Pergi ke kandungan

TV Edukasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Logo tvedukasi baru.png
SloganSantun dan Mencerdaskan

TV Edukasi juga dikenali sebagai TVE ialah sebuah stesen televisyen di Indonesia. Stesen televisyen ini khusus ditujukan untuk menyebarkan maklumat dalam bidang pendidikan dan berfungsi sebagai media pembelajaran masyarakat.

Latar belakang

Stesen televisyen ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia iaitu Abdul Malik Fadjar sejak 12 Oktober 2004 yang berada di Studio TV Edukasi di Jakarta untuk merasmikan melalui tandatangan batu bersurat sebagai tanda mula siaran TV Edukasi dan memiliki afiliasi dengan stesen televisyen pendidikan di seluruh Indonesia. TV Edukasi dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia. Siaran TV Edukasi disiarkan oleh TVRI setiap hari Isnin hingga Jumaat dari sekitar pukul 13:00 hingga 15:00 WIB. TV Edukasi mempunyai dua program iaitu program 1 dan program 2.

Tujuan didirikan TV Edukasi adalah untuk memberikan layanan siaran pendidikan berkualiti untuk menunjang tujuan pendidikan nasional. Sasaran TV Edukasi ialah peserta didik daripada semua jalur, jenjang, dan jenis pendidikan, pengamalan pendidikan, dan masyarakat.

TV Edukasi mulai mengadakan pertandingan kuiz Kihajar (Kita Harus Belajar) sejak tahun 2004. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencari siswa sekolah menengah pertama (SMP) yang berprestasi. Siswa SMP sama tingkatan yang memenangi pertandingan kuiz Kihajar akan mendapat biasiswa sehingga tahap sarjana. Mulai tahun 2011, selain untuk SMP, pertandingan Kihajar juga diadakan untuk siswa sekolah rendah/dasar (SD) dan sekolah menengah atas (SMA) yang sama tingkatan.

Sistem penyiaran

Sistem yang digunakan terutama ialah sistem siaran tertutup melalui penggunaan parabola satelit Telkom-1 yang dimiliki oleh PT. Telkom. Dengan demikian, siaran TV Edukasi boleh dicapai secara bebas oleh penonton di seluruh wilayah Indonesia, dengan menggunakan televisyen yang dilengkapi mudah dengan antena parabola (TVRO). Untuk memberi kemudahan capaian bagi masyarakat dan sekolah yang tidak memiliki TVRO, TV Edukasi mengadakan kerjasama dengan TVRI dan beberapa stesen televisyen tempatan. Dengan demikian, TV Edukasi boleh dinikmati pula oleh masyarakat yang berada dalam radius penyiaran TV tempatan dengan menggunakan televisyen biasa.

TV Edukasi dapat dicapai melalui satelit Telkom 1 pada frekuensi 3787 MHz, Kadar Simbol: 6750, Pemolaran H.

Jaringan TV Edukasi

Kerjasama TV Edukasi dalam bentuk relay program telah terjalin dengan beberapa stesen televisyen tempatan yang tersebar di seluruh Indonesia. Antaranya ialah:

Bekas jaringan TV Edukasi ialah:

  • TV Anak Spacetoon (sejak pindah siaran ke Telkom-1 karena frekuensi yang sebelumnya berada di Palapa D digunakan dan diakuisisi oleh NET., Spacetoon tidak merelay TV Edukasi lagi)

Saluran kerjasama di Indonesia:

Lihat pula

Rujukan

Pautan luar