, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  2. ^ φόβος, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. ^ Havil, Julian (2007). Nonplussed: Mathematical Proof of Implausible Ideas (Hardcover). Princeton University Press. m/s. 153. ISBN 0-691-12056-0.
  4. ^ "Floor plan remarks of Vision City". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-18. Dicapai pada 2012-12-29.
  5. ^ "Floor plan of The Arch" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-04-19. Dicapai pada 2012-12-29.
  6. ^ "Camelott – Il significato dei numeri". Dicapai pada 31 March 2011.