Sukan Paralimpiad Malaysia 2008
Bandar tuan rumah | Kuala Lumpur |
---|---|
Penyertaan pasukan | 15 |
Penyertaan atlet | 1,892 |
Sukan | 14 |
Upacara pembukaan | 3 Mei 2008 |
Upacara penutupan | 9 Mei 2008 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia dan Sukan |
Tempat upacara | Stadium Nasional Bukit Jalil |
Sukan Paralimpiad Malaysia 2008 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mei 2008. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-14. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob pada 9 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.[1]
Pembangunan dan persiapan
[sunting | sunting sumber]Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar Lembah Klang, kecuali acara lumba layar yang diadakan di Port Dickson;[1]
Kawasan | Tempat | Sukan |
---|---|---|
Lembah Klang | Stadium Juara, Bukit Kiara | Badminton, Boccia, Boling padang |
Universiti Putra Malaysia | Bola keranjang kerusi roda, Bola sepak, Catur, Ping pong | |
Stadium Nasional Bukit Jalil | Olahraga | |
Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi | Goalball | |
Dewan Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia | Powerlifting | |
Pusat Tenis Nasional | Tenis kerusi roda | |
Megalane Endah Parade, Sri Petaling | Boling sepuluh pin | |
Pusat Akuatik Nasional | Renang | |
Port Dickson | Admiral Marina & Leisure Club Port Dickson | Lumba layar |
Penyertaan
[sunting | sunting sumber]Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.
Acara sukan
[sunting | sunting sumber]Terdapat 14 sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[1]
- Badminton ( )
- Boccia ( )
- Bola keranjang kerusi roda ( )
- Boling sepuluh pin ( )
- Boling padang ( )
- Catur ( )
- Bola sepak ( )
- Goalball ( )
- Lumba layar ( )
- Olahraga ( )
- Ping pong ( )
- Powerlifting ( )
- Renang ( )
- Tenis kerusi roda ( )
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Sarawak telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik setelah meraih 227 pingat terdiri daripada 126 pingat emas, 61 pingat perak dan 40 pingat gangsa. Gelaran olahragawan dan olahragawati juga dinobatkan kepada atlet negeri Sarawak iaitu Mohd Zamry Sapiee dan Catherine Timbang Siang dalam sukan renang.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Paralimpik ke-14 cungkil bakat baru OKU" (PDF). Utusan Malaysia. 3 Mei 2008. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ https://bn4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=328020&extra=page%3D1&mobile=2&mobile=