Pergi ke kandungan

Sungai Selalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Selalang
Sungei Selalang, Sg. Selalang
Sungai Selalang yang terletak di Sarawak
Sungai Selalang
Lokasi muara Sungai Selalang
Sungai Selalang yang terletak di Malaysia
Sungai Selalang
Sungai Selalang (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Lebai
 • lokasikira-kira 4.8 kilometer ke arah barat dari Rumah Usit, Daerah Selangau
 • ketinggian80–120 meter (262.5–393.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 300 meter ke arah barat daya dari Rumah Jabat, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′24″N 112°18′59″E / 2.45656°N 112.316362°E / 2.45656; 112.316362Koordinat: 2°27′24″N 112°18′59″E / 2.45656°N 112.316362°E / 2.45656; 112.316362
 • ketinggian
30–40 meter (98.4–131.2 ka)
Panjang10.65 kilometer (6.6 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Selalang (Jawi: سوڠاي سلالڠ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Selalang) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungei Selalang merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Selalang yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Sebuloh didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (BGN Amerika Syarikat), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Selalang yang telah direkodkan terletak di 2°27′0″N 112°19′0″E / 2.45000°N 112.31667°E / 2.45000; 112.31667 (Sungai Selalang).[5][6] Sungai Selalang dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1745656.[4]

Bentuk fizikal

[sunting | sunting sumber]

Punca bagi Sungai Selalang terdapat di kawasan perhutanan dara di Bukit Lebai, kira-kira 4.6 kilometer ke arah barat dari Rumah Usit di Daerah Selangau, Sarawak. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Selalang ialah di antara 80–120 meter (262.5–393.7 ka) dari paras laut. Sungai Selalang bakal menelusuri kawasan hutan dipterokarpa pamah. Dekat Rumah Jantang, Sungai Selalang bakal direntasi dengan talian penghantar elektrik dan sebatang jalan raya yang bernama Jalan Sibu–Bintulu (sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo). Aliran sungai kebanyakanya mengalir ke arah tenggara untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya. Penamat bagi Sungai Selalang ini terletak berhampiran dengan Rumah Jabat kira-kira 400 meter ke arah timur laut di ketinggian antara 30–35 meter (98.4–114.8 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Selalang mengalir sepanjang kira-kira 10.65 kilometer (6.6 bt) dari hulu ke hilir sungai.[1][2]

Bentuk lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Selalang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Sebuloh dan Sungai Wong.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Selalang.[7] Kawasan lembah Sungai Selalang dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, padang ragut, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Selalang termasuk Rumah Jabat, Rumah Jantang, dan Rumah Mambang.[1][2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Sebuloh, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Wong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Selalang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.