Pergi ke kandungan

Sumpah-sumpah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumpah-sumpah
Sesumpah biasa, Chamaeleo chamaeleon
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Keluarga:
Chamaeleonidae
Subfamili dan Genus
      Taburan asal spesies keluarga Chamaeleonidae

Sumpah-sumpah (juga: sesumpah, Jawi: سومڤه٢) atau kameleon (Jawi: كاميليون‎) adalah jenis reptilia dalam keluarga Chamaeleonidae[1] dikenali dari kebolehan bertukar warna mengikut keadaan sekeliling; sebanyak 202 spesies dari keluarga ini diketahui setakat Jun 2015.[1] Cicak-cicak dalam keluarga ini bertaburan luas pelbagai habitat hutan hujan ke gurun di benua Afrika, Madagaskar, selatan Eropah sampailah ke Sri Lanka di selatan Asia.

Nama sumpah-sumpah dan sesumpah pada asalnya diberikan kepada sejenis mengkarung spesies Bronchocela cristatella (atau sinonimnya Calotes cristatellus)[2] kerana penampakan cicak itu yang sering membuka tutup mulutnya secara laju seakan mengucap sumpahan.[3][4] Nama cicak Bronchocela ini kemudiannya dikait bertindihan kepada cicak Chamaeleonidae kerana kedua-dua jenis cicak ini berkebolehan sama bertukar warna kulit sendiri.[5][3]

Nama kameleon pula menyerap bahasa Latin chamaeleōn,[6] dipinjam dari kata Yunani χαμαιλέων khamailéōn[7] menggabungkan χαμαί khamaí "tanah"[8] dan λέων léōn "singa"[9][10][11] dari bentuk jambul kepala haiwan ini yang menegak menyerupai bulu surai seekor singa jantan lalu dinamakan sedemikian oleh masyarakat Akkadia yang mula-mula mengetahui haiwan ini.[12]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]
Sesumpah kerdil tanjung di Tokai, Afrika Selatan.

Sesumpah mempunyai bebola mata yang mampu digerakkan sendirian berpusingan seluruh 360 darjah; penglihatan ini ditumpukan melalui suatu lubang mata manakala sebahagian besar mata lain tertutup kerana tercantumnya kedua-dua kelopak atas dan bawah mata. Haiwan ini dapat melihat tidak sahaja dalam persekitaran bercahaya tampak malah juga bercahaya ultraungu.[13]

Kebolehan bertukar warna

[sunting | sunting sumber]

Sesumpah mempunyai dua lapisan bawah kulit yakni satu lapisan kromatofor berpigmen dan satu lapisan iridofor mengandungi nanohablur guanina di bawahnya. Hablur-hablur guanina ini digerakkan agar mengubah struktur membolehkan pemantulan panjang gelombang dari cahaya luar menampakkan warna diubah.[14][15] Pelbagai spesies kameleon mengubah warna dan corak sepanjang spektrum kemerahan, kekuningan, kebiruan sampai keunguan.[16]

Sesumpah menukar warna kulit kerana pelbagai tujuan termasuk:[14]

  • penyamaran
  • menyesuaikan diri dengan perubahan pada cuaca dan suhu persekitaran diduduki (misalnya menggelap untuk menyerap haba memanaskan diri)[17][18]
  • menandakan emosi diri kepada haiwan-haiwan lain sekawanan:[19][20] warna terang menunjukkan rasa agresif atau marah[21]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Sesumpah ini lazim memakan serangga namun ada juga spesies-spesies lebih besar yang berkebolehan memakan cicak lain mahupun anak burung.[22]:5

  1. ^ a b Glaw, F. (2015). "Taxonomic checklist of chameleons (Squamata: Chamaeleonidae)". Vertebrate Zoology. 65 (2): 167–246.
  2. ^ Lihat:
    • "chameleon". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002.
    • "sumpah-sumpah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "sumpah-sumpah". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ a b Winstedt, Richard (1923). Malaya: The Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States. Constable & Company, Limited.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sumpah". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 500 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Günther, Albert C. L. G. (1864). "Bronchcela cristatella". The Reptiles of British India. London: Taylor and Francis. m/s. 138.
  6. ^ Templat:L&S
  7. ^ χαμαιλέων. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  8. ^ χαμαί in Liddell dan Scott.
  9. ^ λέων in Liddell dan Scott.
  10. ^ "Chameleon". Dictionary.com.
  11. ^ Douglas Harper. "chameleon". Online Etymology Dictionary.
  12. ^ Strauss, Bob (17 November 2019). "10 Facts About Chameleons". ThoughtCo. Dicapai pada 29 September 2021.
  13. ^ "Chamaeleon News". Chameleonnews.com. August 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2008. Dicapai pada 1 November 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  14. ^ a b Osman Affandi (22 Disember 2018). "Sesumpah Tak Boleh Tukar Warna Kulit: Kita Tertipu Sejak Dari Bangku Sekolah". Iluminasi. Dicapai pada 29 September 2021.
  15. ^ Teyssier, Jérémie; Saenko, Suzanne V.; van der Marel, Dirk; Milinkovitch, Michel C. (10 March 2015). "Photonic crystals cause active colour change in chameleons". Nature Communications. 6 (1): 1–7. doi:10.1038/ncomms7368. ISSN 2041-1723. PMC 4366488. PMID 25757068.
  16. ^ Chameleons. National Geographic Explorer
  17. ^ Cook, Maria. "The Adaptations of Chameleons". Sciencing. Dicapai pada 15 June 2020.
  18. ^ Walton, B. Michael; Bennett, Albert F. (1993). "Temperature-Dependent Color Change in Kenyan Chameleons". Physiological Zoology. University of Chicago Press. 66 (2): 270–287. doi:10.1086/physzool.66.2.30163690. ISSN 0031-935X. S2CID 80673490.
  19. ^ Stuart-Fox, D.; Moussalli, A. (2008). "Selection for Social Signalling Drives the Evolution of Chameleon Colour Change". PLOS Biology. 6 (1): e25. doi:10.1371/journal.pbio.0060025. PMC 2214820. PMID 18232740.
  20. ^ Harris, Tom (18 May 2001). "How Animal Camouflage Works". How Stuff Works. Dicapai pada 2006-11-13.
  21. ^ Ligon, Russell A.; McGraw, Kevin J. (2013). "Chameleons communicate with complex colour changes during contests: different body regions convey different information". Biology Letters. 9 (6): 20130892. doi:10.1098/rsbl.2013.0892. PMC 3871380. PMID 24335271.
  22. ^ Dever, Jennifer (December 5, 2007). "Common Chameleon" (PDF). usfca.edu. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 3, 2015. Dicapai pada January 9, 2012.