Keju Perancis
Keju Perancis adalah segala jenis keju yang dihasilkan baik secara moden ataupun tradisional di negara Perancis.
Hingga kini Perancis menghasilkan kira-kira 400 jenis keju (fromage dalam bahasa Perancis) yang berbeza.[1] Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding ketika Charles de Gaulle memerintah di Perancis.[2] Ketika itu variasi keju di Perancis ada sebanyak 246 jenis.[2] Keju-keju tersebut ada yang dibuat daripada susu lembu, susu biri-biri, susu kambing atau gabungan daripada beberapa jenis susu.[1] Setiap daerah di Perancis memiliki keju khususnya masing-masing.[1] Daerah Normandy terkenal dengan Camembert and Pont l’Evêque.[1] Daerah lembah Loire dan Provence terkenal dengan keju susu kambing yang rasanya tajam seperti Alsace dan Munster.[1] Daerah Alpine memiliki keju seperti Reblochon dan Beaumont yang teksturnya keras dan rasanya lebih halus.[1] Sedangkan daerah Paris menghasilkan keju yang sangat berprestij di dunia iaitu Brie.[1]
Perlindungan Penamaan Asal
[sunting | sunting sumber]Perlindungan Penamaan Asal atau Appellation d'Origine Contrôlée (AOC) merupakan bentuk perakuan kepada produk pertanian tertentu (minuman anggur, keju, mentega, dan lain-lain) daripada wilayah tertentu di Perancis.[3] Pensijilan ini diberikan oleh agensi kerajaan, iaitu Institut National des Appellations d'Origine (INAO).[3] Berdasarkan undang-undang Perancis, tidak dibenarkan untuk membeli ataupun menjual sesebuah produk dibawah petunjuk geografi yang ditetapkan AOC apabila tidak memenuhi kriteria daripada AOC.[3] Kesemua produk AOC boleh dikenali melalui meterai yang selalu ada pada label produk.[3] Pada keju, meterai AOC ini dilekatkan pada bahagian kulit keju. Nama daripada AOC tidak boleh digunakan pada label sesuatu produk yang tidak termasuk dalam kelayakan AOC.[3]
Kriteria
[sunting | sunting sumber]AOC memberikan jaminan bahawa produk-produk di bawah perlindungannya mempunyai kriteria sebagai berikut:[3]
- Produk tersebut selalu dihasilkan secara konsisten dengan cara tradisional.
- Produk tersebut dihasilkan dengan bahan-bahan daripada wilayah geografi yang ditentukan dan paling tidak sebahagiannya dimasak di kawasan tersebut.
- Ciri-ciri produk tersebut memenuhi standard yang ditetapkan.
- Proses pengeluaran diatur secara ketat oleh suruhanjaya penyelia yang mengikuti standard AOC.
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah empat kategori utama pengeluaran keju yang dibenarkan di Perancis berdasarkan AOC:[4]
Kategori | Keterangan |
---|---|
Fermier | keju "petani" yang dibuat menggunakan kaedah tradisional dan susu yang tidak dipasteur. Semua susu harus berasal daripada binatang yang diternak di peternakannya sendiri. |
Artisanal | keju yang dibuat oleh kilang kecil di mana susu yang digunakan diperoleh daripada ladang sendiri dan boleh juga ditambah daripada petani-petani lain di kawasan setempat. |
Coopérative | keju yang dihasilkan daripada susu yang dikumpulkan oleh para petani yang tergabung dalam usaha tani kolektif. |
Industriel | keju yang dibuat di kilang dalam jumlah yang besar dengan susu yang didapatkan di daerah setempat atau liputan kawasan yang lebih luas, atau bahkan dari segenap penjuru Perancis. |
Sejarah AOC
[sunting | sunting sumber]Asal AOC bermula pada abad ke-15 ketika keju Roquefort diatur oleh surat keputusan badan berparlimen.[3] Undang-undang moden pertama ditetapkan pada 6 Mei 1919 yang menetapkan daerah dan komuniti di mana sesuatu produk harus dihasilkan.[3] Undang-undang tersebut di kemudian hari telah mengalami banyak perubahan.[3] Pada 30 Julai 1935, Institut National des Appellations d'Origine (INAO), yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Pertanian Perancis, ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran proses pengeluaran wain.[3] Pada 2 Julai 1990, liputan kerja INAO mula ditambah daripada hanya mengawal wain saja menjadi mengatur produk-produk pertanian lain termasuk keju.[3] Keju Roquefort merupakan keju pertama yang mendapatkan label AOC pada tahun 1925. Setelah itu, lebih daripada 40 keju telah mendapat pensijilan daripada AOC.[3]
Senarai keju dengan pensijilan AOC
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai keju Perancis yang telah mendapat perakuan daripada AOC beserta tahun diperolehnya dan jenis susu yang digunakan:[5]
- Keju susu lembu
|
|
|
- Keju susu kambing
|
|
|
- Keju susu kambing biri-biri
- Broccio Passu - 1983
- Ossau-Iraty - 1980
- Roquefort / Roquefort Carles - 1925
Senarai keju Perancis
[sunting | sunting sumber]Berikut ini adalah daftar keju Perancis lainnya yang tidak termasuk dalam klasifikasi AOC:[4]
|
|
Petikan
[sunting | sunting sumber]Kecintaan bangsa Perancis terhadap keju terbukti daripada petikan-petikan berikut:
- "Comment voulez-vous gouverner un pays qui a deux cent quarante-six variétés de fromage?"
Bagaimana anda dapat memerintah sebuah negara yang memiliki dua ratus empat puluh enam jenis keju?
Charles de Gaulle (dari Les Mots du Général, Ernest Mignon (1962))
- "Un repas sans fromage est une belle à qui il manque un œil."
Suatu hidangan tanpa keju adalah seorang wanita cantik yang kehilangan satu matanya.
Brillat-Savarin (dari La Physiologie du Goût)
- "S'il qui mange du fromage, s'il ne fait, il enrage."
"Seseorang yang tidak memakan keju, selalu berada dalam kekacauan."
Pepatah Perancis
- "Fromage et pain est medicin au sain."
"Keju dan roti adalah ubat untuk kesihatan."
Pepatah Perancis
- "Un repas sans fromage comme un journée sans soleil."
Makanan apapun tanpa keju laksana hari tanpa matahari
Pepatah Perancis
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g (Inggeris) French Cheese, Good Cooking. Diakses pada 15 April 2010.
- ^ a b (Inggeris) Welcome to France, Discover France. Diakses pada 15 April 2010.
- ^ a b c d e f g h i j k l (Inggeris) Phillips, Rod (2000). A Short History of Wine. NY: HarperCollins. ISBN 0-06-621282-0.
- ^ a b (Inggeris) List of French Cheeses[pautan mati kekal], All Experts. Diakses pada 15 April 2010.
- ^ (Inggeris) List of Appellation D'origine Contrôlée Cheeses Diarkibkan 2010-04-16 di Wayback Machine, All Experts. Diakses pada 15 April 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Keju Perancis. |
- (Perancis) Situs Resmi Institut National des Appellations d'Origine (INAO)
- (Inggeris) Penjelasan Klasifikasi AOC Diarkibkan 2009-09-28 di Wayback Machine