Pengkalan Pegoh
Penampilan
Pengkalan Pegoh terletak berhampiran bandar Ipoh dan Batu Gajah di Perak, Malaysia. Pada asalnya Pengkalan Pegoh merupakan kawasan petempatan kaum Melayu. Pembangunan yang berterusan menyebabkan kaum Cina dan India turut mendiami kawasan ini. Asal usul Pengkalan Pegoh. Pengkalan Pegoh dipercayai mendapat nama dari seorang ulamak dikenali sebagai Tok Pegoh. Sungai Kinta yang berhampiran dengan Pengkalan Pegoh dikatakan pada masa dahulu sangat luas sehingga menjadi Pengkalan untuk sampan sampan berlabuh.