Pergi ke kandungan

Terraria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terraria
PembangunRe-Logic[a]
Penerbit505 Games[b]
Pereka
  • Andrew Spinks
  • Whitney Spinks
Pengatur cara
  • Yorai Omer
  • Chris Bednarz
Artis
  • Jim Kjexrud
  • Victor Moura
  • Jamison Hayes
KomposerScott Lloyd Shelly
Platform
Pelepasan
16 Mei 2011
  • Microsoft Windows
    • WW: 16 Mei 2011
  • PlayStation 3
    • NA: 26 Mac 2013
    • PAL: 15 Mei 2013
  • Xbox 360
    • WW: 27 Mac 2013
  • PlayStation Vita
    • PAL: 11 Disember 2013
    • NA: 17 December 17 2013
  • iOS
    • WW: 29 Ogos 2013
  • Android
    • WW: 13 September 2013
  • Windows Phone
    • WW: 12 September 2014
  • PlayStation 4
    • WW: 11 November 2014
  • Xbox One
    • WW: 14 November 2014
  • macOS, Linux
    • WW: 12 Ogos 2015
  • Nintendo 3DS
    • WW: 10 Disember 2015
  • Wii U
    • NA: 16 Jun 2016
    • PAL: 24 Jun 2016
  • Nintendo Switch
    • WW: 27 Jun 2019
GenreAksi-pengembaraan, kotak pasir
ModPemain tunggal, multipemain

Terraria ialah sebuah permainan maya kotak pasir berasaskan aksi dan pengembaraan yang dicipta oleh Re-Logic. Permainan tersebut mula-mula diterbitkan untuk Microsoft Windows pada 16 Mei 2011, dan telah diterbitkan untuk PC, konsol dan platform mudah bawa yang lain. Terraria mencirikan pengemberaan, pembinaan, perekaan dan perlawanan dengan pelbagai makhluk di dalam dunia dua dimensi yang dijana secara prosedur

Cara mainan

[sunting | sunting sumber]

Terraria ialah sebuah permaina kotak pasir dua dimensi dengan cara mianan yang melibatkan pengembaraan, pembinaan, perekaan, perlawanan dan perlombongan.[1][2] Permainan tersebut mempunyai gaya grafik berasaskan sprite tiga dimensi berasaskan jubin, mengingatkan sprite 16-bit yang dijumpa di SNES.[2] Permainan tersebut diperhatikan untuk gaya cara mainan pengembaraan klasik, sama seperti permainan Minecraft dan Metroid.[2][3][4]

Terraria bermula di sebuah dunia yang dijana secara prosedur. Pemain bermula dengan tiga alatan asas; sebuah pedang untuk berlawan, sebuah kapak untuk menebang pokok dan sebuah cangkul untuk menggali.[1] Kebanyakan sumber, terutamanya bijih, dapat dijumpa apabila mengembara gua. Pemain bermula dengan jumlah nyawa dan poin mana yang terhad, yang kedua-duanya dapat ditambah dengan menggunakan barangan yang tertentu.[1] Sesetengah sumber dan kebanyakan barangan hanya dapat dijumpai di kawasan yang tertentu di peta, di dalam bekas, atau dijatuhkan oleh makhluk yang tertentu.[1] Pemain menggunakan sumber untuk mencipta barangan dan alatan baru di bengkel penciptaan yang sesuai untuk resipi yang tertentu. Contohnya, meja dan barangan lain dapat direka di bangku kerja, bar dapat dipanaskan dari bijih di relau, dan perisai serta alatan dapat dicipta di andas. Kebanyakan barangan canggih dalam Terraria memerlukan pelbagai operasi penciptaan di mana hasil satu resipi merupakan sebuah bahan untuk hasil resipi yang lain.

Pemain dapat bertemu dengan pelbagai makhluk dalam Terraria, seperti gumpalan lendir, zombie, rangka tulang, mata terbang dan pelbagai makhluk khas untuk sebuah kawasan yang tertentu. Kejadian makhluk yang tertentu bergantung kepada pelbagai faktor seperti masa, lokasi acara tertentu dan interaksi pemain.[1] Pemain dapat berlawan dengan makhluk menggunakan pedang, busur, pistol, mantera dan penyerang yang dihidupkan. Pemain juga boleh berlawan makhluk bos dengan pelbagai mekanik serangan, yang dapat memberi barang yang berharga serta jumlah duit permainan yang banyak. Semua makhluk bos dapat dihidupkan dengna menggunakan barang yang tertentu atau secara warak apabila kriteria yang tertentu berlaku. Sesetengah makhluk bos boleh dihidupkan secara semula jadi di tempat dan pada masa yang tertentu. Mengalahkan makhluk-makhluk bos tersebut berkaitan dengan kemajuan dalam permainan.

Dengan menyelesaikan tugas yang tertentu, seperti mengalahkan makhluk bos atau mendapat barang yang tertentu, pemain dapat menarik karakter bukan pemain (NPC/Non-player character) untuk menduduki bangunan atau bilik yang pemain telah bina. NPC termasuk pedagang, jururawat dan ahli magis.[1] Sesetengah NPC dapat diperoleh dengan menjumpai mereka di seluruh dunia dan kemudian menduduki rumah pemain seperti ahli magis dan mekanik. Pemain boleh menjual dan membeli barangan atau melakukan perkhidmatan yang tertentu dengan NPC-NPC tersebut menggunakan duit dalam permainan. Terraria mengandungi sebuah sistem kewangan di dalam bentuk syiling yang terutamanya digunakan untuk menyelesaikan transaksi dengan NPC.

Permainan mengenali pelbagai jenis kawasan yang berbeza, berdasarkan blok yang wujud di persekitaran, masing-masing sebagai rumah kepada sebuah kumpulan makhluk yang unik. Sesetengah kawasan, seperti kawan Crimson dan Corruption, akan berkembang secara semula jadi dengan mengambil alih dan menukar blok di kawasan berdekatan secara lambat. Sekiranya pemain mengembara ke kawasan Underworld dan menghidupkan serta mengalahkan makhluk bos yang dinamakan "Wall of Flesh" , permainan akan memasuki mod sukar/"hardmode", yang menambah pelbagai makhluk yang baru dan lebih kuat di seluruh dunia, serta NPC, makhluk bos, barangan, bijih dan sebuah kawasan baru iaitu "The Hallow", yang sama seperti kawasan Crimson dan Corruption.[5]

Permainan juga mencirikan tahap kesukaran mahir/"expert",[6] yang boleh dipasangkan apabila mencipta dunia yang baru. Mod mahir menambahkan tahap kesukaran permainan dengan meningkatkan serangan dan nyawa makhluk dan makhluk bos, lebih lanjut meningkatkan kekuatan makhluk yang lemah selepas mod sukar, memberi makhluk-makhluk bos corak serangan baru, mengurangkan keberkesanan proses menjana semula nyawa, dan perubahan-perubahan lain. Untuk menangani serangan makhluk mod mahir yang lebih kuat, statistik pertahanan lebih berkesan berbanding dengan dalam mod biasa. Tambahan dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi, mod mahir meningkatkan kemungkinan bagi makhluk untuk memberi barangan yang berharga, dan menambah barangan baru yang hanya dapat didapat dengan mengalahkan makhluk bos dalam mod mahir.

Permainan juga menyokong mod pemain berganda. Tambahan dengan cara mainan biasa, Terraria juga mempunyai komuniti modifikasinya yang sendiri.[7][8]

Penciptaan dan pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Terraria dicipta oleh Re-Logic bermula pada tahun 2011,[9] dan dicipta di atas rangkai kerja Microsoft XNA.[10] Re-Logic terdiri daripada Andrew Spinks, yang mereka bentuk dan memprogram Terraria, Finn Brice, yang mereka bentuk grafik untuk Terraria bersama Andrew, dan Jeremy Guerrette, yang merupakan seorang pembantu pengeluaran di Re-Logic, tetapi keluar daripada Re-Logic selepas Terraria diterbitkan. Lagu-lagu dicipta oleh Scott Lloyd Shelly.[11] Permainan tersebut diterbitkan untuk Microsoft Windows pada 16 Mei, 2011.[12]

Pasca-pelancaran, Terraria telah dikemaskinikan pada pelbagai peristiwa. Pada Disember, 2011, Re-Logic mengemaskini Terraria kepada versi 1.1, menambah makhluk, makhluk bos, NPC dan barangan baru. Versi tersebut juga termasuk penambahbaikan kepada teknologi penjanaan dunia dan sistem cahaya permainan.[13] Pada Februari 2012, pencipta-pencipta mengumumkan bahawa mereka tak akan meneruskan penciptaan aktif, tetapi akan melancarkan sebuah patch pembaikian isu terakhir.[14] Tetapi, penciptaan diteruskan pada tahun 2013 dengan Andrew Spinks menyoal komuniti untuk idea-idea dan ciri-ciri untuk dimasukkan ke dalam pengemaskinian kandungan yang akan datang.[15]

Pada September 2012, Andrew Spinks mengumumkan bahawa Engine Software dan 505 Games akan memindahkan Terraria ke Xbox 360 dan PlayStation 3.[16] Permainan tersebut diterbitkan di Xbox 360 melalui Xbox Live Arcade pada 27 Mac, 2013.[17] Versi PlayStation 3 pula diterbitkan melalui PlayStation Network di Amerika Utara pada 26 Mac, 2013[17] dan di Eropah dan Australia pada 15 Mei, 2013.[18] Selepas penerbitan konsol yang mula-mula, 505 Games mengumumkan bahawa Terraria akan dipindahkan ke PlayStation Vista.[19] Versi PlayStation Vista diterbitkan di Eropah pada 11 Disember, 2013, dan di Amerika Utara pada 17 Disember, 2013.[20] Spike Chunsoft menyetempatkan versi PlayStation 3 dan PlayStation Vista untuk diterbitkan di Jepun. Versi Jepun mengandungi barangan eksklusif seperti kostum yang berasaskan Monokuma dari permainan Danganronpa: Trigger Happy Havoc.[21][22] Pada Mei 2013, 505 Games mengumumkan Terraria versi mudah alih yang dipindahkan oleh sebuah studio Belanda dinamakan Codeglue untuk Android, iOS dan Windows Phone.[23] Versi mudah alih diterbitkan di iOS pada 29 Ogos, 2013,[24] dan di Android pada 13 September, 2013.[25] Versi mudah alih Windows Phone diterbitkan pada 12 September, 2014.[26]

Pada Oktober 2013, Re-Logic mengemaskini Terraria kepada versi 1.2 untuk Windows selepas sembilan bulan dalam penciptaan. Pengemaskinian tersebut mencirikan pelbagai mekanik baru, perubahan cara mainan dan pelarasan grafik.[27] Selepas versi 1.2 diterbitkan, permainan tersebut kembali menerima pengemaskinian secara berterusan, termasuk pengemaskinian Halloween dan Krismas yang mengembangkan akhir permainan dengan ketara.[28][29] Versi konsol dan telephone menerima versi 1.2 pada tahun 2014.[30][31] Terraria menjadi bebas DRM pada 2 Oktober, 2014, apabila permainan tersebut diterbitkan di GOG.com.[32]

Versi Terraria yang dapat dimuat turun diterbitkan di PlayStation 4 pada 11 November, 2014,[33] dan Xbox One pada 14 November, 2014,[34] dengan terbitan runcit pada 2 Disember, 2014.[35] Pada September 2014, Re-Logic mengumumkan bahawa Terraria akan diterbitkan di OS X dan Linux.[36] Kedua-dua versi Terraria diterbitkan pada 12 Ogos, 2015.[37] Versi Nintendo 3DS diterbitkan di Nintendo eShop pada 10 Disember, 2015.[38] Versi Wii U juga diterbitkan di Nintendo eShop pada Jun, 2016.[39] Versi Terraria untuk Nintendo Switch yang dipindahkan oleh 505 Games, diterbitkan pada 27 Jun 2019.[40]

Diumumkan bahawa versi 1.3, pengemaskinian kandungan utama Terraria yang ketiga, akan menjadi pengemaskinian terakhir yang Andrew Spinks akan mencipta dengan sendiri dan pencipta Yorai Omer dan Skiphs akan mengambil alih penciptaan, dan Whitney "Cenx" Baird, isteri Andrew Spinks, akan menjadi pereka bentuk utama. Versi 1.3 diterbitkan pada 30 Jun, 2015, menambah lebih banyak barangan, peristiwa, makhluk, makhluk bos dan ciri cara mainan. Pengemaskinian tersebut diterbitkan di versi konsol pada 12 Disember, 2017, dan diterbitkan di versi mudah alih pada 27 Ogos, 2019.[41]

Pada Julai 2016, 505 Games mengumumkan bahawa Engine Software dan Codeglue tidak akan lagi mencipta untuk versi konsol dan mudah alih dan studio yang baru, Pipeworks Studios, akan mengambil alih penciptaan untuk kedua-dua versi.[42] Pada Disember 2018, 505 Games mengumumkan bahawa penciptaan versi 1.3 untuk versi mudah alih akan diambil alih oleh DR Studios bagi membantu Pipeworks Studios menumpukan perhatian kepada pemindahan permainan tersebut ke Nintendo Switch.[43]

Pada Jun 2019, pengemaskinian utama permainan yang keempat dan terakhir, dipanggil "Journey's End" diumumkan untuk diterbitkan pada penghujung tahun 2019. Pengemaskinian tersebut adalah untuk menambah barangan dan makhluk yang baru, tahap kesukaran yang baru yang dipanggil mod sangat mahir/"master", sebuah bestiari dan pelbagai pelarasan cara mainan yang lain.[44]

Pada Oktober 2013, Andrew Spinks mengumumkan bahawa beliau merancangkan Terraria 2 , mengatakan permainan tersebut dirancangkan untuk mengadakan dunia yang tak terhingga, dan berbeza daripada permainan asal secara ketara.[45][46]

Terraria: Otherworld merupakan permainan yang dirancangkan yang lain yang ditetapkan di alam Terraria, dan diumumkan pada Februari 2015 untuk diterbitkan pada penghujung tahun tersebut.[47] Terraria:Otherworld menugaskan pemain untuk mencuba untuk menyucikan dunia daripada kawasan Corruption, yang dapat dicapai terutamanya dengan menjumpa dan mengaktifkan "menara penyucian" yang menolak balik perkembangan kawasan Corruption. Permainan tersebut akan mengandungi lebih banyak strategi dan elemen bermain-main, seperti elemen cara mainan pertahanan menara, pokok kemahiran dan sebuah cerita. Pada April 2017, Re-Logic mengumumkan bahawa rakan kongsi yang sebelumnya, Engine Software, akan diturunkan dalam memihak studio yang baru, Pipeworks Studios.[48] Alasan yang diberikan disebabkan oleh permainan tersebut keluar dari jadual yang ditetapkan.[49][50] Pada April 2018, Re-Logic mengumumkan bahawa permainan tersebut telah dibatalkan disebabkan oleh mereka tidak berpuas hati dengan penciptaanya sejauh ini, dan sekali gus menyebabkan mereka tidak mahu untuk mempercepatkan penerbitan hasil produk yang tidak berkualiti.[51]

  1. ^ a b c d e f https://www.gamespot.com/reviews/terraria-review/1900-6316247/
  2. ^ a b c https://kotaku.com/somewhere-between-super-metroid-and-minecraft-lies-the-5801827
  3. ^ https://www.destructoid.com/minecraft-in-2d-you-say-terraria-looks-legit-199603.phtml
  4. ^ https://web.archive.org/web/20110521092130/http://www.wired.co.uk/news/archive/2011-05/18/terraria-released
  5. ^ http://www.pcgamer.com/2011/11/28/terrraria-patch-1-1-to-add-new-bosses-monsters-npcs-hard-mode-and-unreal-megashark/
  6. ^ http://www.technologytell.com/gaming/149959/terrarias-1-3-update-changelog-revealed/
  7. ^ http://www.pcgamer.com/the-best-terraria-mods/
  8. ^ http://www.pcgamer.com/super-terraria-world-mods-re-logics-game-into-a-full-fledged-rpg/
  9. ^ http://uk.ign.com/articles/2011/04/29/minecraft-the-platformer
  10. ^ http://www.escapistmagazine.com/news/view/121843-Microsoft-Confirms-the-End-of-XNA
  11. ^ https://web.archive.org/web/20150716061138/http://www.resonancearray.com/about_us.ews
  12. ^ http://www.pcgamer.com/terraria-is-out-today/
  13. ^ https://www.pcgamer.com/terrraria-patch-1-1-to-add-new-bosses-monsters-npcs-hard-mode-and-unreal-megashark/
  14. ^ https://www.rockpapershotgun.com/2012/02/22/terraria-dev-time-to-move-on-fans-nooooooo/
  15. ^ http://www.pcgamer.com/terraria-creator-asks-what-you-would-like-to-see-in-a-possible-update/
  16. ^ http://www.eurogamer.net/articles/2012-09-11-terraria-heading-to-psn-and-xbla-early-next-year
  17. ^ a b http://www.destructoid.com/terraria-hits-xbox-360-and-playstation-3-next-week-249381.phtml
  18. ^ https://www.engadget.com/2013/04/30/terraria-expands-to-european-psn-may-15/
  19. ^ http://www.eurogamer.net/articles/2013-03-28-indie-darling-terraria-announced-for-playstation-vita
  20. ^ http://uk.ign.com/articles/2013/12/10/terraria-finally-gets-a-release-date-for-ps-vita
  21. ^ http://www.polygon.com/2013/10/2/4795388/how-the-ps3-version-of-terraria-became-an-unconventional-success-in
  22. ^ http://www.siliconera.com/2014/01/15/monomi-danganronpa-2-toro-make-cameos-terraria-japan/
  23. ^ https://www.polygon.com/2013/5/31/4383672/terraria-mobile-devices-summer-2013-codeglue-505-games
  24. ^ https://www.engadget.com/2013/08/28/terraria-ios-out-tomorrow/
  25. ^ https://www.engadget.com/2013/09/13/psa-terraria-grounded-on-android/
  26. ^ https://www.windowscentral.com/terraria-finally-arrives-windows-phone-xbox-live-support
  27. ^ https://www.pcgamer.com/terraria-1-2-update-released-tweaks-almost-every-part-of-the-game/
  28. ^ https://www.pcgamer.com/terraria-offers-new-treats-no-tricks-in-halloween-update/
  29. ^ https://www.engadget.com/2013/12/10/terraria-launches-christmas-update-on-ios-android/
  30. ^ https://www.eurogamer.net/articles/2014-04-15-terrarias-massive-console-update-coming-thursday
  31. ^ http://gamershell.com/news_172217.html
  32. ^ http://terraria.org/news/terraria-now-available-on-gog
  33. ^ https://www.engadget.com/2014/11/09/terraria-hits-ps4-on-tuesday-can-you-dig-it/
  34. ^ https://www.engadget.com/2014/11/14/terraria-carves-out-an-xbox-one-release-today/
  35. ^ http://uk.ign.com/articles/2014/11/07/terraria-ps4-coming-to-psn-next-tuesday
  36. ^ https://www.polygon.com/2014/9/15/6152869/terraria-mac-linux
  37. ^ https://www.destructoid.com/terraria-hits-mac-and-linux-at-long-last-304318.phtml
  38. ^ https://sea.ign.com/terraria/94477/news/terraria-release-date-confirmed-for-nintendo-3ds
  39. ^ https://www.eurogamer.net/articles/2015-06-08-terraria-confirmed-for-3ds-and-wii-u
  40. ^ https://www.destructoid.com/terraria-lands-on-nintendo-switch-this-week-558729.phtml
  41. ^ https://forums.terraria.org/index.php?threads/terraria-mobile-1-3-release-date-revealed.82046/
  42. ^ https://forums.terraria.org/index.php?threads/the-path-ahead-major-news-updates-for-console-mobile.47156/
  43. ^ https://forums.terraria.org/index.php?threads/terraria-mobile-update-introducing-dr-studios.74751/
  44. ^ https://venturebeat.com/2019/06/10/terraria-journeys-end-is-a-massive-free-update/
  45. ^ https://www.ign.com/articles/2013/10/03/terraria-2-will-have-infinite-worlds-and-be-quite-different
  46. ^ https://www.rockpapershotgun.com/2013/10/03/terraria-2-announced/
  47. ^ https://www.destructoid.com/terraria-otherworld-trailer-shows-an-alternate-dimension-to-the-sandbox-287753.phtml
  48. ^ http://www.pcgamer.com/terraria-otherworld-update-reveals-a-new-development-partner/
  49. ^ http://www.pcgamer.com/terraria-otherworld-update-reveals-a-new-development-partner/
  50. ^ https://www.pcgamer.com/terraria-otherworld-is-terraria-with-purpose/
  51. ^ http://www.siliconera.com/2018/04/13/terraria-otherworld-canceled/


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan