Pergi ke kandungan

Sultan Abdul Jamil Shah ibni Sultan Muhammad Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Jamil Shah
عبد الجامل شاه
Sultan Pahang
Fail:-
z
-
Pemerintahan1495–1511
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Ahmad Shah I
Diikuti olehSultan Mansur Shah I
Keputeraan-
-
Kemangkatan1511
Pekan
Pemakaman-
PasanganRaja Fatima
AnakandaSultan Mansur Shah I
Nama diraja
Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad
Nama selepas mangkat
Marhum Ziarat
KerabatMelaka
AyahandaSultan Muhammad Shah
BondaMengindra Putri
AgamaIslam
Pekerjaansebagai Sultan

Almarhum Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah I ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (mangkat 1511) ialah Sultan Pahang yang ketiga yang bertakhta memerintah dari tahun 1495 hingga tahun 1511. Baginda memerintah bersama dengan kakanda sepupu baginda, Sultan Mansur Shah yang menggantikan penurunan takhta paduka ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah I pada tahun 1495.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai Raja Jamil sebelum baginda menaiki takhta, baginda ialah paduka putera sulung kepada Sultan Pahang yang pertama, Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah dan raja permaisuri baginda, Mengindra Putri.[2] berikutan penurunan takhta paduka ayahanda saudara baginda, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah dan perisytiharan sepupu baginda Raja Mansur sebagai Sultan pada tahun 1495, Raja Jamil telah mengambil tanggungjawab untuk pewalian Sultan yang muda itu.[3] Baginda kemudiannya dilantik oleh sepupu yang lain, Sultan Mahmud Shah dari Melaka sebagai Sultan Pahang dan memerintah bersama dengan Sultan Mansur Shah.[1]

Takhta pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Abdul Jamil Shah menyelia pemulihan hubungan antara Negeri Pahang dan Negeri Melaka bawah Empayar Melaka. Pada tahun 1500, kedua-dua negeri itu bekerjasama menewaskan Raja Ligor, Ligor (anak raja siam) yang telah diarahkan oleh Siam untuk menyerang Pahang. Ia merupakan percubaan terakhir Siam untuk menyerang Pahang.[1] Pada tahun 1511, Melaka (kotanya yang jatuh bukan Empayar Melaka yang jatuh) jatuh di bawah Empayar Portugis. Sultan Mahmud Shah berundur ke Muar di Johor dan kemudian ke Pahang, tempat baginda diterima dengan mesra oleh Abdul Jamil Shah.[4] Sultan Abdul Jamil Shah mangkat di Pekan setahun kemudian dan dimakamkan di Ziarat Raja Raden. Maka digelar Marhum Ziarat.[2]

  • Keputeraan-1469: YAM Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah
  • 1473-1475; DYTM Raja Muda Besar Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah
  • 1475-1512: DYMM Paduka Sri Sultan Abdul Jamil Shah I ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
  • Nama diraja: Sultan Abdul Jamil Shah I
  • Anumerta: Mahrum Ziarat

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Ahmad Sarji, Abdul Hamid (2011), The Encyclopedia of Malaysia, 16 - The Rulers of Malaysia, Editions Didier Millet, ISBN 978-981-3018-54-9
  • Buyers, Christopher (2009), Royal Ark
  • Khoo, Gilbert (1980), From Pre-Malaccan period to present day, New Straits Times
  • Suria Fadhillah Md Fauzi; Zarith Sofiah Othman; Sharifah Shatrah Syed Hamid (2014), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang: Raja Pemerintah Sebagai Simbol Kuasa dan Kedaulatan Negeri, International Conference on Law, Policy and Social Justice, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-20 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Melayu Online, The Pahang Sultanate
Didahului oleh
Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Mansur Shah I
Sultan Pahang
1475
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah

Wikipedia