Tarian dan kesihatan
Tarian ialah aktiviti fizikal yang sihat, dengan banyak manfaat fizikal dan psikologi yang meluas. Tarian boleh dinikmati dalam pelbagai bentuk, bagi setiap peringkat umur dan keupayaan. Aktiviti fizikal ini menarik minat sesetengah orang yang biasanya tidak aktif dan oleh itu boleh menjadi satu alternatif senaman.[1] Tarian dalam bidang kesihatan telah menjadi faktor penting dalam pencegahan, rawatan dan pengurusan dalam beberapa keadaan kesihatan. Ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental serta memberi komunikasi sosial.[2] Tarian ialah seni yang dipelajari dan dikongsi antara banyak budaya. Jenis tarian boleh melibatkan pergerakan badan, ekspresi dan kerjasama.[1] Korelasi antara tarian dan kesihatan telah menjadi subjek beberapa kajian penyelidikan yang menunjukkan tarian sebagai senaman yang sihat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko kesihatan yang memerlukan perhatian.[2]
Kegunaan tarian
[sunting | sunting sumber]Kesihatan dan kecergasan fizikal
[sunting | sunting sumber]Menari boleh menjadi cara untuk kekal cergas bagi semua peringkat umur, bentuk dan saiz badan, dan mempunyai pelbagai manfaat fizikal dan mental termasuk keadaan jantung dan paru-paru yang bertambah baik, peningkatan kekuatan otot, daya tahan dan kecergasan motor, peningkatan kecergasan aerobik, ton dan kekuatan otot lebih baik, pengurusan berat badan, tulang lebih kuat dan pengurangan risiko osteoporosis, koordinasi lebih baik, ketangkasan dan fleksibiliti, keseimbangan dan kesedaran ruang yang lebih baik, keyakinan fizikal yang lebih baik, fungsi mental yang lebih baik, kesejahteraan umum dan psikologi baik, keyakinan diri lebih tinggi, dan kemahiran sosial yang lebih baik.[3] Kebanyakan bentuk tarian boleh dianggap sebagai senaman aerobik, dan oleh itu juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, membantu mengawal berat badan, mengurangkan tekanan, dan membawa faedah lain yang biasanya dikaitkan dengan aktiviti kecergasan fizikal. Di samping itu, kajian telah menunjukkan korelasi yang besar antara tarian dan kesejahteraan psikologi. Sejumlah besar maklumat kerajaan, kesihatan dan pendidikan tersedia yang memuji faedah tarian untuk kesihatan.[4]
Laporan 2008 oleh Profesor Tim Watson dan Dr. Andrew Garrett dari Universiti Hertfordshire membandingkan ahli Balet Diraja dengan skuad perenang kebangsaan dan antarabangsa British. Penari mendapat markah lebih tinggi daripada perenang dalam tujuh daripada sepuluh bidang kecergasan.[5]
Terapi tarian dicadangkan untuk pesakit hari ini sebagai rawatan sokongan emosi dan terapeutik, kerana tarian membolehkan individu berhubung dengan diri mereka sendiri.[6]
Kecederaan dan implikasi tarian
[sunting | sunting sumber]Seperti mana-mana aktiviti fizikal, tarian juga ada risiko kecederaan. Penari ibarat atlet dan memerlukan latihan berjam-jam yang boleh memberi tekanan pada badan. Akibatnya, kecederaan sukan, kecederaan ketegangan berulang dan tekanan tempat kerja kronik boleh menjadi perkara biasa.
Penari berisiko mengalami kecederaan dalam perjalanan kerjaya mereka; ramai yang bersara daripada persembahan aktif pada pertengahan hingga lewat 30-an. Memandangkan tarian adalah seni persembahan dengan penekanan pada estetika, penari juga berisiko tinggi mengalami masalah imej badan dan gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa atau bulimia.[7] Beberapa tarian seperti balet adalah sangat meletihkan bagi badan. Kajian menunjukkan bahawa penari dalam syarikat praprofesional elit mempunyai 1.38 kecederaan setiap 1000 jam menari, dengan purata penari kira-kira 30.3 jam seminggu. Kecederaan paling biasa adalah pada bahagian bawah kaki, dengan buku lali adalah yang paling biasa. Kecederaan secara purata mengambil masa kira-kira 7 hari untuk sembuh, dengan kecederaan kaki mengambil masa paling lama pada 14 hari dan kecederaan paha paling rendah pada 2 hari.[8] Satu lagi risiko yang dihadapi oleh penari ialah gangguan makan. Mereka sentiasa dinilai berdasarkan penampilan mereka dan dijangka mempunyai badan yang langsing dan kencang. Ini boleh membawa kepada banyak risiko kesihatan.[9]
Jenis kecederaan
[sunting | sunting sumber]Banyak pergerakan tarian, khususnya teknik balet seperti pergerakan pinggul dan berdiri atas jari kaki (jengket; en pointe), menguji had julat pergerakan badan manusia. Pergerakan tarian boleh memberi tekanan pada badan apabila tidak dilakukan dengan betul. Meskipun dengan gaya sempurna, pengulangan berlebihan boleh menyebabkan kecederaan regangan berulang. Kecederaan paling biasa bagi penari balet ialah sindrom patah pinggul dan kecederaan kaki atau buku lali.[10] Kecederaan kaki dan buku lali terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan termasuk patah tulang akibat tekanan, kecederaan tendon, terseliuh dan regangan. Kebanyakannya disebabkan bukan sahaja akibat penekanan gerak kaki dalam tarian, tetapi juga kasut dipakai. Penari memakai sama ada kasut pointe, berkaki ayam, kasut lembut atau bertumit, dan semua ini tidak memberikan sokongan. Kecederaan bahu boleh menjadi perkara biasa dalam kalangan penari lelaki kerana gerakan mengangkat, bekerjasama dan kerja lantai yang biasa dilihat dalam tarian moden. Otot periskapula membantu dalam memastikan bahu dalam keadaan stabil, dan otot-otot ini lebih berisiko mengalami kecederaan dalam kalangan penari.[11]
Selain itu, tarian berlebihan dan keadaan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang buruk seperti lantai keras, studio atau teater yang sejuk, atau menari tanpa pemanasan badan mencukupi juga meningkatkan risiko kecederaan. Untuk mengurangkan risiko, latihan tarian menekankan pembinaan kekuatan dan membentuk tabiat yang sesuai. Koreografer dan pengajar tarian selalunya akan meletakkan tuntutan tertentu kepada pelajar dan penari mereka tanpa mengambil kira bahawa setiap penari berhadapan dengan batasan anatomi yang berbeza. Penari akan berusaha untuk mencapai estetika yang ideal dalam teknik tarian masing-masing sehingga melampaui batas badan mereka, dan dengan itu, meletakkan diri mereka dengan risiko kecederaan yang lebih tinggi. Kecederaan juga boleh berlaku disebabkan pergerakan tanpa persiapan mencukupi, dan penjagaan mesti diambil supaya pelajar tidak ditekan secara tidak wajar.[12]
Pencegahan
[sunting | sunting sumber]Penjagaan dalam mengelakkan kecederaan dalam kalangan penari adalah penting dan akan membantu aktiviti fizikal sepanjang hayat yang sihat serta mengelakkan kecederaan pada masa hadapan. Ajaran beberapa teknik mudah oleh ibu bapa, guru, dan profesional perubatan boleh mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Antara perkara-perkara yang patut diamalkan ialah memakai pakaian dan kasut yang sesuai, minum banyak cecair untuk kekal terhidrat, jangan menari dalam keadaan sakit- berehat dan mulakan semula, dan belajar teknik yang betul.[13] Bagi tarian sosial, penggunaan lantai berspring sangat disyorkan.[14] Oleh kerana kecederaan tarian boleh merosakkan kerjaya, para profesional semakin enggan menari di mana-mana lantai jenis lain. Dalam balet, plié (bengkokan lutut) yang baik semasa mendarat membantu melindungi daripada kecederaan lutut. Banyak jenis tarian, terutamanya tarian rakyat, mempunyai lompatan berlangkah, dan kesan pendaratan boleh dikurangkan dengan membengkokkan lutut secara sedikit. Perbuatan memanaskan dan menyejukkan badan disyorkan sebelum dan selepas senaman untuk mengelakkan ketegangan, sakit otot dan kecederaan yang mungkin berlaku.[15] Penyesuaian diri juga merupakan cara yang baik untuk mengelakkan kecederaan tarian.[16]
Rawatan kecederaan
[sunting | sunting sumber]Aturan RICE (Rehat, Ais, Mampatan, Penaikan) secara amnya dianggap sebagai terapi pertolongan cemas yang baik dalam kebanyakan kecederaan tarian sebelum ambulans tiba, atau dalam apa-apa yang boleh dianggap sebagai kecederaan ringan.[17] Kesakitan dan keradangan boleh dikurangkan menggunakan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) sebagai gel yang disapu pada kawasan yang terjejas (bukan pada kulit yang pecah). Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa menutup kesakitan semata-mata untuk meneruskan tarian adalah berbahaya kerana ia boleh memburukkan lagi kecederaan.[14]
Tekanan
[sunting | sunting sumber]Penari profesional mungkin mengalami tekanan tempat kerja kronik akibat keselamatan kerja yang tidak menentu serta persekitaran kerja yang berubah-ubah. Purata pendapatan seorang penari balet adalah rendah,[18] dan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat tinggi. Gaji median setiap jam untuk penari dianggarkan $17.49 pada Mei 2019.[19] Sebagai tambahan terhadap tekanan akibat hal ini, penari juga mungkin mengalami tekanan psikologi dalam mencapai kesempurnaan teknikal dan fizikal.[20] Dalam tinjauan terhadap 300 penari profesional, 40% adalah perokok, jauh tinggi daripada dengan purata Pusat Kawalan Penyakit: 24% wanita Amerika dan 29% lelaki Amerika berumur 18-34 tahun.[21]
Imej badan dan pemakanan yang tidak teratur
[sunting | sunting sumber]Seperti aktiviti lain (seperti joki kuda), di mana berat badan menjadi faktor, penari berisiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia.[22] Menurut penyelidikan, kira-kira 12% penari mengalami gangguan pemakanan, termasuk 16.4% penari balet.[23] Ramai penari muda uang percaya bahawa penari ideal mestilah kurus, mungkin mula mengawal diet mereka, kadangkala secara obsesif.[24] Ini merupakan tradisi yang mendalam dalam tarian, terutamanya balet. Terdapat standard yang tinggi, salah satunya ialah idea perfeksionisme dalam mempunyai bentuk badan yang ideal. Ramai penari tertekan untuk mencapai matlamat ini.[25] Oleh sebab itu, penari adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami gangguan makan, terutamanya anoreksia nervosa dan EDNOS.[23] Penari sedemikian mungkin tidak menyedari atau mungkin memilih untuk mengabaikan fakta bahawa penari yang kurus kering tidak akan mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk balet. Pemakanan yang tidak mencukupi pada remaja perempuan telah dikaitkan dengan perkembangan skoliosis (bengkok tulang belakang), disebabkan oleh penurunan pengeluaran estrogen dan seterusnya pengurangan kepadatan tulang. Seorang penari dengan pemakanan yang kurang baik berisiko lebih tinggi untuk mengalami kecederaan dan masalah kesihatan jangka panjang. Persembahan penari dengan kekurangan zat makanan akan terubah dan menjadi lemah apabila badannya mula memecahkan otot dan tulang untuk menjana tenaga. Ini meletakkan penari berisiko memperoleh kecederaan serta melambatkan penyembuhan.[26]
Pekerjaan berkaitan
[sunting | sunting sumber]Terapi tarian atau terapi pergerakan tarian ialah satu bentuk terapi ekspresif, penggunaan psikoterapi pergerakan (dan tarian) untuk merawat keadaan emosi, kognitif, sosial, tingkah laku dan fizikal. Ramai profesional pakar dalam kesihatan penari seperti dalam menyediakan latihan pelengkap atau pemulihan atau meningkatkan disiplin mental.[27]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ravelin, Teija; Kylmä, Jari; Korhonen, Teija (2006). "Dance in mental health nursing: a hybrid concept analysis". Issues in Mental Health Nursing. 27 (3): 307–317. doi:10.1080/01612840500502940. PMID 16484172.
- ^ a b Ward, Sheila A. (2008-04-01). "Health and the Power of Dance". Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 79 (4): 33–36. doi:10.1080/07303084.2008.10598161. ISSN 0730-3084.
- ^ Services, Department of Health & Human. "Dance - health benefits".
- ^ Dance and health: The benefits for people of all ages. Diarkibkan 21 Januari 2016 di Wayback Machine Jointly from the British National Health Service and the Department for Culture, Media and Sport
- ^ "Ballet Dancers Are Fitter Than International Swimmers, Study Finds".
- ^ "Complementary and Alternative Medicine - American Cancer Society". www.cancer.org.
- ^ Wan Nar Wong, Margaret; William Wing Kee To; Kai Ming Chan (2001). "Chapter 16: Dance Medicine". Dalam Nicola Maffulli; K. M. Chan; Robert M. Malina; Tony Parker (penyunting). Sports Medicine for Specific Ages and Abilities (ed. 2nd). Elsevier. m/s. 161–168. ISBN 978-0-443-06128-8.
- ^ Ekegren, Christina L.; Quested, Rachele; Brodrick, Anna (2014). "Injuries in pre-professional ballet dancers: Incidence, characteristics and consequences". Journal of Science and Medicine in Sport. 17 (3): 271–275. doi:10.1016/j.jsams.2013.07.013. PMID 23988783.
- ^ "Anorexia and Dance. Looking for the perfect body in dance!". au-di-tions.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-26.
- ^ "How to Prevent These 10 Common Dance Injuries". 2 January 2018.
- ^ Kotraba, Robert. "Shoulder Injuries in Dancers". Recovery Physical Therapy, Recovery Physical Therapy, 22 June 2014, www.recoverypt.com/shoulder-injuries-in-dancers/. Accessed 3 Nov.
- ^ "Dance and health". Pole-acrobatics.info. Dicapai pada 12 September 2016.
- ^ "STOP Sports Injuries". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2016.
- ^ a b Harkness Centre for Dance Injuries Common Dance Injuries Diarkibkan 28 November 2007 di Wayback Machine
- ^ Adapted Physical Education and Sport By Joseph P. Winnick 2005 ISBN 0-7360-5216-X Chapter 15 Science behind Accurate Exercise Programs
- ^ Daniel D. Arnheim (1991). Dance injuries: their prevention and care. Princeton Book Co. m/s. 8. ISBN 978-0-87127-146-4.
- ^ Dance Magazine April, 2005 by Linda Hamilton Ouch! Five common dance injuries & how to treat them
- ^ "Occupational Overview for Dancers and Choreographers". College Compass.
- ^ "Dancers and Choreographers : Occupational Outlook Handbook: : U.S. Bureau of Labor Statistics". www.bls.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-29.
- ^ Ruggeri, Amanda. "The dangerous downsides of perfectionism". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-29.
- ^ Lalith Munasinghe; Nachum Sicherman (February 2005). "Why Do Dancers Smoke?" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 March 2008. Dicapai pada 2006-10-05.
- ^ Maloney MJ (November 1983). "Anorexia nervosa and bulimia in dancers. Accurate diagnosis and treatment planning". Clin Sports Med. 2 (3): 549–55. doi:10.1016/S0278-5919(20)31387-9. PMID 6580964.
- ^ a b Arcelus, Jon; Witcomb, Gemma; Mitchell, Alex (2014): Prevalence of eating disorders amongst dancers: a systemic review and meta-analysis. Loughborough University. Journal contribution.
- ^ "Adolescent ballet school students: their quest for body weight change". Psychopathology. 31 (3): 153–9. 1998. doi:10.1159/000066238. PMID 9636944.
- ^ J. Claire, Gregory; Interiano-Shiverdecker, Claudia G. (December 2021). "Behind the Curtain: Ballet Dancers' Mental Health". The Professional Counselor. National Board for Certified Counselors. 11 (4): 423–439. doi:10.15241/jcg.11.4.423.
- ^ "Dance". Children's Hospital of Colorado: Orthopedics Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2013. Dicapai pada 13 June 2013.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2008. Dicapai pada 2008-07-09.CS1 maint: archived copy as title (link) Londondance.com: Dancers Health