Sungai Wong (muara 2° 27′ N 112° 19′ E)
Sungai Wong | |
---|---|
Sungei Wong, Sg. Wong | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira satu kilometer ke arah timur dari Rumah Banyan, Daerah Selangau |
• ketinggian | 70–80 meter (229.7–262.5 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 900 meter ke arah timur laut dari Rumah Banyan, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°26′51″N 112°19′20″E / 2.44746°N 112.32217°EKoordinat: 2°26′51″N 112°19′20″E / 2.44746°N 112.32217°E |
• ketinggian | 30–40 meter (98.4–131.2 ka) |
Panjang | 1.15 kilometer (0.7 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Sungai Wong (Jawi: سوڠاي ووڠ ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Wong) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungei Wong merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Wong yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Wong didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (BGN Amerika Syarikat), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Wong yang telah direkodkan terletak di 2°27′0″N 112°19′0″E / 2.45000°N 112.31667°E.[5][6] Sungai Wong dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1733153.[4]
Bentuk fizikal
[sunting | sunting sumber]Punca bagi Sungai Wong terdapat di kawasan perhutanan primer dekat Bukit Jantan Telaga. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Wong ialah di antara 70–80 meter (229.7–262.5 ka) dari paras laut. Sungai Wong bakal menelusuri kawasan hutan dipterokarpa pamah. Aliran sungai kebanyakanya mengalir ke arah utara untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya. Penamat bagi Sungai Wong ini terletak berhampiran dengan Rumah Banyan kira-kira 900 meter ke arah timur laut darinya di ketinggian antara 25–35 meter (82.0–114.8 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Wong mengalir sepanjang kira-kira 1.15 kilometer (0.7 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya.[1][2]
Bentuk lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Wong merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Selalang dan Sungai Kua.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Wong.[7] Kawasan lembah Sungai Wong dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Wong termasuk Rumah Banyan dan Rumah Banta.[1][2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Selalang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Kua, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Wong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.