LASIK
LASIK atau Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme ) yang popular dan berjaya di seluruh dunia. LASIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser[1] LASIK sama seperti prosedur pembetulan pembedahan yang lain seperti "photorefractive keratectomy", PRK, (juga dikenali sebagai ASA, Advanced Surface Ablation) sungguhpun ia menawarkan kelebihan seperti tempoh sembuh yang lebih singkat. Kedua-dua LASIK[2] dan PRK merupakan kemajuan berbanding radial keratotomi dalam rawatan pembedahan masalah penglihatan, dan dengan itu merupakan pilihan lain kepada menggunakan cermin mata pembetulan atau kanta lengkap bagi ramai pesakit. Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat 2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.
Teknologi
[sunting | sunting sumber]Teknik LASIK pertama kali menjadi mungkin oleh pakar ophthalmologist Colombia-bertempat di Sepanyol, Jose Barraquer, yang sekitar 1950 di kliniknya di Bogotá, Colombia, membangunkan mikrokeratome pertama dan mengembangkan teknik yang digunakan bagi memotong lapisan nipis pada kornea dan mengubah bentuknya, melalui prosedur yang digelarnya sebagai keratomileusis. Barraquer turut menyelidik persoalan banyak mana kornea perlu ditinggalkan tanpa diubah bagi memberikan hasil jangka panjang yang stabil.
LASIK mengubah kelengkungan kornea. Prosedur 10 minit ini tanpa perlunya kemasukan ke hospital. Selepas memasukkan titisan mata anestetik untuk mengebaskan mata, doktor bedah mata yang terlatih akan membentuk satu lapisan nipis kornea (flap) dengan alat microkeratome ( suatu alat pembedahan mikro yang amat jitu ). Selepas flap ini dibentuk , ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer ( lapisan tisu kornea yang diubahbentuk ini amat nipis sekali, ketebalannya dalam lingkungan mikrometer ). Berlainan daripada sinaran laser biasa , laser Excimer membentuk semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan haba atau keparutan kepada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlunya sebarang jahitan. Sinaran laser mengubah bentuk kornea dan justeru kelengkungan kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun dekat ( hiperopia ), atau lebih bulat dalam kes astigmatisme.
Wavefront LASIK (customised ablation) adalah cara pembetulan ralat refraktif yang terkini dan ia telah dibukti dapat memberikan mutu penglihatan yang lebih baik terutamanya dalam keadaan persekitaran yang malap seperti pada waktu malam.
Prinsipnya adalah sama dengan LASIK biasa, tetapi dalam pembedahan cara ini aturcara komputer laser kornea mengambil kira ralat-ralat refraktif yang lebih kompleks yang sedia ada dan khusus dalam setiap individu (customised) supaya ralat-ralat ini juga dihapuskan.
Jangkahasil Wavefront Lasik (customised ablation) ialah ia dapat memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik dan sungguh memuaskan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "LASIK." Diarkibkan 2010-07-22 di Wayback Machine Aetna InteliHealth Inc. Accessed October 18, 2006.
- ^ "Laser Eye Surgery". The Irish Times.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- FDA information page on LASIK Includes detailed animation of the procedure
- University of Illinois page on LASIK Educational videos and full-text peer-reviewed journal articles on LASIK
- U.S. National library of medicine
- Lasik Problems Diarkibkan 2016-01-11 di Wayback Machine
- The Irish Times: Laser Eye surgery