Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Shah رجال الدين محمد شاه | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Kedah Darul Aman | |||||
Pemerintahan | 1626–1652 | ||||
Didahului oleh | Sultan Sulaiman Shah II | ||||
Diikuti oleh | Sultan Muhyiddin Mansur Shah | ||||
Kemangkatan | 4 Oktober 1652 Istana Baginda, Kota Naga | ||||
Pasangan | Wan Fatimah | ||||
Anakanda | Sultan Muhyiddin Mansur Shah Tengku Pangeran Tengku Rahimah | ||||
| |||||
Kerabat | Kedah | ||||
Ayahanda | Sultan Sulaiman Shah II | ||||
Bonda | Che' Ratnamala | ||||
Agama | Islam |
Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Shah adalah Sultan Kedah ke-13. Baginda merupakan putera kepada Sultan Sulaiman Shah II dan Che Puan Paduka Bonda Che Ratnamala. Pada 7 April 1626, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-13 dan bersemayam di Kota Siputeh.
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Baginda mengambil alih pemerintahan ketika bapanya dibawa ke Aceh pada tahun 1619 sebagai tahanan. Raja Panglima Rantau dan Raja Panglima Alam telah memohon limpah perkenan baginda untuk pulang semula Aceh. Baginda memperkenankan permohonan mereka dan diberi surat untuk dipersembahkan kepada Sultan Aceh. Pada 3 Ogos 1626, baginda bersama kaum kerabat dan jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Naga untuk bersemayam di sana. Baginda menyerahkan Kota Seputeh kepada Dato’ Setia Raja dan Dato’ Johan Pahlawan untuk menjagakannya. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menterinya untuk mengorek suatu sungai dari Kuala Sungai, Alor Janggus tembus ke Sungai Gunung yang dikenali sebagai Sungai Baru.
Pada 17 Mei 1628, Raja Bendahara Uthman telah mangkat dan dimakamkan di Langgar Kota Naga.
Hubungan dengan penjajah
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Disember 1650, 2 orang jeragan kapal bangsa Portugis telah berjumpa dengan Raja Laksamana untuk menjual meriam. Pada 15 Disember 1650, Raja Laksamana dan 2 orang jeragan Portugis telah mengadap baginda untuk mempersembahkan urusan pembelian meriam itu. Pada 29 Disember 1651, sebuah kapal Belanda masuk ke Kedah untuk membuka perniagaan.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Oktober 1652, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Naga.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Didahului oleh Sultan Sulaiman Shah II |
Sultan Kedah 1625-1651 |
Diikuti oleh: Sultan Muhyiddin Mansur Shah |