Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah
Abdullah Mu’tasshim Billah Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Pahang Darul Makmur Ke XXXI | |||||||||
Haji Sir Abdullah Mu'tasim Billah Shah | |||||||||
Sultan Pahang Darul Makmur | |||||||||
Pemerintahan | 19 Jun 1917 - 22 Jun 1932 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Mahmud Shah II | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Bill Shah | ||||||||
Pemangku raja | Tengku Abu Bakar | ||||||||
Keputeraan | Tengku Abdullah Ibni Tun Ahmad 12 Oktober 1874 Istana Diraja, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | ||||||||
Kemangkatan | 22 Jun 1932 Istana Kuning, Pekan, Pahang | (umur 57)||||||||
Pemakaman | 23 Jun 1932 Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang | ||||||||
Pasangan | 3 orang | ||||||||
Anakanda | Tengku Rahman Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah Tengku Maimunah | ||||||||
| |||||||||
Ayahanda | Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Bendahara Sri Maharaja Tun Ali | ||||||||
Bonda | Cik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
kerabat di Raja Pahang |
Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah adalah Sultan Pahang moden ke-3.
Baginda diputerakan pada hari Khamis, 12 Oktober 1874 Masihi bersamaan 25 Syawal 1296 Hijrah di istana ayahandanya dan bondanya Cik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro di Istana Diraja, Pekan Lama. Baginda merupakan putera ketiga Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Bendahara Sri Maharaja Tun Ali. Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat. Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan. Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat. Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada Rabu, 22 Jun 1932, jam 8:25 malam. al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Sebelum al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagai Sultan. Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah mangkat dengan meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Sultanah Che Kalsum binti Tun Abdullah dan Che Wan Chantik binti Wan Mohd Amin dengan sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Mahmud Shah |
Sultan Pahang Moden ke-III 1917-1932 |
Diikuti oleh: Sultan Abu Bakar |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.