Mikraj Cinta
"Mikraj Cinta" | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | |||||||
daripada album Unplugged | |||||||
Dilancarkan | 21 Jun 2015 (Digital) 03 Januari 2015 (Persembahan secara langsung) | ||||||
Dirakamkan | 18 Mei 2015 Arteffects International (Petaling Jaya, Selangor) | ||||||
Format | Muat turun digital | ||||||
Genre | Islamik, Kerohanian, Pop | ||||||
Panjang | 4:37 | ||||||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions Universal Music Malaysia | ||||||
Penulis | Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya | ||||||
Penerbit | Hafiz Hamidun | ||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | |||||||
| |||||||
Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta (muzik video) di YouTube | |||||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Mikraj Cinta" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan dilancarkan pada 21 Jun 2015 sebagai single utama daripada album secara langsung beliau, Unplugged. Ia dicipta oleh Hafiz Hamidun dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya, ia dimuatkan sebagai salah satu trek bonus untuk album ini.[1] Pada asalnya, lagu ini dinyanyikan oleh Hafiz untuk dirinya sendiri, ia kemudiannya diberikan kepada Siti untuk persembahannya untuk “Sirah Rasulullah” bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015. Versi studio lagu ini kemudiannya dimuatkan diikuti dengan pelancaran album Unplugged.
Muzik video lagu ini diarahkan oleh Zuli dan Aloi, diikuti oleh tayangan perdana muzik video lagu ini disiarkan dalam rancangan HLive di Astro Ria pada 10 Julai 2015 sebelum ia dilancarkan secara rasmi di YouTube pada 14 Julai 2015.
Pada 18 Disember 2016, "Mikraj Cinta" telah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-22.[2][3]
Latar belakang dan rakaman
[sunting | sunting sumber]Sebelum pelancaran rasmi sebagai single, ia pertama kali dipersembahkan oleh Siti semasa pementasan teater Sirah Rasulullah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya.[4][5] Bagaimanapun, Hafiz Hamidun, komposer dan penulis lirik asal lagu ini, terlebih dahulu menyanyikannya pada 24 Mei 2014 untuk Konsert Mikraj Cinta sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada Siti untuk persembahan khasnya untuk Sirah Rasulullah.[6] Mikraj Cinta kemudiannya dirakamkan sebagai sebuah lagu pada 18 Mei 2015 di studio miliknya, Arteffects International. Diinspirasikan daripada peristiwa Israk dan Mikraj, seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan muzik Arab yang asli untuk lagu ini. [4]
Komposisi dan lirik
[sunting | sunting sumber]
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Sebuah lagu midtempo, yang diinspirasikan daripada muzik Arab di mana seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan alunan suara Arab yang sebenar untuk seluruh komposisi lagu.[4][7] Digubah oleh Hafiz Hamidun[8] dan lirik lagu ini ditulis oleh Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya.[9] Digambarkan sebagai sebuah lagu “kerohanian Islam”,[7] lagu yang berdurasi selama 4 minit 37 saat.[10] Diinspirasikan daripada kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. semasa peristiwa Israk dan Mikraj, menurut Siti, lagu yang kemudiannya diolah semula agar ia boleh diterjemahkan sebagai “cinta yang bersifat sejagat dan kembali kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa”.[4]
Pelancaran dan promosi
[sunting | sunting sumber]Dipersembahkan kali pertama semasa pementasan Sirah Rasulullah pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya,[4][5] ia kemudiannya dipersembahkan sekali lagi untuk rakaman rancangan khas beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang bersiaran di TV1 pada 17 Julai 2015.[11] Teaser untuk pelancaran Mikraj Cinta sebagai single daripada album Unplugged telah dimuatnaik di akaun YouTube rasmi Rumpun Records (anak syarikat Universal Music Malaysia) pada 17 Jun. [12] Pelancaran Mikraj Cinta sebagai single telah dilakukan bersamaan dengan pelancaran video liriknya di akaun sama pada 21 Jun 2015.[13]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Diarahkan oleh Zul dan Aloi,[14] babak Siti telah dirakamkan di Dek Terbuka Menara Kuala Lumpur pada 23 Jun 2015.[4] Berpakaian busana putih yang direka oleh Ezuwan Ismail,[4] muzik video telah dipertontonkan kepada media buat kali pertama pada pelancaran album Unplugged di The Duchess Palace, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2015.[15] Teaser muzik video selama 15 saat telah dimuatnaik oleh Siti menerusi laman Instagram beliau pada 28 Jun 2015.[16] Pada 10 Julai 2015, muzik video telah ditayangkan dalam rancangan HLive di Astro Ria[17] dan kemudiannya dikeluarkan untuk penstriman umum di YouTube pada 14 Julai 2015.[18]
Di belakang tabir muzik video Mikraj Cinta juga dikeluarkan pada tarikh yang sama.[19]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Muzik video lagu ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama - babak di mana Siti sendiri dan satu lagi di mana terdapat jalan cerita yang dibintangi oleh beberapa pelakon. Muzik video ini dimulakan dengan sekilas pandang Menara KL sebelum ia bergerak perlahan untuk memperlihatkan di mana Siti berdiri di Dek Terbuka menara. Sepanjang muzik video, babak melibatkan Siti dari sudut kamera, dari pukulan udara, pukulan sekilas, pukulan panjang, pukulan sederhana kepada jarak dekat. Kebanyakan babak dengan pukulan udara, pukulan sekilas, dan pukulan panjang, dron udara telah digunakan untuk memfilemkannya.[19]
Untuk bahagian jalan cerita muzik video, ia bermula dengan babak sebuah kereta dengan tiga sekeluarga (ibubapa dan anak lelaki mereka) dan seorang lagi ialah seorang wanita muda yang mengambil selfie dan menggunakan telefon bimbit untuk menghatar teks sambil memandu. Sementara wanita muda itu yang sedang asyik menghantar teks, dia hilang tumpuan sebelum bertembung dengan kereta pertama dengan tiga sekeluarga berkenaan dari arah bertentangan. Pada babak seterusnya, paparan tajuk utama akhbar telah menunjukkan dua kematian dari keluarga tersebut telah ditunjukkan, diikuti oleh babak yang memperlihatkan wanita muda berkenaan menangis di dalam penjara. Biarpun wanita tua yang ditunjukkan itu terselamat dalam kemalangan jalanraya, dia menjadi buta.
Pada babak seterusnya, wanita muda itu dilihat telah bertaubat dan selepas dia dibebaskan dari penjara, dia mula mencuba untuk merapatkan hubungannya dengan wanita tua itu. Walaupun percubaanya untuk memperkenalkan dirinya telah ditolak, dia dilihat telah berulang kali mencuba untuk membantu wanita tua buta itu beberapa kali termasuk membawanya bersiar-siar ke pintu pagar dan mengadap ke rumah wanita tua itu untuk membawanya keluar. Dalam salah satu babak terakhir, wanita muda itu dilihat menziarahi wanita tua itu apabila dia jatuh sakit. Wanita tua itu menyedari bahawa betapa wanita muda itu telah mencuba untuk membantunya dilihat telah memeluk wanita muda, kerana untuk memaafkan dan menghargainya. Pada babak terakhir, wanita muda itu dilihat telah membantu wanita tua itu makan sementara di sebelah mereka, dua bingkai gambar telah ditunjukkan. Yang pertama, seorang wanita tua, suaminya dan anak lelakinya. Sementara yang kedua, wanita tua denga wanita muda.
Muzik video berakhir dengan babak yang bergerak perlahan menunjukkan pukulan panjang Siti dan kemudiannya bahagian teratas Dek Terbuka Menara KL.
Persembahan secara langsung
[sunting | sunting sumber]Dipersembahkan buat pertama kali sebagai sebahagian daripada persembahan untuk Sirah Rasulullah pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya,[4] lagu ini kemudiannya dipersembahkan pada rakaman rancangan khas beliau sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebih Indah Bersama Siti Nurhaliza di Angkasapuri pada 28 Mei 2015.[20] Beliau juga memperdendangkan Mikraj Cinta pada pelancaran album Siti Nurhaliza Unplugged di The Duchess Palace, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2015.[15][21]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]Muat turun digital[10] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Mikraj Cinta" | Ahmad Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun |
| 4:37 | ||||||
2. | "Mikraj Cinta (Di Belakang Tabir)" (video) |
| 2:19 | |||||||
Jumlah masa: 6:56 |
Kredit
[sunting | sunting sumber]Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Unplugged.[9]
- Dato' Siti Nurhaliza – vokal
- Emre Moğulkoç – string
- Ahmad Fedtri Yahya – lirik
- Greg Henderson – adunan
- Hafiz Hamidun – komposer, lirik, gubahan, penyanyi latar
- Jay Franco (Sterling Sound) – mastering
- Kelly – bass
- Wan Saleh – programming
- Zul Visa – guitar
Kedudukan carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2015) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta Lagu Top 30 Malaysia[22] | 25 |
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 21 Jun 2015 | Muat turun digital | Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia), EMI (Malaysia) |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Penerima dan pencalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Industri Muzik ke-22 | "Mikraj Cinta" | Lagu Nasyid Terbaik[3] | Menang |
Lagu Terbaik | Tercalon |
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Janna Nick berlakon di dalam muzik video lagu ini.
- Ini merupakan kali kedua Siti menjalani penggambaran muzik videonya di Menara Kuala Lumpur selepas muzik video lagu Aku Cinta Padamu pada 1997.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kolaborasi Pertama Datuk Siti & Hafiz Hamidun". Hot FM. 25 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 22 April 2016.
- ^ Astro Awani Staff (13 October 2016). "Siti Nurhaliza terus mendominasi arena muzik tempatan". Astro Awani. Dicapai pada 14 October 2016.
- ^ a b Usamah Kamaruzaman (18 Disember 2016). Mikraj Cinta Lagu Nasyid Terbaik AIM22 Munsyeed.com. Diperoleh pada 5 Jun 2017.
- ^ a b c d e f g h Zaidi Mohamad (25 Jun 2015). "Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia". Berita Harian. Dicapai pada 2015-08-26.
- ^ a b Budiey (30 Disember 2014). "Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta". Budiey.com. Dicapai pada 2015-08-22.
- ^ NasyidKini Staff (Jun 2014). "Warna Warni Konsert Mikraj Cinta". NasyidKini.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-08-26.
- ^ a b Hamzah Hamid (1 Julai 2015). "Mesej Mikraj Cinta jadi tumpuan album Unplugged Datuk Siti Nurhaliza". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-27.
- ^ Haryati Karim (3 Julai 2015). "Unplugged, dua dekad Siti Nurhaliza". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-08-27.
- ^ a b Unplugged (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan EMI (Malaysia). 2015.CS1 maint: others (link)
- ^ a b "Mikraj Cinta – Single". iTunes Store (MY). Apple. 13 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-23.
- ^ Noriah Letuar (Executive Director) & Yusoff Abd. Rashid (Executive Producer) (17 Julai 2015). Lebih Indah Bersama Dato' Siti Nurhaliza (Motion Picture). Malaysia: TV1.
- ^ "Dato' Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Teaser 1)". YouTube. 30 Ogos 2015.
- ^ "Dato' Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Official Lyric Video)". YouTube. 2015-08-30.
- ^ a b "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta". Vevo. 23 Ogos 2015.
- ^ a b Shazryn Mohd Faizal (2 Julai 2015). "Album 'Unplugged' beri signifikan tersendiri buat Siti Nurhaliza". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2015-08-30.
- ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (28 Jun 2015). "15-Second Teaser of Mikraj Cinta". Dicapai pada 2015-08-30.
- ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (10 Julai 2015). "Mikraj Cinta to premier on HLive on 10 July 2015". Dicapai pada 2015-08-30.
- ^ "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta". YouTube. Dicapai pada 2015-08-30.
- ^ a b "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Behind The Scene)". YouTube. 30 Ogos 2015.
- ^ Bernama Staff (28 Mei 2015). "Program Lebih Indah Datuk Siti Nurhaliza Temui Penonton Pada Aidilfitri". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-30. Dicapai pada 2015-08-31.
- ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (5 Julai 2015). "Live performance of Mikraj Cinta at the Unplugged Launch Event". Dicapai pada 2015-08-31.
- ^ Music Weekly Staff (6 Julai 2015). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2016-04-03.