Abdul Samad Gul Ahmad Mianji
Abdul Samad Gul Ahmad Mianji | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Mas Hulu | |
Dalam jawatan 1964 – 3 Julai 1967 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Samad bin Gul Ahmad Mianji 1935 |
Meninggal dunia | 1967 Kota Bharu | (umur 31–32)
Cause of death | kecederaan otak, dibunuh |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Kampung Dusun, Kota Bharu |
Parti politik | ![]() |
Abdul Samad bin Gul Ahmad Mianji ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1964 hingga kematiannya pada Julai 1967. Jawatan terakhir beliau selain Ahli Parlimen ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1].
Kematian
[sunting | sunting sumber]Abdul Samad Gul dibunuh pada 3 Julai 1967 di Jalan Hulu Pasar, Kota Bharu. Beliau telah ditetak dengan kapak kecil pada bahagian telinga dan tengkuk sehingga berlaku pendarahan yang banyak dan mengakibatkan kematian. Beliau dikatakan keluar dari Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, selepas menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi, dan ditetak ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta miliknya pada jam 12.15 tengah malam. Beliau disahkan meninggal dunia pada 6.00 pagi, 3 Julai 1967 akibat kecederaan otak[2].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mengenang 50 tahun Abdul Samad Gol Ahmad Mianji :Kenapa dan bagaimana beliau di bunuh?". Daulah Rakyat. Julai 4, 2017. Dicapai pada 17 Disember 2021.
- ^ Anwar Hussin (Ogos 3, 2019). "Masih ramai 'gedebe' di Kelantan". BHarian. Dicapai pada 17 Disember 2021.