Pergi ke kandungan

Takhta Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut ManifestaSITI2020

|- | colspan="3" |

"Takhta Dunia"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan8 Januari 2021
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Format
GenrePop
Panjang
  • 3:15 (single)
  • 4:59 (muzik video)
Syarikat
PenulisRyan Kyoto
PenerbitRyan Kyoto
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Kuasa Cintamu"
(2020)"
"Takhta Dunia"
"Takhta Dunia" di YouTube
"Kuasa Cintamu"
(Trek 6)
"Takhta Dunia"
(Trek 7)
"Teratai Menjelma"
(Trek 8)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Takhta Dunia" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 8 Januari 2021 sebagai single kesembilan dan terakhir dari album studio ke-19 beliau, ManifestaSITI2020 (2020).[1] Ia dicipta dan ditulis oleh Ryan Kyoto yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Azhar.[2][3] Ini menjadi karya muzik terakhirnya sebelum mengambil keputusan untuk berehat bagi memberi tumpuan kepada kehamilannya.[4][5]

Komposisi

[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 3 minit dan 15 saat, "Takhta Dunia" ialah sebuah lagu berentak pop dengan pengaruh 70-an dan 80-an, ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ryan Kyoto, seorang komposer muzik kelahiran Indonesia. Lagu ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi melodi dan cara penyampaian Siti Nurhaliza namun inti pati lirik yang dihasilkan sangat memberi makna.[2]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Takhta Dunia" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada hari pelancaran rasmi single itu, iaitu pada 8 Januari 2021.[2][6]

Video muzik digarap istimewa dengan elemen minimalis teater muzikal. Berlatarkan era 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral,[7] lokasi penggambaran video muzik berkenaan diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.[2] Hasil perbincangan dengan Rasa Film, Siti juga tampil menggayakan imej wanita era 1970-an bagi memberikan kelainan dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan. Siti turut menggunakan khidmat pereka Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahmad Dhani bagi imej tersebut.[2][8][9]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei berpendapat "Takhta Dunia" "kurang menyengat di halwa telinga" dan "sesuailah jika lagu ini diguna ketika majlis tari-menari bersama pasangan".[10]

Format dan senarai runut

[sunting | sunting sumber]
Muat turun dan penstriman digital[11][12]
  1. "Takhta Dunia" – 3:15
  1. ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Siti Nurhaliza lega ManifestaSITI2020 lancar selepas tiga bulan tertangguh - "Hikmahnya saya dapat rakam sampai puas hati"". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  2. ^ a b c d e Tengku Suzana Raja Hamat (8 Januari 2021). "Imej 1970-an Siti dalam Takhta Dunia". Kosmo!. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (8 Januari 2021). "Takhta Dunia Siti Nurhaliza penuh makna". Bebas News. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  4. ^ Zaidi Mohamad (8 Januari 2021). "Karya akhir sebelum Siti bersalin". Berita Harian. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  5. ^ "Siti Nurhaliza bawa nostalgia era 1970an dalam muzik video Takhta Dunia". 7Klik. 9 Januari 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  6. ^ Wawann Mohd (9 Januari 2021). "Tok Ti hadiahkan muzik video Takhta Dunia sebelum berehat panjang". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  7. ^ Asyraf Roslan (9 Januari 2021). "Siti Nurhaliza bawa 'vibe' era 70-an dalam muzik video Takhta Dunia". Astro Awani. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 Januari 2021). "Harapan istimewa takhta dunia". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  9. ^ Zaidi Che (29 Januari 2021). "Takhta Dunia terakhir sebelum Siti bersalin anak kedua". Getaran. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  10. ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  11. ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  12. ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.