Sungai Kinta
Sungai Kinta | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Sungai Kinta merupakan salah satu sungai utama di negeri Perak, Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam sejarah, pembangunan ekonomi, dan kelestarian alam sekitar kawasan Lembah Kinta. Sungai Kinta mengalir dari Gunung Pass (sekitar KM45, FT185) Lebuhraya Simpang Pulai - Cameron Highland dan terus ke Sungai Perak yang mana pertemuannya di Selatan Kampung Gajah. Dialek Perak menyebutnya sebagai 'Sungei Kente'.
Beberapa buah bandar dilaluinya.Antaranya ialah Ipoh, Pasir Putih,Pengkalan Pegoh , Pusing, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Kampung Kuala Pari, Kampung Sri Kinta dan Kampung Gajah. Di Tanjung Tualang , ramai pemancing memancing ikan kalui, toman , baung dan lain-lain.
Pada 20 Oktober 2008, Datuk Ong Siew Heng selaku Pengarah Bahagian Sungai JPS Malaysia berharap kualiti Sungai Kinta dapat ditingkatkan ke tahap 2B. Antara usaha memulihkan Sungai Kinta, JPS mengambil pelbagai langkah termasuk memasang perangkap sampah, pengurusan sisa di tapak pelupusan sampah, perangkap kelodak di tempat yang sesuai dan meningkatkan simpanan air serta mengenalpasti kesan-kesan pencemaran. JPS memilih Sungai Kinta sebagai model dalam program Satu Negeri Satu Sungai. [1]