Suzuki Belang R150
Penampilan
(Dilencongkan daripada Suzuki Raider 150)
Pengeluar | Suzuki |
---|---|
Juga dikenali | Suzuki Raider 150 (Thailand) (Philippines) Suzuki Satria 150 (Indonesia) |
Syarikat induk | Suzuki |
Pengeluaran | 2004 - sekarang |
Kelas | Kapcai |
Enjin | 4 lejang DOHC 4 injap silinder tunggal sejukan minyak |
Transmisi | Manual 6 kelajuan (1 bawah, 5 atas) |
Brek | Brek cakera (depan dan belakang) |
Berat | 108 kg |
Muatan bahan api | 4.9 liter |
Berkaitan | Suzuki FXR150 |
Suzuki Belang R150, juga dikenali sebagai Suzuki Raider 150 atau Suzuki Satria 150 merupakan motosikal kapcai dengan saiz enjin paling besar iaitu 150 cc. Enjin empat lejang DOHC 4 injap 150 cc silinder tunggal sejukan minyak yang digunakan di dalam Belang R150 juga pernah digunakan pada model motosikal sport Suzuki FXR150.
Spesifikasi teknikal
[sunting | sunting sumber]- Kuasa kuda: 16.5 PS @ 9,500 rpm
- Kilasan: 12.76 N-m @ 8,500 rpm
- Jenis enjin: 4 lejang DOHC 4 injap silinder tunggal sejukan minyak
- Lubang x lejang: 62.0 x 48.8 mm
- Sesaran: 147.3 cc
- Transmisi: 6 kelajuan
- Brek: Cakera (depan dan belakang)
- Sistem gantungan (hadapan): Teleskopik
- Sistem gantungan (belakang): Monoshock
- Sistem penghidup: Elektrik dan tendang
- Sistem penyalaan: CDI
- Kapasiti tangki bahan api: 4.9 liter
- Berat kering: 108 kg
Ciri-ciri utama
[sunting | sunting sumber]- Enjin 4 lejang DOHC 150 cc - merupakan saiz enjin paling besar pernah digunakan oleh model motosikal kapcai.
- Papan pemuka dengan takometer dan meter laju digital - untuk gaya papan pemuka ala-motosikal sport.
- Brek cakera depan dan belakang - untuk kuasa membrek yang lebih baik.
- Transmisi manual 6 kelajuan