Pergi ke kandungan

Sulaiman Abuanza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sulaiman Abuanza
سليمان ابو عنزه
Kelahiran
Sulaiman J. S. AbuAnza

Gaza, Palestin
Meninggal dunia7 Oktober 2023 (berumur 22–23)
Gaza, Palestin
Sebab kematianSerangan dalam perang Israel-Palestin
PendidikanSarjana Muda Kejuruteraan Keselamatan Maklumat, Gaza, Palestin
Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber), Kedah, Malaysia (dalam pengajian)
Pusat pendidikanKolej Universiti Sains Gunaan, Universiti Antarabangsa Albukhary
Laman web rasmisulaimanportfolio0.web.app

Sulaiman J. S. Abuanza ialah seorang pembangun aplikasi mudah alih dan pelajar dari Gaza, Palestin. Beliau ialah pelajar jurusan Sains Komputer tahun dua di Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah, Malaysia.[1]

Beliau telah mati ditembak oleh tentera Israel pada 7 Oktober 2023 gara-gara berada berdekatan sempadan Gaza dan kawasan yang dikawal ketat oleh tentera Israel. Beliau pulang ke Gaza dari Malaysia untuk menziarahi keluarga dan melakukan pembedahan lasik.[2]

  1. ^ Samson, Zuid (2023-10-17). "Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary maut ditembak tentera Israel di Gaza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-10-17.
  2. ^ Samson, Zuid (2023-10-17). "Pelajar AIU maut ditembak tentera Israel". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-10-17.