Pergi ke kandungan

Margasatwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margasatwa
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Laman sesawang
margasatwa.net/muka
Ahli
  • Akmal Hakim Mokhtar
  • Fadhil Imran James
  • Shahir Samsi
  • Shadiq Sapian
  • Syahir Majid

Margasatwa (sebutan mergastua) ialah sebuah kumpulan rock indie Malaysia yang ditubuhkan pada 2016. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Kimal (vokal), Fadhil Imran James (gitar utama), Shahir Samsi (gitar kedua), Shadiq Sapian (bes) dan Syahir Majid (dram). Kumpulan ini terkenal dengan mengetengahkan elemen muzik Melayu dalam kebanyakan karya mereka. Album sulung senama kumpulan ini dikeluarkan pada Oktober 2019.[1][2][3]

Margasatwa ditubuhkan pada 2016, terdiri daripada lima ahli yang berasal dari negeri berlainan di Malaysia – Kimal (vokal), Fadhil Imran James (gitar utama), Shahir Samsi (gitar kedua), Shadiq Sapian (bes) dan Syahir Majid (dram).[2][4][3]

Pada akhir 2017, mereka menandatangani kontrak rakaman bersama Luncai Emas milik M. Nasir,[5] seterusnya melancarkan single sulung bertajuk "Ego" yang menceritakan hubungan yang bergolak akibat ego seseorang.[6]

Tamasya Anak Muda, sebuah konsert anjuran Luncai Emas diadakan pada 3 November 2018 di The Bee, Publika. Margasatwa ialah antara artis naungan Luncai Emas yang mengadakan persembahan dalam konsert yang turut dijayakan oleh Pitahati, Iqbal M dan Ramayan.[7]

Album sulung kumpulan ini, yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album, dikeluarkan pada 10 Oktober 2019.[1][3] Ia memuatkan 11 lagu termasuk single pertama, "Ego" yang dikeluarkan terlebih dahulu dan single kedua, "Asmara Botol Kaca".[1]

Pada Disember 2020, Margasatwa menyertai pertandingan Levi's Music Project yang pertama kali diadakan di Malaysia. Menerusi lagu "Yang Asli" hasil nukilan mereka, Margasatwa telah dinobatkan sebagai juara pertandingan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. Dalam pertandingan ini, mereka menewaskan tiga finalis lain termasuk Datuk Maw, Alien Lipstick Fire dan Mayabayu.[2][8] Margasatwa mendedahkan mereka tidak bercadang untuk menyertai mana-mana pertandingan dan hanya memberi fokus kepada kerjaya seni muzik mereka.[9]

Gaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Margasatwa mengetengahkan sentuhan muzik rock era 1970-an hingga 1990-an.[1][3] Mereka menyifatkan itu sebagai satu keperluan terus menyuntik identiti bangsa dalam setiap karya dicipta, namun enggan melihat kesenian muzik Melayu pudar.[1]

Mereka juga dikenali dengan menyulam elemen budaya Melayu pada susunan muzik, nyanyian dan runut bunyi bagi memastikan identiti kemelayuan tidak dilupakan pendengar.[1] "Itu saja yang kita ada (identiti). Tidak perlu taasub dengan muzik dibawa dari Barat sedangkan kita pun sudah ada apa yang mereka ada,” menurut Kimal dalam temubual bersama Malaysiakini.[1]

Muzik mereka juga dipengaruhi oleh elemen dan rentak irama Melayu asli, selain menggunakan beberapa alat muzik tradisional seperti keroncong dan zapin, manakala untuk alat muzik, mereka menggunakan rebana dan gamelan.[1] Margasatwa juga dikenali dengan persembahan konseptual yang unik seperti membaca puisi, berlakon dan melelong lukisan mereka sendiri.[4]

Ahli kumpulan

[sunting | sunting sumber]
  • Akmal Hakim "Kimal" Mokhtar - vokalis
  • Fadhil Imran James - gitaris utama
  • Shahir Samsi - gitaris kedua
  • Shadiq Sapian - gitar bes
  • Syahir Majid - dram

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  • "Ego" (2017)
  • "Asmara Botol Kaca" (2019)
  • "Yang Asli" (2020)
  1. ^ a b c d e f g h Nadia Azam (11 Oktober 2019). "Margasatwa pertaruhkan elemen muzik Melayu". Malaysiakini. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  2. ^ a b c WOB Partner Content (18 Januari 2021). "Meet Margasatwa, a Malaysian indie rock band who won The Levi's Music Project and what's next for them" [Kenali Margasatwa, kumpulan rock indie Malaysia yang memenangi pertandingan Projek Muzik Levi's dan apa yang selepas ini untuk mereka] (dalam bahasa Inggeris). World of Buzz. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  3. ^ a b c d Syanty Octavia Amry (13 November 2019). "Masrgasatwa tonjol identiti Melayu". Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  4. ^ a b Evely Tan (3 September 2019). "Margasatwa plays a medley to the Ganja in their latest music video, Asmara Botol Kaca" [Margasatwa mainkan medley Ganja dalam muzik video terbaharu mereka Asmara Botol Kaca] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  5. ^ "Margasatwa pertaruhan terbaru Luncai Emas". Maestro Media MY. 12 Oktober 2019. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  6. ^ Syaziyah Sharif (15 Mei 2018). "Margasatwa pertaruhkan 'infusion' budaya Malaysia serta nilai sastera". SAYS. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  7. ^ "Siap sedia! Luncai Emas bawakan Tamasya Anak Muda 3 November ini". XTRA. 30 Oktober 2018. Dicapai pada 5 Februari 2019.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Disember 2020). "Kami menang! - Margasatwa". Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (24 Disember 2020). "Margasatwa juarai Levi's Music Project". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Februari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]