Tentera Udara Bebas Libya
Tentera Udara Bebas Libya القوات الجوية ليبيا الحرة | |
---|---|
Aktif | Mac 2011-sekarang |
Negara | Republik Libya |
Kesetiaan | Majlis Peralihan Nasional |
Cawangan | Tentera Udara |
Sebahagian daripada | Pasukan Anti-Gaddafi |
Ibupejabat | Pangkalan Udara Benina, Benghazi |
Pertempuran | Perang Saudara Libya 2011 |
Komander | |
Komander terkenal | Kolonel Abdullah El-Hassi Kolonel Ali Atiyya |
Pesawat terbang | |
Pejuang | MiG-23,MiG-21 |
Helikopter penyerang | Mi-25 |
Helikopter utiliti | Mi-14 |
Tentera Udara Bebas Libya (Arab: القوات الجوية ليبيا الحرة ,bahasa Inggeris: Free Libyan Air Force (FLAF) adalah Pasukan Tentera Udara yang bernaung dibawah Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council),merangkumi sebilangan juruterbang Tentera Udara Libya dibawah pimpinan Muammar al-Gaddafi yang telah berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada gerakan Anti-Gaddafi.[1]
Pada 13 Mac 2011,Ali Atiyya,Seorang Kolonel Tentera Udara Libya yang berpangkalan di Mitiga,berdekatan Tripoli mengisytiharkan beliau telah berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Gerakan Anti-Gaddafi.Ini merupakan sumber maklumat terawal mengenai kewujudan kakitangan Tentera Udara dalam Gerakan Anti-Gaddafi.[2]
Pada 16 Mac,2 buah pesawat pejuang dikatakan mendarat di Lapangan Terbang Benghazi,dan kemudiannya menyertai pihak penentang.
Operasi
[sunting | sunting sumber]Tentera Udara Bebas Libya dilaporkan telah melancarkan serangan keatas tiga kapal tangki,dimana 2 telah tenggelam dan sebuah mengalami kerosakan,dan juga melancarkan serangan keatas konvoi tentera yang bergerak dari Sirte ke Ajdabiya dengan tiga helikopter.
Pada 19 Mac,sebuah pesawat Mikoyan-Gurevich MiG-23 milik mereka telah ditembak jatuh di Benghazi.Pada mulanya media mengatakan bahawa pesawat tersebut adalah milik Tentera Udara Libya pimpinan Gaddafi,tetapi kemudian Pihak Majlis Peralihan Nasional mengumumkan bahawa pesawat tersebut adalah milik mereka,yang telah ditembak oleh tentera yang setia kepada Gaddafi.Namun Pihak Gaddafi menuduh pihak penentang kerana melanggar Zon Larangan Terbang[3][1].BBC World melaporkan bahawa pesawat tersebut ditembak secara tidak sengaja oleh pertahanan udara mereka sendiri,dan juruterbang tersebut terbunuh dengan serta merta apabila beliau keluar terlalu lambat dari pesawat tersebut.[4]
Pada 9 April,dua helikopter Mi-24 milik FLAF telah dikesan sedang melakukan penerbangan di Ajdabiya,dan telah melanggar Zon Larangan Terbang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[5]Kedua-dua helikopter tersebut akhirnya ditembak jatuh oleh Tentera Kerajaan[6][7].Dan pada hari yang sama,Pihak Bersekutu telah memintas sebuah pesawat MiG-23,juga dimiliki oleh FLAF dan kemudiannya diiring pulang ke Pangkalan mereka.[8]
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Dalam Perkhidmatan | Nota | |
---|---|---|---|---|---|---|
Pesawat Pejuang | ||||||
Mikoyan-Gurevich MiG-23 | Kesatuan Soviet | Pesawat Pejuang | MiG‑23BN/MS/ML/UB | 3+ | Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Benina; Dua ditembak jatuh | |
Mikoyan-Gurevich MiG-21 | Kesatuan Soviet | Pesawat Pejuang | MiG‑21MF/bis/UM | 1+ | Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Benina; Sebuah (MiG-21UM) dilaporkan terhempas akibat kegagalan mekanikal | |
Pesawat Pelatih | ||||||
Soko G-2 | Yugoslavia | Pesawat Pelatih | G-2A-E | 5+ | Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Misrata airbase;[9] Status tidak diketahui sehingga sekarang | |
Helikopter | ||||||
Mil Mi-24 | Kesatuan Soviet | Helikopter tempur | Mi-25 | 1+ | Sekurang-kurangnya sebuah ditawan di Pangkalan Udara Benina;[10] Sebuah ditembak jatuh[11] | |
Mil Mi-14 | Kesatuan Soviet | Helikopter Anti-Kapal Selam | Mi-14 | 1+ | Sekurang-kurangnya sebuah ditawan di Pangkalan Udara Benina [10]. | |
Mil Mi-2 | Kesatuan Soviet | Helikopter pengangkut | Mi-2 | 1+ | Beberapa buah ditawan di Pangkalan Udara Misrata; Status belum diketahui lagi sehingga sekarang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Libya Feb 17 http://www.libyafeb17.com/ Missing or empty
|title=
(bantuan). - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-21. Dicapai pada 2011-03-21.
- ^ http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2011-03/19/c_13787579.htm
- ^ "Benghazi 'bombarded by pro-Gaddafi forces'". BBC News. 20 Mar 2011. Dicapai pada 20 Mar 2011.
- ^ "Libya Live Blog - April 9". Al Jazeera. Dicapai pada 2011-04-12.
- ^ "Libya: rebel defences 'failing' as Gaddafi forces move towards Benghazi". guardian.co.uk. Dicapai pada 2011-04-10.
- ^ "Gadhafi loyalists besiege Ajdabiya as front line moves east". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 2011-04-09.
- ^ "Libya: Fierce battle for second day in Ajdabiya". BBC News. 10 Apr 2011. Dicapai pada 12 Apr 2011.
- ^ http://www.youtube.com/watch?v=0orW5K8Xoas&feature=related
- ^ a b "Libya unrest: Benghazi revels in freedom from Gaddafi". BBC News. 26 February 2011.
- ^ "Gadhafi loyalists besiege Ajdabiya as front line moves east". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 2011-04-09.
Nota: Kesemua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.