Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Riau-Lingga | |||||||||
Fail:- | |||||||||
Sultan Riau-Lingga | |||||||||
Pemerintahan | 1835 - 26 Julai 1864 | ||||||||
Kemahkotaan | 1835 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Muhammad II Muazzam Shah | ||||||||
Diikuti oleh | 1.Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah 2.Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah | ||||||||
Keputeraan | Tengku Mahmud Shah IV bin Tengku Muhammad Shah II 1823 Daik, Pulau Linga, Kepulauan Riau | ||||||||
Kemangkatan | - - | ||||||||
Pemakaman | - | ||||||||
Anakanda | - = | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | == = = | ||||||||
Ayahanda | Almarhum Sultan Muhammad II Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | ||||||||
Bonda | - | ||||||||
Agama | Sunni Islam ajaran (Imam Maliki) |
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad II Muazzam Shah (1823 – 26 Julai 1864) ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada tahun 1835.
Baginda telah berkuasa sepenuhnya setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 20 Julai 1841. Pada 7 Okober 1857 Baginda telah berselisih faham dengan pihak Belanda seterusnya dihalang dari berkuasa oleh pihak Belanda.
Baginda telah melarikan diri dan hidup dalam buangan ke Negeri Pahang sehingga tahun 1861. Campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran Pahang, menimbulkan ketegangan dengan British pula.
Baginda kemudiannya melarikan diri ke Terengganu, dimana Baginda Omar, bapa saudara baginda telah memberikan pelindungan.
Pada tahun 1862, Sultan Terengganu, yang waktu itu adalah pemerintahan bebas, dan telah mehentikan amalan pemberian bunga emas kepada Siam. Sultan Terengganu telah diberi amaran oleh British untuk menyerahkan Sultan Mahmud IV Muzafar Shah. Gabenor Cavenagh mengarahkan bekas Sultan Lingga itu diserahkan kepada mereka dalam tempoh dua puluh empat jam. Berikutan itu, setelah tempoh tersebut tamat, Inggeris telah membedil bandar Kuala Terengganu berikutan kegagalan menyerahkan Raja Mahmud Muzaffar.
Sultan Mahmud IV Muzafar Shah kemudiannya berpindah ke Bangkok untuk menjadi Gabenor Siam bagi Negeri Terengganu dan Kelantan.
Mangkat
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat di Pekan, Pahang dan dimakamkan di Pahang pada 10 Julai 1864.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu | Sultan Lingga-Riau Ke-3 1841 – 1857 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad II Muazzam Shah | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah |