Pergi ke kandungan

Sultan Muhyiddin Mansur Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Almarhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah
محي الدين منصور شاه
Sultan Kedah Darul Aman
Pemerintahan1652–1662
Didahului olehSultan Rijaluddin Muhammad Shah
Diikuti olehSultan Dziaddin Mukarram Shah
Kemangkatan4 Januari 1662
Istana Baginda, Kota Sena
PemakamanMakam Diraja Kota Sena
PasanganWan Sarah
AnakandaSultan Dziaddin Mukarram Shah
Tengku Zamzam
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Sena
KerabatKedah
AyahandaSultan Rijaluddin Muhammad Shah
BondaWan Fatimah
AgamaIslam

Almarhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah adalah Sultan Kedah ke-14. Baginda merupakan putera kepada Tengku Hussain ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Fatima binti Dato’ Maharaja. Pada 4 Oktober 1654, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-14 dan bersemayam di Kota Naga.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk mengangkat adindanya, Tengku Pengiran sebagai Raja Muda manakala Tengku Muhammad Akib sebagai Raja Bendahara bergelar Tengku Seri Paduka Maharaja Sura.

Pada 6 April 1653, baginda bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk membangunkan sebuah kota bernama Kota Sena. Pada 24 Februari 1655, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Sena dan bersemayam di sana setelah siap kota itu. Raja Muda Pengiran terus bersemayam di Kota Naga manakala Raja Bendahara Muhammad Akib pula bersemayam di Kota Rentang.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 1662, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kampung Cegar, Jeram, Tunjang, Kedah.

Didahului oleh
Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
Sultan Kedah
1651-1661
Diikuti oleh:
Sultan Dziaddin Mukarram Shah