Pergi ke kandungan

Sultan Abdullah Mukarram Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah
عبد الله مكرم شاه
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman
Pemerintahan1778–1797
Didahului olehSultan Muhammad Jiwa II
Diikuti olehSultan Dhiauddin II
Kemangkatan1 September 1797
Istana Baginda, Alor Star
PemakamanMakam Diraja Langgar
PasanganTengku Puneh
Wan Mek
Wan Kamaliah
Che’ Puan Paduka Bonda
Che Fatima Dewi
Che’ Chandra Sari
Che’ Bida Sari
Anakanda10 orang putera dan 11 orang puteri, termasuk:
Tengku Yahya
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Tengku Bisnu
Tengku Ibrahim
Tengku Sulaiman
Tengku Kusu
Tengku Daud
Tengku Ya’akub
Tengku Ahmad
Tengku Muhammad Yusuf
Tengku Hitam
Tengku Chik
Tengku Zamzam
Nama selepas mangkat
Al-Marhum Kota Star al-Thani
KerabatMahawangsa
AyahandaSultan Muhammad Jiwa II
AgamaIslam

Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah ialah Sultan Kedah ke-20. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah dan permaisuri ketiganya. Pada 7 April 1760, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja bergelar Sultan Abdullah.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mac 1771, tentera Bugis telah menyerang Kota Kuala Kedah. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Kuala Bahang. Pada 25 Mei 1771, Kota Kuala Bahang mula dibina oleh tukang-tukang dari India dan dipetakan oleh Dato' Maharaja Kadi. Pada 23 September 1778, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-20 dan bersemayam di Kota Setar.

Pada tahun 1780, setelah Kota Kuala Bahang siap, maka ramailah pedagang memasuki kota itu.

Pada bulan April 1791, baginda telah memajak Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili Francis Light sebanyak $6000 setiap tahun.

Pada 2 September 1797, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Sultan Abdullah mempunyai beberapa orang isteri iaitu:[1]

  • Wan Meh (Permaisuri}
  • Wan Mas (Permaisuri)
    • Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Bisnu, Tunku Putera
    • 6 orang puteri
  • Cik Bonda (Gundik)
    • Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Sulaiman, Tunku Kuso
    • 1 orang puteri
  • Cik Mas (Gundik)
    • Putera - Tunku Daud
  • Cendera Sari (Gundik)
    • Putera - Tunku Embun, Tunku Muhammad
    • 2 orng puteri
  • Bida Sari (Gundik)
    • 2 orang puteri

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bhasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.


Penyandang Terdahulu Sultan Kedah
17781798
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad Jiwa II Sultan Dhiauddin II
  1. ^ Mohamad Isa Othman, 1990, ms 23