Pergi ke kandungan

Tentera Perancis Bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Forces Françaises Libres
Salib Lorraine, simbol Perancis Bebas
Aktif18 Jun 1940–1 Ogos 1943
NegaraPerancis
Saiz550,000 (1944)
1,300,000 (1945)
KawatLe Chant des Partisans
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Charles de Gaulle,
Philippe Leclerc

Tentera Perancis Bebas (Perancis: Forces françaises libres) adalah unit-unit tentera atau individu yang menyertai pihak "Perancis Bebas" (la France libre), iaitu organisasi penentang yang diasaskan oleh Charles de Gaulle pada tahun 1940 di London bagi meneruskan perjuangan menentang Kuasa Paksi.

De Gaulle, seorang menteri kerajaan Perancis yang menolak gencatan senjata yang dibuat oleh Marsyal Philippe Pétain dan telah melarikan diri ke Britain, menggesa rakyat Perancis menentang dalam siaran BBC nya "Rayuan 18 Jun" (Appel du 18 juin), yang mana membangkitkan semangat moral di seluruh Perancis dan koloninya, walaupun pada mulanya hanya sedikit tentera Perancis menyahut seruan de Gaulle.

Perancis Bebas menentang tentera Paksi dan Vichy dan terlibat disemua medan pertempuran dari Timur Tengah hingga Indochina dan Afrika Utara. Tentera laut Perancis Bebas beroperasi sebagai sebuah pasukan sokongan kepada Tentera Laut Diraja, dan terdapat unit-unit Perancis Bebas dalam Tentera Udara Diraja, Tentera Udara Soviet, dan British SAS.

Pada November 1942, pihak Bersekutu menyerang Afrika Utara Perancis kawalan Vichy, dan ramai tentera Vichy menyertai Perancis Bebas, dengan Jeneral Henri Giraud mengepalai mereka. Ini menyebabkan pihak Jerman menduduki Vichy Perancis, dan sebagai membalas dendam tentera Vichy yang berjumlah 60,000 anggota di Afrika Utara menyertai pihak Bersekutu.

Pada 1 Ogos 1943, Perancis Bebas secara rasmi bersatu dengan Armee d'Afrique (Tentera Darat Afrika) untuk membentuk Armee française de la Liberation (Tentera Pembebasan Perancis). Menjelang pertengahan tahun 1944, pasukan tentera ini berjumlah lebih daripada 400,000 anggota dan mereka menyertai pendaratan Normandy dan pencerobohan dari Perancis Selatan, akhirnya memimpin kemaraan ke Paris. Tidak lama kemudian mereka berperang di Alsace, Alps dan Brittany, dan pada akhir perang di Eropah, mereka dengan kekuatan 1,300,000 anggota - tentera Bersekutu keempat terbesar di Eropah - mengambil bahagian dalam pencerobohan Bersekutu keatas Jerman.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Hastings, Max, p. 125–126, All Hell Let Loose, The World at War 1939–45, Harper Press, London, 2011
  • Mollo, Andrew (1981). The Armed Forces of World War II. Crown. ISBN 0-517-54478-4.
  • Sumner, Ian; Vauvillier, François (1998). The French Army 1939–45: Free French, Fighting French and the Army of Liberation. Men-at-arms Series No. 318. Volume 2. London: Osprey. ISBN 1855327074. |volume= has extra text (bantuan)
  • Taylor, A. J. P. The Second World War – an Illustrated History, Hamish Hamilton, London, 1975.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Governments in exile