Pergi ke kandungan

Tengku Zaid Tengku Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Zaid Tengku Ahmad
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pasir Mas
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKawasan undi dicipta semula
Digantikan oleh Abdul Rahman Daud
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pasir Mas Hulu
Dalam jawatan
19 Ogos 1967 – 1974
Didahului oleh Abdul Samad Gul Ahmad Mianji
Digantikan olehKawasan undi dibubarkan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Dalam jawatan
1970–1971
Didahului olehJaiz Anwar
Digantikan olehHassan Shukri
Maklumat peribadi
Lahir
Tengku Muhammad Zaid ibni Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad

(1932-12-08)8 Disember 1932
Pasir Mas, Kelantan
Mati11 Mei 1983(1983-05-11) (umur 50)
Kuala Lumpur
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
SaudaraTengku Noor Asiah Tengku Ahmad
Sultanah Zanariah Tengku Ahmad

Tengku Zaid bin Tengku Ahmad ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau merupakan salah seorang kerabat diraja Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan bermula selepas memenangi pilihan raya kecil Pasir Mas Hulu 1967 hingga 1974 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).. Pada 1974 hingga 1978, beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas mewakili PAS yang menjadi parti komponen Barisan Nasional.

Dalam PAS, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS pada 1970-1971.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia
    • Pingat Peringatan Malaysia (Gangsa) (P.P.M.) - 1965