Sultan Muhammad Jamalul Alam I
Muhammad Jamalul Alam I محمد جمال العالم١ | |
---|---|
Pemerintahan | 27 April - 10 November 1804 |
Pendahulu | Muhammad Tajuddin |
Pengganti | Muhammad Tajuddin |
Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam |
Anakanda | |
Pengiran Maulana Pengiran Digadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin Pengiran Anak Omar Ali Saifuddin Pengiran Muda Muta Alam | |
Nama penuh | |
Pengiran Muda Muhammad Alam ibni Sultan Muhammad Tajuddin | |
Ayahanda | Muhammad Tajuddin |
Bonda | Raja Isteri Pengiran Anak Bulan |
Kemangkatan | 10 November 1804 tempat keputeraan=Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Dimakamkan | Makam Besar Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan |
Agama | Islam |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Jamalul Alam I ibni Sultan Muhammad Tajuddin merupakan Sultan Brunei ke-20. Baginda memerintah pada tahun 1804. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Tajuddin dan Pengiran Anak Bulan. Baginda menaiki takhta pada 27 April 1804 selepas ayahanda baginda turun dari takhta kerajaan.
Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Anak Nur Alam. Hasil perkongsian hidup, baginda dikurniakan tiga orang putera dan seorang puteri. Mereka adalah:
- Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Anak Muhammad Tajuddin.
- Pengiran Anak Omar Ali Saifuddin.
- Pengiran Muda Muta Alam.
- Seorang puteri yang berkhawin dengan Pengiran Anak Abdul Momin.
Baginda merupakan Sultan Brunei yang tidak lama memerintah. Setelah kemangkatan baginda pada 10 November 1804, ayahanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin sekali lagi menaiki takhta kerajaan. Baginda dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1804 |
Penyandang Kemudian |
Muhammad Tajuddin | Muhammad Tajuddin |