Sukan Institusi Pengajian Tinggi
Singkatan | SUKIPT |
---|---|
Edisi pertama | 2012 |
Diadakan pada setiap | dua tahun |
Edisi terakhir | 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Edisi seterusnya | 2024 Universiti Utara Malaysia(UUM) |
Laman sesawang | https://www.sukipt.com.my/ |
Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau ringkasnya SUKIPT adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan yang diadakan secara dwitahunan melibatkan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Temasya ini pertama kali diadakan pada tahun 2012 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan Majlis Sukan Institusi Swasta (MASISWA).[1]
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Memastikan penganjuran temasya ini dapat dijayakan selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).
- Menjadi landasan bagi atlet bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
- Meningkatkan integrasi nasional di kalangan pelajar/penuntut institusi pendidikan menerusi sukan.
- Mencungkil bakat atlet dan menyediakan peluang bertanding yang lebih kompetitif.
- Membudayakan sukan di kalangan pelajar/penuntut sebagai usaha ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Sukan yang dipertandingkan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan acara sukan yang pernah dipertandingkan dalam temasya ini;
Penyertaan
[sunting | sunting sumber]Temasya ini disertai institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia melibatkan institut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Pada edisi 2016 dan 2018, beberapa universiti di negara Asia Tenggara yang lain turut menyertai temasya ini.[2][3]
Senarai edisi
[sunting | sunting sumber]Edisi | Tahun | Tuan rumah | Tarikh mula | Tarikh tamat | Bilangan sukan | Bilangan kontinjen | Juara keseluruhan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
I | 2012 | - | 28 Oktober | 11 November | 15 | 101 | UPM[4] |
II | 2014 | UiTM, Shah Alam | 3 Februari | 16 Februari | 24 | 107 | UiTM[5] |
III | 2016 | UTM, Skudai | 25 Januari | 5 Februari | 25 | 117 | UiTM[6] |
IV | 2018 | UKM, Bangi | 2 Februari | 10 Februari | 27 | 117 | UPM[3] |
— | 2020 | Dibatalkan akibat Pandemik COVID-19 | |||||
V | 2022 | UPSI, Tanjung Malim | 12 Ogos | 21 Ogos | 21 | 66 | UPM[7] |
VI | 2024 | UUM, Sintok | 9 September | 14 September | |||
VII | 2026 |
Olahragawan dan olahragawati
[sunting | sunting sumber]Edisi | Tahun | Olahragawan | Olahragawati | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Kontinjen | Sukan | Nama | Kontinjen | Sukan | ||
I | 2012 | Ian Leong Bell | Universiti Sains Malaysia | Renang | Chui Lai Kwan | Universiti Putra Malaysia | Renang |
II | 2014 | Lukman Hakim Ramlan | Universiti Teknologi Mara | Olahraga | Khoo Cai Lin | University Taylor | Renang |
III | 2016[6] | Chan Jie | Universiti Sunway | Renang | Irene Chong | Universiti Malaya | Renang |
IV | 2018[8] | Yeap Zheng Yang | Universiti Taylor | Renang | Angela Chieng Chui Fei | Universiti Putra Malaysia | Renang |
V | 2022[9] | Khiew Hoe Yean | Universiti UCSI | Renang | Ong Yong Qi | Universiti Sunway | Renang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SUKIPT 2022 - Pengenalan". www.sukipt.com.my. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ "UPM Raih 41 Emas, 19 Perak, 21 Gangsa Di SUKIPT 2016 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH". sgs.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ a b "UPM JUARA KESELURUHAN SUKIPT 2018 | Universiti Putra Malaysia". www.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ "UPM Juara Keseluruhan SUKIPT 2012 - Sukan | mStar". www.mstar.com.my. 2012-11-12. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ "UiTM kuasai SUKIPT 2014 | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ a b "Tahniah UiTM Juara Keseluruhan SUKIPT 2016 – Persatuan Pentadbir UiTM". Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ AZMAN, MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHD (2022-08-22). "UPM juara keseluruhan SUKIPT 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ "SUKIPT: Zheng Yang, Angela dinobat atlet terbaik". stadiumastro.com. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ "SUKIPT 2022: Hoe Yean, Yong Qi cemerlang". Sinar Harian. 2022-08-18. Dicapai pada 2023-09-01.