Pergi ke kandungan

Sungai Sebuku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sebuku
Lokasi
NegaraIndonesia
ProvinsiKalimantan Utara
Ciri-ciri fizikal
SumberKalimantan Utara
 • ketinggian2 m
MuaraLaut Sulawesi


Sungai Sebuku adalah sebatang sungai yang terletak berdekatan Nunukan, di provinsi Kalimantan Utara, Indonesia.[1][2]

Sungai ini mengalir di bahagian timur laut kepulauan Borneo yang beriklim hutan hujan tropika (ditandakan sebagai Af dalam pengklasifikasian iklim Köppen-Geiger), dan ke Laut Sulawesi.[3]

Kuala sungai ini terdapat sebuah pulau yang bernama Pulau Sinelak. Fenomena bena terjadi di sungai ini 3 hari sebelum dan selepas pasang perbani, dan ini boleh mengakibatkan kerosakan pada bot-bot kecil.[4]

Pada kurun ke-19, sungai ini pernah dianggap sebagai sempadan paling selatan pengaruh Kesultanan Sulu di pulau Borneo, dengan itu ada dinyatakan dalam perjanjian 1878 yang kini menjadi pertikaian dalam tuntutan Filipina ke atas pantai timur Sabah.

Pada penghujung abad ke-19, sungai ini sekali lagi menjadi titik pertelingkahan antara Syarikat British Borneo Utara dan kerajaan Belanda di Borneo. Ini adalah kerana kerajaan British mengambil Sungai ini sebagai sempadan paling selatan antaranya dengan Belanda, manakala Belanda pula menganggap sempadan itu berada lebih ke utara iaitu di Batu Tinagat, Tawau. Perselisihan ini diselesaikan pada tahun 1899 dengan mengambil jalan tengah (kompromi), di mana sempadan yang dipersetujui terletak di perantaraan dua-dua tempat tersebut.[5]

  1. ^ Rand McNally, The New International Atlas, 1993.
  2. ^ Sungai Sebuku at Geonames.org (cc-by); Last updated 1 April 2023; Database dump downloaded 1 April 2023
  3. ^ Peel, M C; Finlayson, B L; McMahon, T A (2007). "Updated world map of the Köppen-Geiger climate classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11 (5): 1633–1644. Bibcode:2007HESS...11.1633P. doi:10.5194/hess-11-1633-2007.
  4. ^ https://books.google.com/books?id=TWPZ4xrMldwC
  5. ^ https://www.google.com.my/books/edition/The_Indonesia_Malaysia_Dispute_Concernin/93fRDwAAQBAJ?hl=en&gbpv=1&dq=sibuku+river&pg=PA52&printsec=frontcover