Sukan Olimpik Musim Panas 1896
Hos Bandar | Athens, Yunani |
---|---|
Negara | 14 |
Atlet | 241 (kesemuanya lelaki) |
Acara | 43 dalam 9 sukan (10 disiplin) |
Pembukaan | Kalendar Gregorius: 6 April 1896 Takwim Julius: 24 Mac 1896 |
Penutupan | Kalendar Gregorius: 15 April 1896 Takwim Julius: 2 April 1896 |
Dibuka oleh | |
Stadium | Stadium Panathenaic |
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics ; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896 ) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896.[2] Acara-acara yang diadakan termasuklah olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.[3]
Acara sukan
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.[4]
- Olahraga (12) ( )
- Lumba basikal ( )
- Lebuh raya (1)
- Balapan (5)
- Lawan pedang (3) ( )
- Gimnastik (8) ( )
- Memanah (5) ( )
- Renang (4) ( )
- Tenis (2) ( )
- Angkat berat (2) ( )
- Gusti (1) ( )
Negara peserta
[sunting | sunting sumber]Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walau bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai peserta dalam Sukan Olimpik 1896:[5]
- Australia - Peserta dari Australia dicatatkan sebagai warga Australia meskipun negara tersebut masih merupakan jajahan United Kingdom pada ketika ini.
- Austria - Austria masih merupakan sebahagian daripada empayar Austria-Hungary.
- Bulgaria
- Chile
- Denmark
- Perancis
- Jerman
- Great Britain
- Yunani
- Hungary - Hungary masih sebahagian daripada Austria-Hungary
- Itali
- Sweden - Sweden masih dalam kesatuan politik bersama dengan Norway
- Switzerland
- Amerika Syarikat
Pungutan pingat
[sunting | sunting sumber]14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.[6]
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat (USA) | 11 | 7 | 2 | 20 |
2 | Yunani (GRE)* | 10 | 18 | 19 | 47 |
3 | Jerman (GER) | 6 | 5 | 2 | 13 |
4 | Perancis (FRA) | 5 | 4 | 2 | 11 |
5 | Great Britain (GBR) | 2 | 3 | 2 | 7 |
6 | Hungary (HUN) | 2 | 1 | 3 | 6 |
7 | Austria (AUT) | 2 | 1 | 2 | 5 |
8 | Australia (AUS) | 2 | 0 | 0 | 2 |
9 | Denmark (DEN) | 1 | 2 | 3 | 6 |
10 | Switzerland (SUI) | 1 | 2 | 0 | 3 |
11 | Pasukan Bercampur (ZZX) | 1 | 0 | 1 | 2 |
Jumlah (11 negara) | 43 | 43 | 36 | 122 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sukan Olimpik
- Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di Athens:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Factsheet – Opening Ceremony of the Games of the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. September 13, 2013. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 22 December 2018.
- ^ History com Editors. "First modern Olympic Games". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-06.
- ^ "Athens 1896". International Olympic Committee. Dicapai pada 6 April 2021.
- ^ Coubertin–Philemon–Politis–Anninos (1897), 98–99, 108–109
- ^ Athens 1896 – Games of the I Olympiad, International Olympic Committee
- ^ "Athens 1896 Medal Table". Olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-02.
Pautan
[sunting | sunting sumber]- De Wael, Herman. "Herman's Top Athina 1896 Olympians". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2007. Dicapai pada 3 Julai 2008.
Didahului oleh Tiada |
Sukan Olimpik Musim Panas Athens I Olympiad (1896) |
Diikuti oleh: Paris |