Pergi ke kandungan

Takur tengkuk emas (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur tengkuk emas
Di Gunung Kinabalu, Malaysia
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. pulcherrimus
Nama binomial
Psilopogon pulcherrimus
(Sharpe, 1888)
Sinonim

Megalaima pulcherrimus

Takur tengkuk emas (Psilopogon pulcherrimus) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia ditemui di Indonesia dan Malaysia, di mana ia endemik pulau Borneo.[2] Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika dan hutan pergunungan lembap subtropika atau tropika.

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Ia bersaiz sederhana dengan panjang 20–21.5 cm (7.9–8.5 in). Badannya agak gempal. Paruhnya tebal dan ketara. Buluannya utamanya hijau, dengan sayapnya hijau yang lebih gelap berbanding bahagian bawahnya. Biru lazuardi pada dahi, memanjang ke tengkuk; biru pada tekak. Tengkuknya kuning kecil tetapi ketara membentuk relangnya. Jalur hitam ketara dari pangkal paruh ke mata. Pupilnya hitam. Rahang bawahnya hitam. Tarsusnya hijau kekelabuan.[3]

Ia mendiami hutan tanah pamah dan pergunungan Borneo. Ia mungkin merupakan spesies penetap di rantau tersebut. Penampakannya selalunya dilaporkan dari Gunung Kinabalu dan Trus Madi selatan ke Mulu dan Murud.[3]

Tingkah laku dan ekologi

[sunting | sunting sumber]

Ia utamanya memakan buah-buahan dan beri. Sekali-sekala ia memakan serangga seperti spesies takur yang lain. Ia sering ditemui meramu di lapisan pertengahan tingkat hutan dan diketahui bersarang di rongga pokok.[4]

  1. ^ BirdLife International (2018). "Psilopogon pulcherrimus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22681655A130045615. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22681655A130045615.en. Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ Phillipps, Quentin & Phillipps, Karen (2011). Phillipps' Field Guide to the Birds of Borneo. Oxford, UK: John Beaufoy Publishing. ISBN 978-1-906780-56-2.
  3. ^ a b Short, L.L. & Horne, J.F.M. (2002).
  4. ^ "Golden-naped Barbets | Beauty of Birds".