TAPAUawards
TAPAUawards ialah majlis anugerah untuk mengiktiraf penggiat muzik indie yang terlibat di Malaysia. Anugerah ini dianjurkan oleh TAPAUtv,[1] dan TAPAU.asia, sebuah portal komuniti yang memaparkan perkembangan muzik indie tempatan.
Senarai anugerah
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan undian peminat
[sunting | sunting sumber]- Pemeriah terbaik (Best Noisemaker)
- Diberikan kepada program atau akaun media sosial yang banyak mempromosikan perkembangan muzik indie
- Video muzik terbaik (Best Music Video)
- Diberikan kepada pengarah video muzik
- Kulit album terbaik (Best Album Art)
- Diberikan kepada pereka kulit album
- Album terbaik (Best Album) 2019 / Keluaran terbaik (Best Release) 2020
- Lagu terbaik (Best Song)
- Diberikan untuk lagu
- Pengkarya terbaik (Best Artist)
- Diberikan untuk pengkarya
Berdasarkan panel penilai
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Jeremy
- Dinamakan sempena nama penerbit Allahyarham Jeremy Little, seorang pengkarya rintis.
- Anugerah Yasmin Ahmad
- Dinamakan sempena nama pengarah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, seorang tokoh seni yang disegani.
- Pengkarya Sepanjang Dekad (Artist of the Decade)
- Diberikan kepada pengkarya yang mewarnai industri muzik indie dan bertahan sehingga kini.
TAPAUawards kali pertama (2019)
[sunting | sunting sumber]TAPAUawards diadakan buat kali pertama pada 27 Disember 2019 bertempat di The Bee, Publika, Kuala Lumpur. Ia dihoskan oleh penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah. Ia dilangsungkan dengan kerjasama The Bee dan Big A Productions. TAPAUawards mempertandingkan sembilan anugerah diberikan kepada pemuzik yang kreatif dan berbakat serta penggiat seni yang mempunyai kredibiliti tersendiri. Pemenang untuk enam kategori iaitu Best Noisemaker, Best Music Video, Best Album Art, Best Song, Best Album dan Best Artist ditentukan menerusi undian peminat di laman web TAPAU.asia. Manakala tiga kategori lagi iaitu Anugerah Jeremy, Anugerah Yasmin Ahmad dan Pengkarya Dekad Ini merupakan anugerah khas untuk penerima yang dipilih secara bersama oleh penggiat dan penggemar muzik bebas terkenal.[2] Ia juga disiarkan secara langsung menerusi laman Youtube.[3]
Pemenang dan penerima anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Pemenang Anugerah | Calon-calon lain | Penyampai trofi |
---|---|---|---|
Pemeriah terbaik | "Korek Fizikal" terbitan Thinker Studios | Junklist | Datuk Ahmad Izham Omar
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios |
Hentak Kepala | |||
#CantekSikitDer terbitan Awad Studio | |||
Video muzik terbaik | "Hello Sayang"
oleh Pastel Lite ft. Naza The Times Pengarah: Rabbani Sujak |
"Sorang" oleh Luqman Podolski
Pengarah: Adriana Tunku |
Rewan Ishak & Razaisyam Rashid
Penerbit & Pengarah |
"Dinda" oleh Masdo
Pengarah: Zul Luey | |||
"Mujikalau Kita Kata Ke Depa,
Bukan Depa Nak Mau Dengaq" oleh Hacktick! Pengarah : Azizulhakim Salleh | |||
Kulit album terbaik | "PSJKB" oleh Iqbal M.
Pereka: Fry Yusof[4] |
"Kesuma" oleh Leaism
Pereka: Zara Suhaimee, Nna Safiana, Haris Rashid |
Irman Hilmi
Guru reka bentuk tempatan |
"Riwayat" oleh Salammusik
Pereka: Lannusa, Abdul Majid, Syazwan Basri | |||
"Margasatwa" oleh Margasatwa
Pereka: Faiz Zaini, Alif Ridzuan | |||
Lagu terbaik | "Jangan Cakap Saja" oleh Iqbal M. | "Haruan Cina" oleh Sweetass | Herri Hamid & Fizan Razali
Anggota Bittersweet |
"Sek Kito Jange Pecoh" oleh No Good | |||
"Hello Sayang" oleh Pastel Lite | |||
Album terbaik | "Terkesima" oleh Lust | "Pop Bilik Tidur" oleh Pastel Lite | Mohd Radzi Mohd Jasni
Pemilik Teenage Head Records |
"Riwayat" oleh Salammusik | |||
"Hikayat Gundik Berirama" oleh The Venopian Solitude | |||
Pengkarya terbaik | Iqbal M.[5] | Mafidz | Rahul Kukreja
Pengarah The Bee / Gitaris One Buck Short |
Lust | |||
Toko Kilat | |||
Anugerah Jeremy | Hacktick! | - tiada - | Ham Abdullah
Gitaris Seven Collar T- Shirt |
Anugerah Yasmin Ahmad | Jennifer Thompson | - tiada - | Aman Ra & Myo (Oh Chentaku) |
Pengkarya Sepanjang Dekad | Hujan[6] | - tiada - | Yuna |
Persembahan
[sunting | sunting sumber]TAPAUawards 2019 turut diserikan dengan persembahan selingan dan persembahan penutup oleh beberapa buah kugiran.
Selingan | Persembahan Penutupan | ||
---|---|---|---|
Artis | Lagu | Artis | Lagu |
Pastel Lite ft. Naza The Times | "Hello Sayang" | The Venopian Solitude | "Dwi" |
TAPAUawards kali ke-2 (2020)
[sunting | sunting sumber]TAPAUawards diadakan untuk tahun kedua pada 27 Disember 2020, dan disiarkan secara penstriman langsung dari laman sesawang rasmi mereka. Ia dihoskan oleh pelakon Sharifah Amani dan Iedil Dzuhrie Alaudin[7]. Ia dilangsungkan dengan kerjasama Safe House dan Big A Productions. TAPAUawards 2020 mempertandingkan lapan anugerah diberikan kepada pemuzik yang kreatif dan berbakat serta penggiat seni yang mempunyai kredibiliti tersendiri[8].
Pemenang untuk enam kategori iaitu Best Noisemaker, Best Music Video, Best Album Art, Best Release (Album/EP) dan Best Artist ditentukan menerusi undian peminat di laman web TAPAU.asia. Manakala dua kategori lagi iaitu Anugerah Jeremy dan Anugerah Yasmin Ahmad merupakan anugerah khas untuk penerima yang dipilih secara bersama oleh penggiat dan penggemar muzik bebas terkenal.[2]
Pemenang dan penerima anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Pemenang Anugerah | Calon-calon lain |
---|---|---|
Pemeriah terbaik | Anugerah Lagu Indie
oleh Hashtag Media dan Kamar Seni |
Borak Luas oleh Luas MY
Ruang Bertamu oleh Atas By BijanFX #hqareact oleh Huckyea |
Video muzik terbaik | "Che Using"
oleh No Good Pengarah: Nizam Omar |
Kalau Tewas Nanti Parah, oleh Iqbal M.. Pengarah: Azizulhakim Salleh
Ease My Mind, oleh Airliftz & I-SKY. Pengarah: Adriana Tunku Untok Kita (Hanya Kita), oleh Satwo. Pengarah: Dee Al-Hadi |
Kulit album terbaik | EP Demo Kawe
oleh No Good Pereka: Djin Khai dan Zulamran Hilmi. |
Runut Dalam Jeda, oleh Mim. Pereka Huzaifah Mahmud
Berdoa, oleh Berdosa. Pereka Afiq Iskandar & Khang Wei Citra, oleh Iamrain. Pereka Fariza Basri & Shuz Mordiffi |
Lagu terbaik | "Lamunan Anak Bulan"
oleh Ramayan |
“Rahmat Bulan” oleh Gard Wuzgut
“Pijak Atas Bayang”oleh Monoloque “Biarlah Mentari” oleh Bittersweet |
Keluaran terbaik | EP "Demo Kawe" oleh No Good | Album "Adam", oleh A Limin.
EP "Perang Halimunan", oleh Monoloque Album "To Live and Let Grow", oleh Sayla |
Pengkarya terbaik | No Good | Couple
Bittersweet Monoloque |
Anugerah Jeremy | Gard Wuzgut | |
Anugerah Yasmin Ahmad | Yuna |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-24). "PENGGIAT MUZIK INDIE 'TAPAU' TAPAU AWARDS". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
- ^ a b Rahman, Ridzuan Abdul (2020-01-22). "'Tapau' tiga trofi". HM Online. Dicapai pada 2020-02-11.
- ^ #TAPAUawards2019 (Youtube). 2019-12-27.
- ^ Maganathan, Dinwsh Kumar (2020-01-27). "Don't lose your scripts! Theatremaker sees the importance of documenting his works | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-02-11.
- ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-31). "NAPA BRO? IQBAL NAK JUAL TROFI TAPAU AWARDS". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
- ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-30). "DEKAD GEMILANG HUJAN, BASAHKAN DUNIA INDIE". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
- ^ A. Azim Idris (28 Disember 2020). "No Good emerge tops at Malaysia's TAPAUawards 2020". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-28. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ A. Azim Idris (22 Disember 2020). "Malaysia's TAPAUawards announces 2020 nominees: No Good, Monoloque, Airliftz and more". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-30. Dicapai pada 28 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)