Pergi ke kandungan

Tête de Moine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tête de Moine
Maklumat umum
JenisKeju Peranciskeju separa masak ditekankeju pusat ladangkeju tenusukeju Swiss Sunting nilai ini di Wikidata
PensijilanGelaran asal dilindungi Sunting nilai ini di Wikidata
Asalan
NegaraSwitzerland
Wilayah, bandarPrunt, Moutier, Courtelary Saulcy, Courgenay
LokasiBiara BellelayJura Bern Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri-ciri
Sumber susulembu
DipasteurkanTidak
TeksturKeras
Kandungan lemak51%
Tempoh penuaan6 bulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tête de Moine adalah keju dari Switzerland yang mempunyai tekstur keras, dibuat daripada susu lembu mentah dan dinikmati dengan cara dikikis menggunakan alat yang dinamakan girolle.[1] Tête de Moine mempunyai makna "kepala biarawan", dinamakan seperti itu kerana bentuknya.[2]

Keju Tête de Moine pada awalnya bernama keju Bellelay.[2] Nama tersebut diambil dari biara Bellelay di Pergunungan Jura tempat keju ini berasal.[1] [2] Biara tersebut didirikan pada tahun 1136 dan disahkan oleh Paus Innozenz II pada tahun 1142.[3] Para biarawan dari Bellelay ketika itu membayar sewa pelbagai hartanah dengan keju yang mereka buat sendiri.[3] Tulisan tertua mengenai keju Bellelay terdapat pada sebuah surat yang ditulis pada tarikh 16 Ogos 1570.[3] Surat tersebut ditulis oleh Ketua Biara Bellelay kepada Putera sekaligus Biskop Basel.[3] Surat itu menyebutkan dryssig belleley Kess (tiga belas keju Bellelay) yang disediakan oleh Ketua Biara.[3] Pada sebuah tulisan pada tahun 1628 dinyatakan bahawa keju Bellelay menggunakan susu yang berkualiti sempurna daripada rumput dan tumbuhan terbaik di negara tersebut.[3]

Nama Tête de Moine baru mula digunakan pada tahun 1790.[3] Ketika terjadi Revolusi Perancis pada tahun 1797, para biarawan diusir daripada biara mereka namun keju ini masih tetap dihasilkan.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Lexicon of Cheese
  2. ^ a b c (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4.
  3. ^ a b c d e f g h (Inggeris) History, Tete de Moine. Diakses pada 11 Mei 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]